Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    kokorez
    Guest

    lawak- lawak yg best..

    hehe.. best gak kalo kongsi lawak2 bodo yg korang ada.. contoh satu lawak aku ada.. ekek ;_



    ----------------------------------
    > > > Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
    > > >
    > > > Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
    > > >
    > > > Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
    > > >
    > > > Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
    > > >
    > > > Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
    > > >
    > > > Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab
    > > > dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
    > > >
    > > > Murid-murid: Faham, cikgu!
    > > >
    > > > Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
    > > >
    > > > Murid-murid: (senyap)
    > > >
    > > > Cikgu: Pandai!
    > > >
    > > > Murid-murid: Bodoh!
    > > >
    > > > Cikgu: Tinggi!
    > > >
    > > > Murid-murid: Rendah!
    > > >
    > > > Cikgu: Jauh!
    > > >
    > > > Murid-murid: Dekat!
    > > >
    > > > Cikgu: Keadilan!
    > > >
    > > > Murid-murid: UMNO!
    > > >
    > > > Cikgu: Salah!
    > > >
    > > > Murid-murid: Betul!
    > > >
    > > > Cikgu: Bodoh!
    > > >
    > > > Murid-murid: Pandai!
    > > >
    > > > Cikgu: Bukan!
    > > >
    > > > Murid-murid: Ya!
    > > >
    > > > Cikgu: Oh Tuhan!
    > > >
    > > > Murid-murid: Oh Hamba!
    > > >
    > > > Cikgu: Dengar sini!
    > > >
    > > > Murid-murid: Dengar situ!
    > > >
    > > > Cikgu: Diam!
    > > >
    > > > Murid-murid: Bising!
    > > >
    > > > Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
    > > >
    > > > Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
    > > >
    > > > Cikgu: Mati aku!
    > > >
    > > > Murid-murid: Hidup kami!
    > > >
    > > > Cikgu: Rotan baru kamu tau!
    > > >
    > > > Murid-murid: Akar lama tak tau!
    > > >
    > > > Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
    > > >
    > > > Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
    > > >
    > > > Cikgu: Kamu gila!
    > > >
    > > > Murid-murid: Kami siuman!
    > > >
    > > > Cikgu: Cukup! Cukup!
    > > >
    > > > Murid-murid: Kurang! Kurang!
    > > >
    > > > Cikgu: Sudah! Sudah!
    > > >
    > > > Murid-murid: Belum! Belum!
    > > >
    > > > Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
    > > >
    > > > Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
    > > >
    > > > Cikgu: Oh! Melawan!
    > > >
    > > > Murid-murid: Oh! Mengalah!
    > > >
    > > > Cikgu: Kurang ajar!
    > > >
    > > > Murid-murid: Cukup belajar!
    > > >
    > > > Cikgu: Habis aku!
    > > >
    > > > Murid-murid: Kekal kami!
    > > >
    > > > Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
    > > >
    > > > Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
    > > >
    > > > Cikgu: Sudah, bodoh!
    > > >
    > > > Murid-murid: Belum, pandai!
    > > >
    > > > Cikgu: Berdiri!
    > > >
    > > > Murid-murid: Duduk!
    > > >
    > > > Cikgu: Saya kata UMNO salah!
    > > >
    > > > Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
    > > >
    > > > Cikgu: Bangang kamu ni!
    > > >
    > > > Murid-murid: Cerdik kami tu!
    > > >
    > > > Cikgu: Rosak!
    > > >
    > > > Murid-murid: Baik!
    > > >
    > > > Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
    > > >
    > > > Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
    > > >
    > > > Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
    > > > keluar.)
    > > >
    > > > Sebentar kemudian, loceng pun
    > > > berdering. Murid-murid berasa lega
    > > > Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah
    > > > keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana
    > > > telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,
    > > > tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang
    > > > lagi....
    > > >
    > > > P.S.: Moral of the story: Don't ever ask anybody
    > > > answer you in "kata berlawan".
    > > >
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    NG Newbies
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Milky Way Galaxy
    Posts
    0
    alfa is on a distinguished road
    My Mood
    Cheerful
    Post Thanks / Like
    aku dah baca lawak ni sebelum ni. tp baca sekali lg pun boleh bikin ketawa sorang2... hehehee....

  3. #3
    NG Moderator
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Subang Jaya DisneyLand HK
    Posts
    731
    sNarFy is on a distinguished road
    My Mood
    Aggressive
    Post Thanks / Like
    ingatkan lawak ape.. lawak nih ke.. cheh... Pandai la kokorez nih...
    -DEAD-

  4. #4
    NG Rookie
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    msjd tanah-tampin-seremban-sepang-kajang-kl-shah alam
    Posts
    348
    kon is on a distinguished road
    My Mood
    Aggressive
    Post Thanks / Like
    sape yang bodoh ek? murid atau cikgu?
    :biggrin:

  5. #5
    NG Newbies
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Milky Way Galaxy
    Posts
    0
    alfa is on a distinguished road
    My Mood
    Cheerful
    Post Thanks / Like
    cikgunyer la...

  6. #6
    NG Newbies
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Seremban-Guar Chempedak-HSBC Hong Kong
    Posts
    13
    miecc72 is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    wahahahahahah......
    Driving Instructor Bertauliah. - Area SEREMBAN. Harga Boleh Runding :4:. Call : 0132959341 - RAHIMI

  7. #7
    NG Newbies
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Milky Way Galaxy
    Posts
    0
    alfa is on a distinguished road
    My Mood
    Cheerful
    Post Thanks / Like
    Kelebihan Melayu Berbanding Arab

    Ini ada 2 cerita yang menunjukkan orang melayu mempunyai tutur kata ARAB yang lebih baik dari orang arab.

    Cerita 1:
    Kasim bekerja di stesen minyak Petranos, Jalan Ampang. Dia selalu melayani pelanggan yang ingin mengisi minyak kedalam kereta. Pada suatu hari pam minyak di stesen tersebut telah kehabisan minyak dan perlu menunggu lagi 4 jam untuk minyak diisi semula kedalam tangki besar. Kasim akan memberitahu kepada pelanggan bahawasanya minyak telah kehabisan. Tiba-tiba datang satu pelanggan berbangsa Arab bersama kenderaan yang ingin mengisi minyak. Kasim yang menggelabah akibat tidak tahu bercakap arab terpikir satu ayat arab yang biasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu itu habis. Kasim berkata kepada orang Arab tersebut " Encik, minyak sudah SADAQALLAHULLA'ZIMMM".

    Cerita 2:
    Azlan telah pergi berUmrah ke Mekah dengan pengetahuan bahasa arab yang sedikit. Dia faham apa yang dikatakan dalam bahasa arab tetapi dia kekok untuk bercakap. Nak dijadikan cerita ada seorang arab dari luar Mekah tidak tahu arah di mana hotel penginapannya. Dia terjumpa Azlan yang sedang berjalan seorang diri. Orang Arab itu pun bertanya kepada Azalan dalam bahasa Arab "Boleh awak beritahu jalan manakah yang perlu saya ikut untuk sampai ke hotel ini?(setelah diterjemah ke BM)". Azlan tahu arah hotel tersebut dan faham apa yang orang arab itu katakan tetapi dia tidak tahu menjawab dalam bahasa Arab dengan baik. Setelah berfikir, lalu Azlan pun menjawab " IHDINAS SHIROOTHOLMUSTAQIMM" yang bermaksud "INILAH DIA JALAN YANG LURUS". Maka orang Arab tadi pun kagum bukan kepalang kerana orang melayu yang tidak bercakap arab ini pun menggunakan bahasa Al-Quran untuk berkomunikasi.

  8. #8
    sycorp
    Guest

    alfa ..

    alfa ..

    dua cite ttg arab tu .. aku tak tahan gile .. dok gelak sorang sorang macamorang tak betul .. hang jgn buat keje camni lagi tau . nanti orang ingat aku tak betul gelak sorang sorang dalam bilik ..

    thanks for comedy story ..

  9. #9
    NG Newbies
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Milky Way Galaxy
    Posts
    0
    alfa is on a distinguished road
    My Mood
    Cheerful
    Post Thanks / Like
    semoga terhibur.... hehehee...

  10. #10
    NG Newbies
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Milky Way Galaxy
    Posts
    0
    alfa is on a distinguished road
    My Mood
    Cheerful
    Post Thanks / Like
    Lawak Hari Ini :

    Bebal komputer


    Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

    "Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
    "Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."
    "Masalah bagaimana tu encik?"
    "Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
    "Hilang?"
    "Ya, ia hilang."
    "Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
    "Kosong, tak ada apa-apa."
    "Tak ada apa-apa?"
    "Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
    "Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
    "Macam mana saya nak tau?"
    "Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
    "Apa tu si-perom?"
    "Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
    "Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
    "Adakah monitor anda ada power indicator?"
    "Monitor tu apa?"
    "Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
    "Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
    "Saya tak tahu."
    "OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
    "Rasa-rasanya."
    "Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
    "Yaa, terpasang."
    "Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
    "Iya ke?."
    "Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
    "Okay, jumpa dah."
    "Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
    "Alamak tak sampai laa."
    "Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
    "Tak boleh."
    "Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
    "Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
    "Gelap?"
    "Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
    "OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
    "Tak boleh."
    "Tak boleh? Kenapa?"
    "Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
    "Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
    "Ada... saya simpan kat dalam almari."
    "Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
    "Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
    "Iya, rasa-rasanya macam itulah."
    "Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
    "Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer.


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts