Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Penduduk Islam 1.57 bilion

    Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

    Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.

    Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

    Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.

    "Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

    Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.

    Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

    Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.

    Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.

    Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.

    Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

    Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.

    Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta).
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. #2
    azmimazda
    Guest
    umat islam ramai, ni dh tunjuk tanda2 akhir zaman.. ramai tp x bersatu seumpama buih2 di lautan..

  3. #3
    radzi74
    Guest
    semakin hari umat islam semakin bertambah tapi sayang semakin hari semakin berpecah belah:035:

  4. #4
    NG Newbies
    Join Date
    Oct 2005
    Location
    tanah merah
    Posts
    41
    jasma is on a distinguished road
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    1-Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
    2-dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
    3-maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

    surah an-nashr(110)
    ayat 1-3


  5. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts