Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 20
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [15/10/2009] : UTUSAN | Berita2 Semasa

    Pangsapuri Hong Kong termahal di Asia
    15/10/2009 3:11am

    HONG KONG 14 Okt - Harga seunit rumah pangsapuri bertaraf mewah yang mencecah AS$57 juta di Hong Kong membuat ramai warga negara maju seperti New York dan London mengurut dada dengan harga dan kekayaan negara jiran tersebut.

    Pangsapuri suit dupleks lima bilik tidur pada keluasan sekitar 6,158 kaki persegi itu telah dibeli oleh pembeli dari tanah besar China yang tidak disebutkan namanya, kata syarikat pemaju hartanah terkemuka Hongkong, Henderson Land Development dan mendakwanya sebagai pangsapuri termahal di Asia.

    Menurut kenyataan daripada pemaju, pangsapuri yang terletak di kawasan tinggi di pulau utama Hong Kong yang menghadap pemandangan indah pelabuhan utama itu bersebelahan pula dengan pusat spa, bilik kecergasan, kegiatan gimnasium yoga itu menjadikan ia benar-benar eksklusif - `lambang kehebatan sejati bagi bandaraya kepada sesiapa yang memilikinya’.

    Hong Kong antara bandaraya yang mempunyai pasaran hartanah paling mahal di dunia yang memberi tekanan besar kepada penduduk tempatan yang kurang mampu.

    Menurut data kerajaan, kira-kira 47 peratus warga Hong Kong tinggal di rumah-rumah subsidi awam. - AP
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Syabas jalankan operasi pemotongan bekalan air di Gombak

    15/10/2009 3:38pm

    KUALA LUMPUR, 15 Okt — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil tertunggak pengguna di Gombak bulan ini.

    Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan di sini, hari ini berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Laksamana; Putri Laksamana; Kampung Bendahara; Jalan Sungai Tua; Taman Sri Selayang; Medan Batu Caves; Kampung Baru Batu Caves dan Bandar Manjalara.

    Desa Sri Mahkota; Medan Putra Business Centre; Desa Park City dan Taman Sunway Damansara; Bandar Sri Damansara; Taman Wangsa Permai dan Kampung Baru Hulu Klang; Kampung Datuk Keramat; Taman Keramat AU1 hingga AU5; Taman Keramat Permai; Taman Permata dan Taman Setiawangsa.

    Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10; Taman Wangsa Melawati; Taman Melawati; Taman Sri Rampai; Taman Setapak Jaya; Taman Bunga Raya; Taman Melati; Kampung Air Panas; Taman Desa Setapak dan Kampung Klang.

    Abdul Halem berkata sehubungan itu orang ramai dinasihat membuat pembayaran bil air dengan segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalanair.

    "Namun sekiranya pemotongan telah dilakukan, kos pemotongan dan penyambungan semula sebanyak RM50 akan dikenakan sebelum penyambungan semula bekalan dibuat,” katanya.

    Beliau berkata caj itu bukan merupakan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan Syabas kepada pengguna seperti diwartakan di bawah Enakmen Pembekalan Air, 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006.

    — BERNAMA

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penganggur didakwa bunuh dua beranak

    15/10/2009 2:29pm

    KOTA BAHARU, 15 Okt — Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh dua beranak dalam satu kejadian di Kampung Sireh di sini pada 30 Sept lalu.

    Mazdi Muhammad, 31, menghadapi dua pertuduhan iaitu membunuh seorang wanita warga Thailand bersama anaknya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sireh kira-kira pada pukul 2.30 pagi.

    Bagi pertuduhan pertama, Mazdi yang ditahan pada 4 Okt lalu didakwa telah membunuh Miss Maena Ya, 36, dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh anak wanita itu, Nuna Nurasyiken, 1, juga mengikut seksyen sama.

    Selepas dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrol Abdullah, tertuduh mengangguk faham tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.

    Azrol kemudiannya menetapkan 22 Dis ini untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

    Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Rehan Mohd Aris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    — BERNAMA

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Empat suspek ahli "Geng Camry Moo" ditahan

    15/10/2009 4:06pm

    PETALING JAYA, 15 Okt — Empat lelaki dipercayai ahli ”Geng Camry Moo” yang terlibat dalam 30 kes curi kereta jenis Toyota ditahan di dua lokasi di sini pada Isnin dan Selasa lepas.

