Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 27
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Kena saman Tak mampu sara ibu bapa’

    [
    B]‘Tak mampu sara ibu bapa’[/B]
    Oleh Ziauddin Sharuddin
    [email protected]

    SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.

    Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

    Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.



    Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan bapanya.

    Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana.

    Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.

    Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama.

    Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

    Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

    Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu'.

    Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.
    gaji besar da tu pon x mampu nak tanggung mak bapak..
    da siap mak bapak bg tanah n umah lepas tu leh lak g jual tanah n umah tu..
    anak jenis ape ni..
    PAMM 120x600

  2. #2
    AceGlobal13
    Guest
    Ridho Allah terletak pada ridho ibu bapa. Jika keduanya tidak ridho bahkan merasa marah atas perbuatan anak tersebut...maka tunggulah sesuatu amaran DariNya...:14:

  3. #3
    NG Rookie
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Credit Suisse HQ
    Posts
    1,609
    kni will become famous soon enough kni will become famous soon enough
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by akay View Post
    [

    gaji besar da tu pon x mampu nak tanggung mak bapak..
    da siap mak bapak bg tanah n umah lepas tu leh lak g jual tanah n umah tu..
    anak jenis ape ni..
    sedih plak baca...
    sampai camtu sekali...

  4. #4
    fadzil
    Guest
    marilah kita sama2 berdoa semoga Allah

    melembutkan hati Raja Suzana dan suaminya

    untuk menjadi insan yang patuh dan taat kepada kedua ibubapa mereka.

    Amin ..

  5. #5
    NG Newbies
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    0
    joker is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    entah la kasimm...

    dah penghujung usia pn nak saman anak,
    pd aku anak yg disaman tu mmg xguna:14:
    nk kata keperluan xcukup katanya anak ada 8org.
    kalau yg tu xbg mintak la pd anak yg lain,
    mendoakan kebaikan utk anak2 lebih baik dr saman menyaman.

    ...mintak simpang perkara sebegini dr terjadi pd aku & keturunan aku

  6. #6
    bspitih
    Guest
    xtaw sbenarnye sape salah sape btol2 nie..

    huhu..heran gak aku ade 8 org ank smpai yg sorng tu jgk dia nk saman..huhuhu

    pasal perjanjian antara mereka la tu kot:10:

  7. #7
    NoGold Football Club
    Join Date
    May 2007
    Location
    Selayang-Kota Damansara-Kajang-Muar
    Posts
    4,170
    putat76 is just really nice putat76 is just really nice putat76 is just really nice putat76 is just really nice putat76 is just really nice
    My Mood
    Confused
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    masyaallah sampai gitu sekali ke
    apa dia buat ngan gaji dia yang banyak tu
    Dengan izin ALLAH aku makan tengahari dengan POUND makan malam dengan USD Amin :1:
    I'm good friend like a computer
    I 'enter' ur life,
    'save' u in my heart,
    'format' ur problems,
    'shift' u 2 opportunities
    and never 'delete' u from my memory

  8. #8
    NG Girl Power
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Kedah -> Shah Alam...
    Posts
    850
    zureyna is just really nice zureyna is just really nice zureyna is just really nice zureyna is just really nice zureyna is just really nice
    My Mood
    Sick
    Post Thanks / Like
    Duit...kalau dicari.... banyak mana pun takkan cukup..
    Makin banyak duit..makin besar lak belanja kita...

    So..yg penting bukan berapa besar gaji kita...tapi cara kita manage duit kita tu.

    sebab pe org yg miskin anak 8 org..boleh je survive gaji RM 500 pun.
    Ni gaji besr..ngaji tinggi..tapi tak leh manage elok2..entah le..tatau nak kata..
    Mungkin gak kes ni... bagi pengajaran kat kita yang baca ni... ye lah..sebelum ni tengok dalam tv je..drama je..rupanye..mmg ada kes mcm ni kat dunia nyata ni.:2:

  9. #9
    syabel
    Guest
    dunia dunia....aku pun pelik..kenapa la biar ibubapa mereka mcam tu...tak kesian kerr...hidup ni hanya sekali jekk..bukan 2 kali..kalau ader kali kedua pun blom tentu jadi manusia..manala tau kan...ni pendapat aku... jaga la ibubapa sebaik yang mungkin kerana dia adalah insan yang paling mulia..tak kesah seburuk mana dia...jangan ikutkan hati..bahaya makan diri...:113:

    agak nyer si suzana main investment kot..tu yg tak dpat support ibubapa dia kot:102:

  10. #10
    NoGold Football Club
    Join Date
    May 2007
    Location
    Selayang-Kota Damansara-Kajang-Muar
    Posts
    4,170
    putat76 is just really nice putat76 is just really nice putat76 is just really nice putat76 is just really nice putat76 is just really nice
    My Mood
    Confused
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by syabel View Post
    dunia dunia....aku pun pelik..kenapa la biar ibubapa mereka mcam tu...tak kesian kerr...hidup ni hanya sekali jekk..bukan 2 kali..kalau ader kali kedua pun blom tentu jadi manusia..manala tau kan...ni pendapat aku... jaga la ibubapa sebaik yang mungkin kerana dia adalah insan yang paling mulia..tak kesah seburuk mana dia...jangan ikutkan hati..bahaya makan diri...:113:

    agak nyer si suzana main investment kot..tu yg tak dpat support ibubapa dia kot:102:
    sebab dunia la dia tak kesian kat mak bapak dia kot
    mana la nak mampu
    umah banglo keta berbijik2 nak dibayor
    anak antor kat sekolah private
    gaji puluh ribu pun abis

    Dengan izin ALLAH aku makan tengahari dengan POUND makan malam dengan USD Amin :1:
    I'm good friend like a computer
    I 'enter' ur life,
    'save' u in my heart,
    'format' ur problems,
    'shift' u 2 opportunities
    and never 'delete' u from my memory

  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts