Announcement

Collapse
No announcement yet.

Machang INFO

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Machang INFO

    Machang

    Machang (bahasa Arab: ماجغ, bahasa Thai, มาจัง) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim. Machang mempunyai lebih kurang 97,524 orang penduduk (tahun 2000).

    Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.

    Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang.

    Tempat Menarik


    Antara tempat manarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.

    sekolah


    Sekolah Menengah

    1. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad
    2. Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
    3. Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1
    4. Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2
    5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Intan
    6. Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan
    7. Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret
    8. Sekolah Menengah Sains Machang
    9. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
    10. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang

    Sekolah Rendah

    1. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
    2. Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
    3. Sekolah Kebangsaan Labok
    4. Sekolah Kebangsaan Tok Bok
    5. Sekolah Kebangsaan Machang 1
    6. Sekolah Kebangsaan Machang 2
    7. Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong
    8. Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong
    9. Sekolah Kebangsaan Kampung Pek
    10. Sekolah Kebangsaan Temangan
    11. Sekolah Kebangsaan Ayer Merah
    12. Sekolah Kebangsaan Hamzah 1
    13. Sekolah Kebangsaan Hamzah 2
    14. Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu
    15. Sekolah Kebangsaan Belukar
    16. Sekolah Kebangsaan Bandar

  • #2
    HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR

    Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang telah dibuka pada tahun 1975. Keluasan hutan lipur ini ialah 3.14 hektar terletak didalam kompatmen 6 hutan simpan Ulu Sat. Hutan Lipur ini sesuai dikunjungi oleh keluarga sebagai tempat beristirehat. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti taman kanak-kanak, pondok rehat, kolam mandi, jambatan gantung, tandas awam disamping sungai yang mengalir, kehijauan hutan hujan tropika serta flora dan fauna. Tiada bayaran dikenakan. Masa melawat ialah jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, mereka perlu mendapat kebenaran dari Penguasa Hutan Lipur ini iaitu Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan.





    Comment


    • #3
      AIR TERJUN JERAM LINANG

      Air Terjun Jeram Linang, Machang merupakan air terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, air terjun sentiasa jernih. Pihak kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan di air terjun ini seperti tandas awam, tempat rehat, musalla, restoran dan tempat letak kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat kawasan ini. Kawasan perkhemah turut disediakan.





      Comment


      • #4
        KOLAM AIR PANAS

        Kolam air panas ini terletak di Kampong Rengas, Labok lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Machang. Ia berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.



        Comment


        • #5
          PANDUAN KE MACHANG

          Cara-cara untuk datang ke Daerah Machang adalah melalui jalan darat dan udara.



          # Jalan darat melalui Bentong-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai dan Machang

          # Manakala jalan udara melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra-Pangkalan Chepa-Kota Bharu-Ketereh dan Machang

          Comment


          • #6
            giler hulu machang nie.. ada tesco tak kat machang? kepsi? mekdonal?:011::011:

            Comment

            Working...
            X