Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Pegawai dilabel seksi menang saman

    BRINSFORD - Seorang pegawai penjara, Amit Kajla yang dilabel terlalu seksi semasa berkhidmat, memenangi perbicaraan berhubung pemecatannya secara tidak sah, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kajla, 22, mengemukakan kesnya ke Tribunal Perkhidmatan Penjara Diraja (HMPS) selepas dia terpaksa meletakkan jawatan dari sebuah penjara di sini, England.

    "Saya amat gembira dengan keputusan tribunal. Apa yang saya lakukan selama ini ialah melayan banduan dengan perasaan berperikemanusiaan seperti yang termaktub dalam prinsip HMPS," kata Kajla.

    "Mungkin mereka tidak menyukai cara saya yang suka berlembut," tambahnya.

    Wanita itu yang berasal dari Wolverhampton memberitahu panel tribunal bahawa dia tertekan kerana rakan-rakan sekerja kerap mengadu tentang dirinya termasuk mengejeknya kerana memakai terlalu banyak mekap.

    Tribunal itu turut diberitahu bahawa pegawai kanan penjara, Lee Hastings pernah memakinya sebagai perempuan buduh di hadapan beberapa banduan sekali gus menjatuhkan maruah dirinya.

    "Dia (Kajla) menerima layanan buruk kerana dia seorang wanita yang muda dan menarik. Ketuanya (Hastings) berkelakuan tidak wajar dengan tujuan menjatuhkan maruah wanita itu selain mencetuskan persekitaran kerja yang memberi tekanan kepada dirinya," kata panel tribunal itu. - Agensi
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts