Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7

Thread: Kaki Buku

  1. #1
    zuhardam
    Guest

    Kaki Buku

    Assalamualaikum..

    Aku saje bukak thread nie..Salah satu sebabnya aku ada syarikat penerbitan buku dan dalam masa dan ketika ini sedang giat dalam menerbitkan buku2 lain dipasaran.

    Sekarang nie kami dah terbitkan 6 buah buku.

    1. Baitul Maqdis - Kesucian Yang Di Pertahankan
    2. Menuju Kejayaan - Motivasi
    3. Di Sebalik Diri - Buku Agama
    4. Inspirasi Menuju jalan Sempurna - Buku Agama
    5. Virus Kehidupan - Mazidul Akmal Sidik 999
    6. Naqiah Khalida - Novel

    Buku2 terbitan kami boleh didapati di seluruh Malaysia. (Termasuk Sabah & Sarawak). Termasuk di Rangkaian Kedai Buku MPH, Kedai Buku Popular, Syarikat Muda Osman (Kelantan), Kedai Buku Banggol (Terengganu), Kedai Buku Thai Kuang (Melaka), Badan Cemerlang (Johor Bahru)..dan banyak lagi.

    Saya ingin mempromosikan buku2 kami dan akan mengemaskini bagi setiap buku keluaran syarikat kami..

    Kami akan menerbitkan paling kurang 2 naskah sebulan. InsyaAllah.

    jadi sapa yang berminat boleh melayari blog kami.

    http://buku2-mustread.blogspot.com

    Komen2 anda amat kami hargai..SELAMAT MEMBACA

    MUST READ SDN BHD
    35 JALAN WANGSA SETIA
    WANGSA MELAWATI
    53300 KUALA LUMPUR

    TEL : 03-4142 0611 FAX : 03-4142 0612
    bitcoin 160x600

  2. #2
    zuhardam
    Guest
    Syarikat kami masih baru dan penerbit2 buku seperti kumpulan PTS, Telaga Biru, Pustaka Azhar, Al Hidayah, Alaf 21, Karya Bistari dan banyak lagi adalah mentor2 kami, . Kami ingin menjadi lebih baik dan maju seperti mereka. InsyaAllah.

    Oleh itu kami memerlukan sokongan anda. Terima Kasih

    .................................................. .................................................. ...................
    BELI BUKU2 TERBITAN SAYA http://buku2-mustread.blogspot.com

  3. #3
    NG Newbies
    Join Date
    Mar 2008
    Posts
    16
    rajalawak is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    waaah bgs2 ada buku2 sebegini ni.....

  4. #4
    zuhardam
    Guest
    Tajuk Buku : BAITUL MAQDIS - KESUCIAN YANG DI PERTAHANKAN

    PENULIS : HJ MOHD HANIF B HJ ISMAIL

    HARGA : RM 25.00 (SEM MALAYSIA)
    RM 28.00 (SABAH/SARAWAK)

    PENGHANTARAN PERCUMA (SEM MALAYSIA SHJ)

    SINOPSIS :
    Buku ini dengan jalinan fakta yang lengkap membentangkan sejarah menang-kalah bangsa-bangsa yang pernah muncul dalam kancah perebutan takhta dan kuasa di Baitul Maqdis. Tentang harga diri, daya juang, kerakusan, dendam, keberanian, cinta kepada pertiwi dan semangat membela agama.

    Menyingkap hati nurani watak-watak manusia yang pernah atau pernah cuba menjajah, menjarah, menakluk, membuka dan yang mencatat era gemilang di Baitul Maqdis. Baik para antagonis seperti Jenggis Khan, Hulagu, Richard ‘Si Hati Singa’, Arnold, Philip Augustus dan Frederick Barbarosa di satu pihak, mahupun tokoh-tokoh protagonist Islam seperti Umar al-Khattab, Imaduddin Zanki, Nuruddin Zanki, Shalahuddin al-Ayubi, Saifuddin Qutz, az-Zahir Baybar, Qalawun dan Ashraf Salahuddin di satu pihak yang lain.

    Meniti babak demi babak dalam layar sejarah ini cukup untuk menyakinkan kita bahawa segalanya ‘dipentaskan’ mengikut kronologi yang telah diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya. Siapa Yahudi sejati, siapa Nasrani tulen dan siapa Muslim sebenar…semuanya tersingkap di atas pentas al-Quds.

    Lebih dari itu, buku ini mengimbau segala kelebihan dan keistimewaan Baitul Maqdis yang akhirnya akan membangkitkan rasa cinta terhadap tanah suci ketiga dalam Islam ini.

    ................................................
    BUKU2 TERBITAN MUST READ SDN BHD http://buku2-mustread.blogspot.com

  5. #5
    zuhardam
    Guest
    sapa2 yang dah baca buku nie boleh bagi komen dan ulasannya sekali..

  6. #6
    zuhardam
    Guest

    Novel Terbaru 'Naqiah Khalida'

    TAJUK : NAQIAH KHALIDA

    PENULIS : DIYA NORDIN

    HARGA : SEM. MALAYSIA : RM 25.00
    SABAH / SARAWAK : RM 28.00

    SINOPSIS :

    NAQIAH KHALIDA – Hidupnya sebatang karya, tidak punya saudara tempat mengadu. Tidak pernah kenal siapa ibu dan bapanya. Krisis, ketamakan dan kerakusan dalam keluarga telah membawanya jauh ke Dunedin, New Zealand. Keputusannya untuk berkahwin semasa belajar malah terpaksa menangguhkan pengajian semata-mata ingin menjaga suaminya yang sakit mengundang persoalan kepada semua yang menyayanginya. Adakah ini satu keputusan yang tepat? Atau dia tersilap hitungan sebenarnya. Berkahwin dan kemudian bergelar balu di usia yang muda tidak pernah mematahkan semangatnya. Mengapa dia berkahwin walau telah maklum suaminya tidak akan panjang umur? Adakah ia kerana sayang atau sebab lain.



    ............................................
    BUKU2 TERBITAN MUST READ SDN BHD http://buku2-mustread.blogspot.com

  7. #7
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    senyap je thread ni,sume tgh mbace ke??:005:


  8. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts