Announcement

Collapse
No announcement yet.

[15/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [15/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Azmin nafi dakwaan beli saham

    KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin menafikan dakwaan pembelian saham itu dan mengatakan kenyataan Vigneswaran itu sebagai satu tindakan terancang untuk mengaibkan dan mencemarkan nama beliau.

    "Ini adalah tidak berasas sama sekali dan saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan saya dan isteri saya.

    "Kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku ahli Parlimen Gombak serta Naib Presiden PKR," katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama di sini.

    Mohamed Azmin berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung kenyataan itu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Keputusan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah

    Rusia 2 (Bilyaletdinov 40, 51) - Slovenia 1 (Pecnik 88)

    Greece 0 - Ukraine 0

    Comment


    • #3
      Alonso bantu Sepanyol atasi Argentina

      MADRID: Xabi Alonso menjaringkan dua gol, termasuk penalti pada minit ke-86, untuk memberi Sepanyol kemenangan 2-1 ke atas Aregntina dalam perlawanan pasukan pilihan Piala Dunia.

      Juara Eropah itu membuka jaringan pada minit ke-16 selepas penjaga Argentina Sergio Romero menyelamat sepakan David Silva untuk Alonso menerjah bola ke jaring.

      Argentina menunjukkan permainan lebih mantap pada separuh masa kedua dan Lionel Messi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-61.

      Comment


      • #4
        Gol nasib Anelka beri Perancis kelebihan

        DUBLIN: Nicolas Anelka menjaringkan gol nasib pada pertengahan separuh masa kedua untuk memberi Perancis kemenangan 1-0 dalam perlawanan playoff menentang Ireland dan peluang melayakkan diri ke Piala Dunia 2010.

        Rembatan Anelka dari penjuru kotak penalti terkena pemain pertahanan Irealnad, Sean St Ledger lalu melantun melepasi penjaga gol Shay Given.

        Ireland seri 0-0 di Perancis pada kelayakan Piala Dunia lima tahun lalu. Keputusan sama pada perlawanan kedua di Stade de France Rabu ini akan melayakkan Perancis ke Piala Dunia tahun dean.

        Comment


        • #5
          Portugal atasi Bosnia 1-0

          LISBON: Jaringan Bruno Alves memberi Portugal kemenangan 1-0 ke atas Bosnia-Herzegovina dalam perlawanan kelayakan playoff Piala Dunia dan kelebihan tipis pada perlawanan kedua.

          Alves menanduk masuk hantaran Nani dari sebelah kanan pada minit ke-31 untuk gol antarabangsanya yang kelima.

          Portugal yang bermain tanpa Cristiano Ronaldo yang tercedera, menguasai permainan tetapi gagal menambah jaringan.

          Comment


          • #6
            Keputusan bola sepak persahabatan antarabangsa

            Afrika Selatan 0 - Jepun 0

            Macedonia 3 (Sedloski 48, Pandev 62-pen, 90-pen) - Kanada 0

            Wales 3 (Edwards 17, Church 32, Ramsey 35) - Scotland 0

            Slovakia 1 (Hamsik 26) - AS 0

            Poland 0 - Romania 1 (Niculae 59)

            Brazil 1 (Nilmar 47) - England 0

            Switzerland 0 - Norway 1 (Carew 48-pen)

            Ireland Utara 0 - Serbia 1 (Lazovic 57)

            Denmark 0 - Korea Selatan 0

            Arabi Saui 1 (Al Shamrani 32) - Belarus 1 (Bordachev 20)

            Croatia 5 (Bilic 1, 49, Srna 10, Da Silva 23, 47) - Liechtenstein 0

            Estonia 0 - Albania 0

            Luxembourg 1 (Kintziger 75) - Iceland 1 (Johannsson 63)

            Sepanyol 2 (Xabi 16, 86-pen) - Argentina 1 (Messi 61-pen)

            Itali 0 - Belanda 0

            Belgium 3 (Fellaini 37, Vermaelen 55, Mirallas 61-pen) - Hungary 0

            Comment


            • #7
              Rumah orang tua jadi sarang pendatang asing



              KUALA LUMPUR: Pusat penjagaan rumah orang tua kini menjadi sarang dan taktik terbaru yang digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk menyembunyikan diri daripada diberkas pihak berkuasa.

              Ini terbukti apabila seramai 175 orang warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh ditahan dalam serbuan Ops Nyah II selama tiga jam yang membabitkan sebuah Pusat Penjagaan Rumah Orang Tua Nan Yang Tasik Permai, sekitar kawasan Ampang dan kawasan bersepadan balai Ampang dan balai Pandan Indah di sini yang bermula jam 1.30 pagi tadi.

              Mereka yang terdiri daripada 85 lelaki termasuk seorang kurang upaya, 60 wanita dan 30 kanak-kanak itu didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah atau memiliki dokumen yang meragukan, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan.

              "Ketika serbuan di pusat penjagaan rumah orang tua tersebut, polis mendapati hanya lapan orang warga emas tempatan yang tinggal di pusat penjagaan tersebut manakala seramai 18 Pati menyewa di pusat penjagaan itu.

              "Kita akan menjalankan siasatan lanjut tentang penyewaan di pusat penjagaan tersebut kerana kami (polis) mendapat maklumat bahawa Pati telah menyewa tempat tersebut selama lima bulan yang lepas dan tindakan yang setimpal akan dikenakan terhadap tuan punya rumah (penyewa)," katanya , katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

              Beliau tidak menolak kemungkinan penyewa menggunakan cara pantas ini untuk mendapatkan keuntungan. - Bernama

              Comment


              • #8
                MIC bentuk 'pasukan kejayaan'



                KUALA LUMPUR: MIC hari ini melancarkan langkah penilaian bagi mengukur prestasi pemimpinnya di semua peringkat dalam usaha membentuk sebuah "pasukan kejayaan" dan menyusun program yang merentasi sempadan kaum, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

                Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata parti itu berazam untuk "menyusun semula dan memperkasakan kembali" MIC agar ia terus relevan dan mampu menawan kembali enam kerusi Parlimen serta 12 kerusi Dewan Undangan Negeri yang terlepas daripada genggamannya pada pilihan raya umum lalu.

                Katanya, proses penilaian semula peringkat nasional itu akan dilaksanakan melalui Kad Pencapaian Seimbang (BSC) peringkat tinggi, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bintang Penarafan "yang akan mengemudi arah tuju parti berkenaan ke arah menjadi sebuah parti yang mengutamakan rakyat melalui langkah transformasi dan perubahan dalaman".

                Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bengkel bertemakan "Keperluan Mendesak" yang disertai 150 pemimpin bahagian MIC dari seluruh negara di sini, Samy Vellu berkata tiga inisiatif penilaian itu merupakan satu lagi kejayaan besar dalam usaha parti itu untuk kekal relevan dan menjadi sebuah parti politik yang progresif, prihatin serta inovatif.

                "Selepas pilihan raya umum lalu, MIC melakukan pelbagai perubahan bagi memulihkan hubungannya dengan masyarakat, termasuk melaksanakan langkah penjenamaan semula, membawa masuk tenaga muda dan muka baru ke alam parti dan melakukan perubahan serta liberalisasi bagi menarik anggota baru," katanya.

                Beliau berkata, BSC mengandungi enam perspektif, yang merangkumi pelbagai bidang penting seperti kecekapan parti di peringkat dalaman, pembentukan sistem penyampaian yang kreatif, merapatkan diri dengan orang ramai melalui pemberian bantuan serta pelaksanaan program yang memenuhi keperluan mereka pada sesuatu masa, menawan semula hati anggota dan menarik anggota baru, mengukur tahap kepuasan hati orang ramai dan perspektif 1Malaysia.
                Katanya, perspektif berkaitan anggota parti itu pula akan memberi fokus terhadap usaha mengekalkan anggota sedia ada, menarik anggota baru, menarik semula sokongan anggota dan memastikan anggota parti itu berdaftar sebagai pengundi, manakala perspektif berkaitan orang ramai pula akan mengandungi program pendampingan diri, inisiatif ke arah kesejahteraan ekonomi dan pendidikan serta penglibatan mereka dalam bidang perniagaan.

                Samy Vellu berkata, seiring dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi agenda nasional, MIC memasukkan konsep itu ke dalam BSC bagi melaksanakan program yang mampu meningkatkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

                Beliau berkata, sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi melaksanakan tiga inisiatif berkenaan (BSC, KPI dan Bintang Penarafan) dan menilai prestasi pemimpin parti setiap tiga bulan.