    Tiga daripada mereka yang berusia lingkungan umur 30-an itu ditahan di Jalan PJS 10 sekitar Sunway selepas insiden tembak menembak dengan polis pada 11.30 malam Isnin lepas ketika cuba melarikan sebuah kereta Toyota Camry.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ketiga-tiga suspek yang berada dalam sebuah kereta juga jenis Toyota Camry cuba melarikan diri selepas terlihat kehadiran kereta peronda polis.

    Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan polis membalas tembakan sebelum menahan ketiga-tiga mereka. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Blog pertikai polis gagal kesan Raja Petra dibidas

    15/10/2009 4:26pm

    SHAH ALAM 15 Okt. - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web ”Malaysia Today”, Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

    Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.

    "Buat apa dia lari? Kalau dia kata apa yang dia tulis itu benar datanglah.

    Kita ada undang-undang oleh itu jawablah di mahkamah.

    "Kalau lari maknanya dia tahu dia buat benda tidak betul. Kenapa kata kelemahan polis pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

    - BERNAMA

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lembaga Disiplin UMNO akan diperkemaskan

    15/10/2009 5:47pm

    KUALA LUMPUR 15 Okt. - UMNO akan memperkemaskan lagi Lembaga Disiplin parti bagi memastikan peranannya lebih berkesan pada masa akan datang.

    Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya menerima banyak cadangan dan pandangan berhubung penambahbaikan Lembaga Disiplin parti.

    ``Kita akan perkemaskan lagi sistem dan kaedah perjalanan Lembaga Disiplin. Kita menerima banyak cadangan daripada pelbagai pihak,’’ katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Beliau mengulas usul pindaan perlembagaan parti yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas hari ini.

    - Utusan

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Muhyiddin gesa parti komponen BN turut sama berubah

    15/10/2009 6:56pm

    KUALA LUMPUR 15 Okt — Langkah pembaharuan yang diambil Umno menerusi pindaan perlembagaan parti hari ini harus diikuti oleh parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu kembali diterima rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Timbalan Perdana Menteri berkata hanya dengan cara itu rakyat dapat melihat bahawa BN serius dalam melakukan perubahan.

    "Langkah pertama dimula dengan Umno mengambil inisiatif untuk berubah, dan pastinya langkah ini penting kerana Umno parti teras dalam BN. Tetapi kalau rakyat nak terima BN maka proses perubahan serupa mesti dilakukan di peringkat komponen parti.

    "Peranan komponen parti tidak boleh dilihat terasing, setiap komponen parti ada peranan masing-masing. Kalau Umno berubah tapi komponen BN lain tak berubah, orang masih akan kata kita tak berubah,” katanya kepada pemberita di sini.

    Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas sama ada parti-parti komponen BN juga harus melakukan transformasi selepas usul pindaan perlembagaan Umno dilulus oleh perwakilan ke perhimpunan agung khas parti itu hari ini.

    Mengulas lanjut beliau berkata perubahan yang dilakukan perlu meliputi aspek-aspek seperti kepimpinan dan corak politik yang membabitkan integriti dan hubungan dengan rakyat.

    Bagaimanapun kata Muhyiddin ia terserah kepada parti-parti komponen sendiri sama ada mahu melaksanakan perubahan atau kekal dengan cara mereka.

    "Kalau mereka rasa perlu nak buat pengubahsuaian mereka boleh buat kerana mereka lebih tahu (macam mana) nak mantapkan lagi parti mereka supaya lebih lebih inklusif, lebih demokratik. Ini bukan hak kami, itu hak mereka dan mereka boleh menentukan pembaharuan mereka sendiri,” katanya.

    Mengulas usul pindaan perlembagaan Umno hari ini, Muhyiddin berkata penerimaan sebulat suara oleh perwakilan parti tanpa perbahasan menunjukkan mereka memahami dan bersedia memastikan Umno lebih demokratik dan inklusif.

    "Tahniah kepada perwakilan kerana menyokong sebulat suara pindaan yang dikemukakan,” katanya.

    Muhyiddin turut menepis kebimbangan bahawa sistem pemilihan yang baru diluluskan itu akan menyebabkan berlaku pertukaran pemimpin pada masa yang singkat sekali gus menjejaskan pelaksanaan dasar dan polisi.

    "Saya tak fikir dengan sebab pindaan ini maka pemimpin akan silih berganti, malah saya berpandangan dengan sistem baru ini pemimpin sekarang mesti membuktikan yang dia pemimpin yang baik, dia mesti bergerak ke bawah, dia dilihat bekerja untuk rakyat, dia dilihat bekerja untuk parti bagi memastikan terus dipilih pada pemilihan seterusnya,” kata Muhyiddin.

    Antara usul pindaan yang diluluskan ialah pemansuhan sistem kuota pencalonan sekali gus membuka ruang untuk lebih ramai menyertai pemilihan parti.

    — BERNAMA

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India

    15/10/2009 7:00pm

    KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

    Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tanah itu akan diusahakan oleh Yayasan Perak dengan tanaman kelapa sawit dan hasilnya akan disalurkan kepada tabung itu untuk diagihkan kepada pelajar miskin.

    "Saya berharap ini merupakan berita gembira kepada kaum India sempena sambutan Deepavali Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Katanya usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri membantu meringankan beban kewangan semua kaum yang menghadapi masalah melanjutkan pelajaran di negeri itu.

    Sebelum ini, menurutnya, sejumlah 2,000 hektar tanah juga dikenalpasti untuk memberi faedah kepada lebih 700 Sekolah Agama Rakyat (SAR) manakala 1,000 hektar lagi untuk faedah sekolah persendirian Cina.

    Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri merancang untuk melantik ketua kampung di kalangan penduduk India di kawasan majoriti kaum itu di enam buah kampung.

    Katanya kerajaan negeri juga akan memberi penekanan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dalam pembentangan Bajet Negeri 2010 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Okt ini.

    Katanya walaupun ada ura-ura pakatan pembangkang mahu berbuat perkara yang sama pada hari tersebut, beliau berpendapat hasrat mereka mustahil untuk dilaksanakan.

    "Pembangkang tahu bajet mereka itu tidak boleh dilaksanakan dan mereka cuba bercerita kepada rakyat sambil membandingkan bajet mereka dengan bajet Barisan Nasional (BN),” katanya.

    — BERNAMA

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Melayu masih kurang keyakinan diri - Musa Hitam

    15/10/2009 7:16pm

    SHAH ALAM 15 Okt. — Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata biarpun orang Melayu sudah boleh diterima sebagai masyarakat terpelajar, matang dan berkebolehan dalam pelbagai profesion tetapi mereka masih lagi kekurangan daripada segi keyakinan terhadap kebolehan sendiri.

    "Saya memang insaf dan sedar bahawa banyak lagi kekurangan dan masih jauh harus dijalani tetapi kalaulah mentaliti dan psikologi kita masih negatif, diiringi oleh helah ”tidak boleh”, tak bolehlah kita,” katanya dalam ucapan balasnya setelah menerima Ijazah Kehormat Doktor Kerajaan dan Politik daripada Universiti Teknologi Mara di sini hari ini. Ijazah itu dianugerahkan kepada beliau oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM pada Istiadat Konvokesyen ke-71 universiti itu. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Isteri pemimpin perlu pupuk imej mudah didekati rakyat

    15/10/2009 7:19pm

    KUALA LUMPUR 15 Okt. — Isteri pemimpin masyarakat perlu menghayati dan memupuk satu imej yang mudah didekati oleh masyarakat sama ada di dalam atau luar negara, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Beliau berkata, adalah penting bagi mereka menjaga imej dan penampilan kerana setiap gerak geri mereka akan menjadi perhatian rakyat sama ada positif atau negatif.

    "Tidak kira keterampilan kita positif atau negatif, ia akan menjadi buah mulut masyarakat dan pihak media massa.

    "Oleh itu, saya amat prihatin dan memandang serius terhadap keterampilan isteri menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri supaya sentiasa memaparkan personaliti atau simbol yang positif walau di mana mereka berada,” katanya ketika menutup Kursus Peningkatan Ilmu dan Keterampilan Diri Untuk Isteri Menteri dan Timbalan Menteri di sini hari ini. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts