Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 39
  1. #1
    Zarul Umbrella
    Guest

    [Baca Ni]Nak Tahu Bagaimana Proses Rakaman Lagu di lakukan

    Mungkin ramai anda diluar sana yang masih samar-samar bagaimana seseorang penyanyi merakamkan lagu mereka.Proses merakamkan lagu bermula apabila seseorang komposer itu memberikan lagu yang masih “raw” kepada penerbit album dan penerbit pula akan membuat susunan muzik atau ada juga yang mengupah music arrangger mengikut kesesuaian genre,konsep,range suara, atau identiti penyanyi yang bakal merakamkan lagu tersebut,proses ini mengambil masa lebih kurang seminggu.
    Setelah ianya siap maka music arrangger tadi akan serahkan kepada penerbit untuk approval.Apabila penerbit berpuashati maka dia akan menghantar muzik itu tadi untuk diserahkan kepada penulis lirik pula.Penulis lirik akan menulis lirik berpandukan kepada melody guide dalam lagu tersebut.Proses penghasilan lirik ini kadang-kadang tidak menentu tempoh waktunya,terpulanglah pada kreativiti seseorang penulis lirik tersebut.
    Kini lagu itu tadi hanya tinggal untuk dirakamkan sahaja,namun begitu lagu beserta lirik ini perlu diserahkan terlebih dahulu kepada si penyanyi untuk dia menghayati melodi serta menyuaipadankan lirik dengan melodi..seterusnya menghayati lirik lagu tersebut.Mengikut pengalaman saya,proses ini mengambil masa lebih kurang 2-3 hari sebelum ke studio rakaman,walaubagaimanapun penerbit berhak untuk mengubah sedikit lirik atau melodi asal jika dia rasa bersesuaian
    Setelah proses tadi selesai si penyanyi itu bersama penerbit akan ke studio rakaman.Sampai jer maka mula lah penyanyi itu menyanyiiiiiiii…..ada setengah penyanyi memulakan rakaman di bahagian chorus terlebih dahulu,ada pula yang lebih selesa dengan menyanyikan bahagian bridge dan verse dahulu.
    Untuk pengetahuan anda,sessi rakaman lagu ni adalah sangat kritikal,ketelitian dan kesempurnaan harus dijaga baik dari segi vokal dan juga penghayatan lagu demi menghasilkan lagu yang berkualiti.Untuk itu penerbit akan memantau sesi rakaman ini,ada juga sesetengah penerbit yang mengarahkan seorang penata vokal untuk memantau vokal,serta penghayatan si penyanyi semasa proses rakaman.
    Penerbit serta penata vokalnya ini akan menghalusi setiap bait lagu,patah agu,tempo,sebutan,pernafasan,pitching,low note,high note dan apa saja yang berkaitan dengan teknik vokal dan penyampaian lagu.
    Saya ambil contoh lagu saya,Ramalanku Benar Belaka,dimana liriknya bermula dengan….’hingga ke saat ini...”ok sebutan ‘hingga’ tu mesti kena jelas begitu juga dengan pitching,bila selesai rakam jika hasilnya berjaya kat sebutan ‘hingga‘ sahaja tapi pitching kat ‘ke saat ini’ ada tergelincir sedikit maka kenalah penyanyi tu rakamkan balik untuk baris lirik itu sahaja,tapi bila rakam balik ‘ke saat ini’ pitching dah ok tapi sebutan ‘hingga’ pula dengar macam ‘higga’,so kena buat balik..betulkan sebutan,cuba anda bayangkan itu baru proses rakaman untuk baris pertama sahaja..betapa kritikal dan stressnya proses rakaman ini
    Pada keseluruhannya,proses rakaman lagu untuk lagu yang hanya panjangnya antara 3 minit -5 minit akan mengambil masa antara 45min – 5jam bergantung kepada kepakaran vokal si penyanyi
    Setelah selesai lagu tersebut akan dihantar kepada mixer untuk diadun bunyi atau mixing untuk menaiktaraf kualiti bunyi lagu tersebut dan untuk ‘memerdukan’ lagi suara si penyanyi
    Jadi itulah serba ringkas,mengikut pengalaman saya merakamkan lagu dalam studio.Kesimpulannya lagu yang hanya panjangnya 5 minit bukan bererti rakaman lagunya juga mengambil masa 5 minit.
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dulu rakaman kat menora music ke?
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    kruleznickzam
    Guest
    terima kasih tuk info ini.. susah juga nak merakam lagu nie ek?
    saya tertarik dengan petikan ini..
    .Proses merakamkan lagu bermula apabila seseorang komposer itu memberikan lagu yang masih “raw” kepada penerbit album
    maknanya hanya merakam lagu bersama gitar tong pon boleh ek? xyah nak wat arrangement dulu..

  4. #4
    Kasi Sembat..!
    Join Date
    Mar 2006
    Posts
    6,322
    mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of
    Post Thanks / Like
    lagu ramalan ku benar belaka mengambil masa brapa lama utk rakaman yek?

  5. #5
    Zarul Umbrella
    Guest
    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    Dulu rakaman kat menora music ke?
    album pertama 'Seribu Rahmat' di KIng Studio PJ
    album kedua 'Hujan Panas' di Menora

  6. #6
    Zarul Umbrella
    Guest
    Quote Originally Posted by kruleznickzam View Post
    terima kasih tuk info ini.. susah juga nak merakam lagu nie ek?
    saya tertarik dengan petikan ini..

    maknanya hanya merakam lagu bersama gitar tong pon boleh ek? xyah nak wat arrangement dulu..
    yup begitulah yg dilakukan oleh Saari Amri selaku penerbit dan pencipta lagu saya

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by Zarul Umbrella View Post
    yup begitulah yg dilakukan oleh Saari Amri selaku penerbit dan pencipta lagu saya
    music pun boleh asing2 kan?
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    kruleznickzam
    Guest
    Quote Originally Posted by Zarul Umbrella View Post
    yup begitulah yg dilakukan oleh Saari Amri selaku penerbit dan pencipta lagu saya
    selama ini saya fikir kene wat arrangement dulu baru boleh hantar.. rupa2nya tanggapan saya salah.. thanks bro untuk info ini.. :048: :048:

  9. #9
    Zarul Umbrella
    Guest
    Quote Originally Posted by mattop View Post
    lagu ramalan ku benar belaka mengambil masa brapa lama utk rakaman yek?
    fuuhh lagu ni mmg menguji suara saya...hampir 3jam lebih,lepas habis rakamkan lagu ni saya demam bro!!!alhamdulillah ianya diterima hingga ke ari ni kalau tak sia2 je saya demam

  10. #10
    Kasi Sembat..!
    Join Date
    Mar 2006
    Posts
    6,322
    mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of
    Post Thanks / Like
    soklan dah cam wartawan melodi lah plak...:011::011:

    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    music pun boleh asing2 kan?


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts