Announcement

Collapse
No announcement yet.

Info Menarik tuk Mat Rock Kapak

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Info Menarik tuk Mat Rock Kapak

    Exclusive from Man X
    To: TeamDymium
    Subject: Entertainment

    Bagi mereka yang berjiwa keras dan menghayati lagu-lagu Rock Kapak.. Disini ada beberapa informasi menarik tuk anda.

    1) Perkataan "Rock Kapak" ini dikatakan berasal dari seorang DJ Rock terkenal iaitu DJ Isma Halil Hamzah. Kini "rock kapak" digunakan secara meluas mengambarkan lagu irama rock 80an dan awal 90an.

    2) Lagu Another You dari band Thrash Metal lagenda Malaysia, Cromok mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menghasilkan melodi yg korang dengar sekarang. Tahniah buat Karl dan Sam kerana usaha korang tu.. Mmg hasilnya tidak mengecewakan sehingga pengaruh lagu ini sampai ke Brazil.

    3) Komposer terkenal Aidit Alfian merupakan gitarist untuk band BABA. Band ini telah berjaya diiktiraf sebagai Artis Berkumpulan Baru Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-4 (1997). Album mereka adalah Aku Bukan Badut.

    4) Band rock kapak sekitar 80an gemar mengunakan nama-nama wanita seperti Melissa, Analisa, Dayana, Dia, Lela, Kris, Teja, Eka, Jessica dan Sofea. Kalo krang tanya kenapa aku sorry lah aku sendiri tidak tahu. Tetapi kalau nama Sofea tu diambil apabila nama sebenar So Fear terlalu keras.

    5) Ahli band Barongan yang terkenal merupakan bekas ahli kumpulan Amuk kecuali vocalistnya Sham yang merupakan penyanyi tuk kumpulan Crayon.

    6) Berikut adalah beberapa penyanyi rock wanita yang mungkin korang tidak kenali.
    1) Nadia - menghasilkan tiga album dan terkenal dengan lagu Salam Untuk Kekasih.
    2) Shima - Penyanyi kumpulan The Boys pada awalnya dan menghasilkan lapan album solo.
    3) Sahara Yaacob - Menghasilkan dua album. Terkenal dengan lagu "Peronda Jaket Biru".
    4) Rozanna - menghasilkan satu album sahaja.
    5) Ruhil Amani - penyanyi untuk band Metal Child dan menghasilkan tujuh album.
    6) Leez - menghasilkan dua album.
    7) Idda - menghasilkan satu album sahaja.
    8) Emma - penyanyi kumpulan Revolusi dan menghasilkan 2 album solo dan satu album Revolusi
    9) Ella - Penyanyi yang masih bertahan. Penyanyi untuk band Moonrackers dan The Boys.
    10) Dilla Hussein - Anak kepada pelakon veteran Hussein Abu Hassan dan penyanyi band Son of Adam

    7) Kumpulan The Boys merupakan kumpulan yang menampilkan dua penyanyi wanita yang terkenal di Malaysia iaitu Ella dan Shima.

    8) Berikut adalah nama lain untuk kumpulan rock kapak yang mungkin korang tidak tahu.
    1) Bloodshed - nama lain Blackshed
    2) Sofea - nama lain SYJ
    3) Tropika - nama lain Jinbara
    4) BlackFire - Metal Ghost
    5) Burnmarks - nama lain Naja
    6) Nobat - nama lain SOS
    7) Meditasi - nama lain Metal Wizards
    8) Febians - nama lain D'Febians
    9) Gravity - nama lain Venus Junior / Figures
    10) K'Rabat - nama lain Wicitra
    11) Massa/Masa - nama lain Scarecrow
    12) Candy - nama lain G-Saphia

    9) Penyanyi solo dan band mereka sebelumnya..
    1) Hattan - penyanyi untuk kumpulan FRU dan PRATAYUDA
    2) Awie - penyanyi tuk kumpulan Wings dan Dragon Malaya
    3) Aris Ariwatan - penyanyi kumpulan Ariwatan
    4) Ajin - drummer untuk kumpulan Wizards & Supergrassjelly, penyanyi untuk Black Rose.
    5) Amy - penyanyi untuk kumpulan Titanic dan Search.
    6) Yantzan - penyanyi untuk kumpulan Rusty Blade dan May
    7) Saleem - penyanyi kumpulan Superskala & Iklim

    10) Candy merupakan kumpulan rock wanita yang masih dikenali kerana lagu popular mereka "Akan Ku Tunggu". Agaknya sampai aku mati pon Malaysia tidak akan punyai kumpulan rock wanita seperti Candy. huhu..

    Exclusive taken from: http://www.teamdymium.com/thread-1912.html

  • #2
    indie band skrg mmg xleh lawan lagu2 zaman rock kapak..

    Comment


    • #3
      Tmbh lg: Rahim Maaroof=bekas penyanyi kump whitesteel..

      Comment

      Working...
      X