                "Pelaksanaan inisiatif ini membuktikan kesungguhan MIC dalam meningkatkan komitmennya untuk mendekatkan diri dengan setiap anggota masyarakat India di Malaysia melalui penggunaan sistem dan strukturnya yang telah terbukti berkesan.
                "Langkah ini dijangka menjadikan MIC sebuah parti yang dinamik, prihatin dan mengutamakan rakyat apabila semua pemimpin di peringkat akar umbinya lebih bertanggungjawab kepada masyarakat dan parti," katanya. - Bernama

                Comment


                • #9
                  Banjir di Kedah bertambah buruk



                  ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah semakin buruk hari ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,062 orang membabitkan 255 keluarga berbanding 679 orang malam tadi.

                  Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata sebanyak 13 pusat pemindahan telah dibuka di tiga daerah iaitu masing-masing enam di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu manakala satu di Padang Terap.

                  "Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi apabila seramai 711 orang membabitkan 158 keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air," katanya ketika dihubungi hari ini.

                  Beliau berkata, bilangan mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah sebanyak 314 orang daripada 89 buah keluarga manakala di Padang Terap jumlah mangsa berkurangan kepada 37 mangsa daripada lapan keluarga.

                  "Setakat jam 11 pagi tadi, hanya Sungai Pantai Johor sahaja yang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 2.30 meter (paras bahaya 2 meter)," katanya. - Bernama

                  Comment


                  • #10
                    Manohara tidak pernah didera: saksi



                    KOTA BHARU: Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini diberitahu wanita itu tidak pernah didera suaminya.

                    Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar, berkata adalah tidak benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera suaminya.

                    "Tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara. Kalau ada mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya," kata Tengku Azwani, 26, yang juga sepupu Tengku Muhammad Fakhry.

                    Tengku Azwani berkata, beliau rapat dengan sepupunya dan Manohara serta melihat hubungan kedua-dua pasangan itu adalah baik dan mesra.

                    Katanya, rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari rumah sepupunya itu.

                    Tengku Azwani berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Yusof Awang pada perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara kembali taat kepada suaminya, semasa menjawab soalan peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, sama ada benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera oleh suaminya.
                    Bagaimanapun, Manohara yang telah kembali ke Indonesia tidak hadir di mahkamah hari ini dan begitu juga tiada peguam syarie yang mewakilinya.

                    Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar afidavit keterangan bertulis Tengku Muhammad Fakhry bagi perbicaraan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara. Hakim Syarie Mohd Yusof menetapkan 13 Disember bagi keputusan tuntutan kes taat kembali kepada suami dan tuntutan hutang itu.

                    Pada Jumaat lalu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, menyerahkan afidavit keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur bagi dua kes saman terhadap isterinya, Manohara yang mengandungi soalan dan jawapan bagi menggantikan soalan utama terhadap plaintif pada perbicaraan hari ini.

                    Pada 3 November, peguam syarie kepada Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya dalam kedua-dua kes tersebut.
                    Dua hari selepas penarikan diri peguam syarie terbabit, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina, dikenakan penghakiman ingkar setelah gagal melantik peguam baru dalam kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

                    - Bernama

                    Comment


                    • #11
                      EGM 28 November tidak sah: MCA



                      KUALA LUMPUR: Sesi dialog MCA antara kepemimpinan tertinggi parti itu dengan lebih 620 ketua bahagian parti itu hari ini memutuskan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua yang dijadualkan pada 28 November ini sebagai tidak sah.

                      Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pada masa sama semua ketua bahagian itu menyatakan sokongan kepada pelan perpaduan yang diusahakannya dengan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

                      "Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) MCA pada 3 November lalu sudah bincang panjang lebar mengenainya (EGM) dan terima permintaan dan hak ahli CC untuk anjurkan EGM.

                      "Tetapi, mesyuarat itu tolak usul yang dibentangkan dalam EGM kerana ia bercanggah dan tidak ikut perlembagaan MCA. Pendek kata ia adalah EGM di mana usulnya dikatakan tidak sah dari segi perlembagaan parti dan boleh dikatakan bercanggah," katanya.

                      Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma MCA selepas menghadiri Sesi Dialog Untuk Ketua Bahagian MCA.

                      EGM itu dipanggil oleh 16 ahli CC MCA, termasuk Naib Presiden, Tan Kok Hon; Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.
                      Mengikut perlembagaan parti itu, EGM boleh diadakan melalui tiga cara, iaitu menerusi arahan presiden, diminta satu pertiga anggota CC atau satu pertiga perwakilan pusat.

                      Dua resolusi akan dibentangkan dalam EGM 28 November itu, iaitu membubarkan CC dan mengadakan pemilihan bagi mendapatkan mandat baru dalam tempoh 30 hari serta menetapkan sebarang perubahan jawatan parti, termasuk pelantikan dan pemecatan, selepas EGM 10 Oktober lalu tidak sah dan batal.

                      Ditanya adakah kepemimpinan parti akan melakukan sesuatu bagi menghalang EGM itu dari diadakan, Dr Chua berkata ia tidak perlu dilakukan kerana yakin semua ahli dan pemimpin MCA mengetahui tanggungjawab masing-masing.

                      "Keinsafan mereka terhadap tanggungjawab sebagai ahli dan pemimpin MCA masih tinggi. Saya rasa tidak payah buat sesuatu...tidak tahu pula pendapat Presiden (Ong)...tak payah usaha untuk halang," katanya.

                      Comment


                      • #12
                        Akar umbi akan pilih pemimpin tertinggi MCA



                        KUALA LUMPUR: MCA akan menjejaki langkah Umno meminda pindaan perlembagaan bagi membolehkan ahli akar umbi memilih kepemimpinan tertinggi parti.

                        Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat kepemimpinan tertinggi MCA dengan lebih 700 ketua bahagian parti di sini sebentar tadi.

                        Comment


                        • #13
                          Pemimpin Apec bincang cabaran pasca krisis



                          SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang lain, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang baru menyertai mesyuarat perkumpulan itu hari ini, meneruskan sesi perbincangan santai di Istana.

                          Pemimpin-pemimpin itu akan menumpukan perbincangan mereka pada tema "Mengekalkan Pertumbuhan" pada hari terakhir Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Asia Pascifik (AELM).

                          Mereka juga akan meneliti mengenai bagaimana untuk menangani cabaran pasca krisis seperti ketidakseimbangan makro ekonomi global, peningkatan kesamaan pendapatan dan perubahan iklim, melalui pertumbuhan paradigma baru, menjadikan pertumbuhan lebih seimbang, inklusif dan mampan.

                          Selepas perbincangan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu, pemimpin akan menghadiri majlis pengisytiharan yang turut berlangsung Istana.

                          Sementara itu, dalam program isteri pemimpin, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, menyertai wanita pertama yang lain diketuai oleh isteri Lee, Ho Ching, melawat Muzium Peranakan. - Bernama

                          Comment


                          • #14
                            Banjir di Perak semakin buruk



                            IPOH: Keadaan banjir di Perak bertambah buruk dengan Kerian menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan seramai 450 orang dipindahkan ke tiga buah pusat permindahan.

                            Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mereka yang dipindahkan terdiri 116 buah keluarga dari Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Parit Simpang Empat dan Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah.

                            "Mereka dipindahkan sejak jam 8 pagi ini berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah akibat hujan lebat sejak empat hari lalu, menyebabkan kampung berkenaan ditenggelami air sedalam lebih satu meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

                            Mat Fauzi berkata, Jalan Alor Pongsu-Selama di KM13 hingga KM17 ditutup kepada semua kenderaan.

                            Sementara itu, sebanyak 72 mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama masih berada di pusat pemindahan. - Bernama

                            Comment


                            • #15
                              Pemuda Umno Kelantan desak SPRM siasat Nik Aziz, menantu



                              KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta siasatan ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Mat, dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK), disegerakan.

                              Memorandum itu diserahkan Ketuanya, Anuar Sapian, kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah, pada jam 11.30 pagi di pejabat SPRM negeri di Wisma Persektuan, di sini.

                              Memorandum lapan muka surat itu antara lain meminta SPRM menyiasat dengan segera pengakuan Mursyidul Am Pas itu yang beliau ditaja oleh pihak tertentu dengan pakej VVIP bernilai RM65,000 bagi menunaikan haji tahun ini.

                              Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz mengumumkan yang beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu diperbesar-besarkan media.

                              Anuar yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya turut meminta SPRM menyiasat pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

                              "Pemuda Kelantan merasa wujud keraguan yang munasabah dalam pelantikan itu," katanya. - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X