Announcement

Collapse
No announcement yet.

Rumahtangga Norman/Abby bergolak lagi, Norman Hakim, Memey ditangkap khalwat

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Rumahtangga Norman/Abby bergolak lagi, Norman Hakim, Memey ditangkap khalwat

    Jais serbu pejabat jam 2 pagi berikutan aduan orang ramai

    KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Norman Hakim ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di sini, semalam kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lagi pelakon, Suhaiza Shahimi atau lebih dikenali sebagai Memey.

    Mereka ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan kira-kira jam 2 pagi di sebuah pejabat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini berikutan maklumat daripada orang ramai.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tangkapan pasangan pelakon itu di sebuah premis di sini, daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.

    "Kami dimaklumkan, ketika premis diperiksa anggota Jais, mereka mendapati hanya dua pelakon berkenaan berada dalam premis berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani ketika dihubungi pula berkata, pasangan pelakon terbabit ditahan sekumpulan tujuh anggota jabatan berkenaan dalam operasi cegah maksiat di kawasan itu, hasil maklumat orang ramai.
    "Pada mulanya, kami mendapati pintu bangunan berkenaan dikunci tetapi selang berapa minit, datang seorang individu lain membuka kunci dari luar dan selepas masuk, kami mendapati seorang wanita berpakaian lengkap berada dalam bangunan terbabit.

    "Anggota kami yang difahamkan ada seorang lelaki dalam premis itu terus mencari sebelum menjumpai pelakon berkenaan yang dipercayai bersembunyi dalam bilik kecil. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan," katanya.

    Sementara itu, Norman yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang semalam menganggap insiden tangkap khalwat bersama Memey sebagai cubaan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai artis dan ahli perniagaan.

    Norman sekali lagi mengulangi pendiriannya yang dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu sebaliknya menyifatkan hubungan mereka adalah atas dasar profesional kerana Memey membantunya menguruskan pentadbiran MDH Trading & Services.
    "Sebelum serbuan ada empat orang di pejabat iaitu pengerusi syarikat iaitu saya, Memey dan seorang pembantu. Saya kemudian keluar menghantar pengerusi balik ke rumah, apabila datang semula ke pejabat, saya dapati pembantu sudah tiada.

    "Saya kemudian ke aras berlainan premis perniagaan itu. Saya di aras dua dan Memey pula di aras satu. Saya tidak faham kenapa kami dituduh berkhalwat sedangkan setahu saya maksud khalwat adalah berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan sedangkan kami di aras berlainan," katanya.

    Sementara itu, isteri Norman yang juga pelakon Abby Abadi, enggan mengulas mengenai isu tangkap khalwat membabitkan suaminya tetapi memberitahu dia mengetahui insiden terbabit daripada seseorang yang menghantar SMS kepadanya pagi semalam.
    Last edited by RM100; 02 Nov 2008, 04:12 AM.

  • #2
    apa nak jadi dgn artis kita???

    Comment


    • #3
      Originally posted by RM100 View Post
      apa nak jadi dgn artis kita???
      apa nak jadi? jadi artis la... hik hik hik...
      -DEAD-

      Comment


      • #4
        biarlah diorang dengan hal diorang..let them sovle their problem diorang...kita sebagai pemerhati just boleh bagi sokongan moral, terus mendoakan mereka.....amin

        Comment


        • #5
          ape la nak jadi ngan manusia zaman sekarang..isk3x

          Comment


          • #6
            sblm ni norman pn pernah bercerai dgn abby pas tu rujuk balik pasal ada org ketiga, kes skrg ni lagi parah dh kena tangkap dgn JAIS

            Comment


            • #7
              aritu kecoh xde pape dgn memey nih siap masuk metro
              sanggup bersumpah la pape la
              last2 ambik ko tuhan nak tunjuk


              I LOVE What I Do

              Comment


              • #8


                BIODATA


                NAMA: Suhaiza Suhaimi
                TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
                ASAL: Kota Tinggi, Johor
                PENDIDIKAN: SPM
                KERJAYA: Model, pengacara, pelakon
                RANCANGAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5
                DRAMA: Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa dan Pontianak Air Jernih.

                ATLIT IDOLA
                Luar Negara
                Christiano Ronaldo (Bola sepak)

                Tempatan
                Shalin Zulkifli (bowling)

                *aku tak knal pon memey ni, ni br kenal. budak lagi rupenye. 20thn, huh.. patut la norman ske, 20 thn bandingkan dgn ebby yg dah 35thn kot.. :19::19:

                **atlit bola dia minat, tak tahan..
                Sini yer kwn2..---> nogold.com/fantasy
                "The Killing Machines"

                Comment


                • #9
                  minat aje la si ronaldo tuh .. dia tuh gay:21:


                  Comment


                  • #10
                    Originally posted by Alarmist View Post


                    BIODATA


                    NAMA: Suhaiza Suhaimi
                    TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
                    ASAL: Kota Tinggi, Johor
                    PENDIDIKAN: SPM
                    KERJAYA: Model, pengacara, pelakon
                    RANCANGAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5
                    DRAMA: Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa dan Pontianak Air Jernih.

                    ATLIT IDOLA
                    Luar Negara
                    Christiano Ronaldo (Bola sepak)

                    Tempatan
                    Shalin Zulkifli (bowling)

                    *aku tak knal pon memey ni, ni br kenal. budak lagi rupenye. 20thn, huh.. patut la norman ske, 20 thn bandingkan dgn ebby yg dah 35thn kot.. :19::19:

                    **atlit bola dia minat, tak tahan..

                    laju jer ko alarm klu kes2 khalwat nih..:10:
                    tp bole tahan gak bdk nih...alarm mesti pilih..
                    -Hartal SeMalaya-

                    Comment


                    • #11
                      Originally posted by gorgone View Post
                      laju jer ko alarm klu kes2 khalwat nih..:10:
                      tp bole tahan gak bdk nih...alarm mesti pilih..
                      ye la
                      aku saje nak tgk cemane taste norman hakim ni
                      so, boleh tahan jugak memey ni :19::19:
                      Sini yer kwn2..---> nogold.com/fantasy
                      "The Killing Machines"

                      Comment


                      • #12
                        bodo bodo...bikin panas nama johor.....

                        Comment


                        • #13
                          Originally posted by Alarmist View Post
                          ye la
                          aku saje nak tgk cemane taste norman hakim ni
                          so, boleh tahan jugak memey ni :19::19:
                          ish3..dah ada anak pun nk buat prangai.. dunia artis ni la yg plg susah.. org nmpak sikit je terus heboh satu mesia...

                          Comment


                          • #14
                            Originally posted by Alarmist View Post
                            ye la
                            aku saje nak tgk cemane taste norman hakim ni
                            so, boleh tahan jugak memey ni :19::19:
                            klu ko bc kt TKO, siap ade yg tuduh memey gaban nih cucu kpd nik aziz
                            padahal bdk nih asal johor..sukasuki jer nk buruk kn nama tok guru...:14:
                            -Hartal SeMalaya-

                            Comment


                            • #15
                              Originally posted by Gitaris Berapi View Post
                              ish3..dah ada anak pun nk buat prangai.. dunia artis ni la yg plg susah.. org nmpak sikit je terus heboh satu mesia...
                              orang nampak sikit ape bendenya GB
                              sudah kantoi kene tangkap tu
                              bukan saje org nampak, pak imam pon sudah nampak dan sudah tangkap la:10::10:
                              Sini yer kwn2..---> nogold.com/fantasy
                              "The Killing Machines"

                              Comment

                              Working...
                              X