Announcement

Collapse
No announcement yet.

[12/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [12/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa


    Serbia isytihar H1N1 sebagai pandemik

    12/11/2009 2:49am

    BELGRADE 12 Nov. – Kementerian Kesihatan Serbia semalam mengumumkan wabak selesema babi sebagai pandemik, pengisytiharan yang diharap dapat membantu membendung wabak itu daripada terus merebak di negara Balkan ini.

    Pengumuman itu bermakna perhimpunan awam besar boleh diharamkan; sekolah boleh ditutup dan lawatan ke hospital dilarang.

    Menurut kementerian tersebut, wabak influenza A (H1N1) baru-baru ini memuncak secara mendadak dengan kes yang disahkan sebanyak 258 serta tujuh kematian iaitu meningkat kira-kira 130 kes dan dua kematian pada awal November lalu. – AP

  • #2
    Celine tidak serik alami keguguran
    12/11/2009 2:49am

    MONTREAL 12 Nov. – Celine Dion, 41, penyanyi yang berasal dari Kanada telah mengalami keguguran, tetapi akan terus berusaha untuk memperoleh anak kedua, kata jurucakapnya, semalam.

    Dion yang mengumumkan telah mengandung pada pertengahan Ogos lalu telah keguguran 10 hari selepas itu, kata jurucakapnya Francine Chaloult.

    Dia dan suaminya, Rene Angelil, 67, pada bulan lalu telah mencuba sekali lagi untuk mengandung tetapi gagal. Mereka akan ke New York minggu hadapan untuk cubaan kali ketiga permainan beradas. – AFP

    Comment


    • #3
      KD Gempita lancar penembakan misil di perairan Selat Melaka
      12/11/2009 10:33am

      LUMUT 11 Nov — Kapal Kelas Penyerang Laju (Misil) buatan Sweden, KD Gempita, hari ini, melancarkan penembakan misil jenis EXOCET MM38 yang berjaya memusnahkan sasaran permukaan (STB) yang berukuran 40 meter.

      Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata misil jenis EXOCET MM38 dilancarkan pada pukul 10.30 pagi tadi di utara perairan Selat Melaka yang di bawah pemerintahan Lt Komander Md Zaman Hassan membuktikan kesiagaan dan keupayaan Armadanya.

      "Sasaran terapung guna semula tersebut merangkumi barge dan enam kontena bersaiz 40 kaki. Misil mengenai tepat sasaran dan impak serta letupan menyebabkan empat kontena tercampak ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

      Sistem misil EXOCET MM38 diperoleh TLDM adalah jenis peluru berpandu permukaan ke permukaan mempunyai berat keseluruhan 735 kilogram, panjang 5.21 meter dan diameter 35 sentimeter mampu memusnahkan pelbagai jenis sasaran permukaan termasuk kapal yang bersaiz besar.

      Menurut kenyataan itu, penembakan misil EXOCET MM38 ke atas sasaran STB adalah aktiviti kemuncak latihan di laut kapal-kapal TLDM. - Bernama
      "Saya menyertai Nogold Speakout"

      Comment


      • #4
        Kerjasama Jakarta-Kuala Lumpur tak tergugat
        12/11/2009 11:24am

        PUTRAJAYA 12 Nov. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyona menegaskan, kerjasama Jakarta-Kuala Lumpur tidak akan tergugat dengan satu atau dua isu yang cuba menganggu hubungan kedua-dua negara.

        Beliau yang menarik perhatian apabila menjadikan Malaysia negara pertama dikunjunginya setelah terpilih sebagai Presiden bagi penggal kedua mengakui Malaysia adalah sahabat dekat dan rakan yang kuat untuk kemajuan rakyat serumpun.

        ``Kerjasama politik tidak akan tertutup dengan satu, dua isu,'' katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Utusan
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment


        • #5
          Wujud lebih banyak peluang dan ramai rakan
          12/11/2009 11:28am

          PUTRAJAYA 12 Nov. – Wujudkan lebih banyak peluang dan lebih ramai rakan di kalangan sesama negara.

          Itulah mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyona hasil rundingan dua hala pemimpin terbabit hari ini.

          Perkata itu dinyatakan pada sidang akhbar bersama kedua-dua pemimpin itu sempena lawatan dua hari Susilo ke Malaysia. - Utusan
          "Saya menyertai Nogold Speakout"

          Comment


          • #6
            Rumah ibadat haram tidak akan diroboh sewenang-wenang di Sarawak
            12/11/2009 11:34am

            KUCHING 12 Nov — Kerajaan negeri telah mengenal pasti 43 pelbagai rumah ibadat yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diberitahu hari ini.

            Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Mohd Naroden Majais (Pengurusan dan Perancangan Sumber) berkata berdasarkan rekod Jabatan Tanah dan Survei setakat 31 Okt lepas rumah ibadat yang dibina atas tanah kerajaan tanpa kelulusan dikesan di Kuching, Sri Aman, Miri, Limbang, Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong.

            "Setakat ini kerajaan negeri tidak pernah meroboh mana-mana rumah ibadat yang didirikan di atas tanah kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Voon Lee Shan (DAP-Batu Lintang) semasa sesi soal jawab DUN di sini hari ini.

            Mohd Naroden berkata jika tanah diperlukan untuk kepentingan awam, kerajaan akan mengunakan kaedah permuafakatan dan perundingan dengan pengurusan rumah ibadat berkenaan.

            "Contohnya, (tanah di kawasan) Tokong Cina di Jalan Petanak Kuching yang diperlukan untuk pembangunan. Setelah diadakan permuafakatan dan perundingan, pihak pengurusan tokong bersetuju untuk memindahkan tokong ke tapak yang telah diluluskan oleh kerajaan,” katanya. - Bernama
            "Saya menyertai Nogold Speakout"

            Comment


            • #7
              Malaysia, rakan kongsi untuk kemajuan bangsa serumpun
              12/11/2009 12:15pm

              PUTRAJAYA 12 Nov. — Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata kunjungan pertama beliau ke negara ini selepas dipilih kembali sebagai Presiden ialah kerana Malaysia adalah sahabat dan jiran terdekat serta rakan kongsi yang kuat untuk kemajuan kedua-dua bangsa.

              Beliau berkata kunjungannya itu juga kerana ingin tali persahabatan dan persaudaraan di antara kedua-dua negara yang memiliki akar sejarah, budaya dan peradaban serumpun dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.

              Katanya jika ada masalah, ia perlu segera diatasi secara bijak dan tepat agar kebaikan dan kerjasama yang banyak dilakukan tidak tertutup dengan masalah yang timbul.

              "Sebagai rukun tetangga yang dekat, berinteraksi antara satu sama lain, pastilah sekali-sekala ada perbezaan pendapat.

              "Indonesia tidak pernah mempunyai masalah dalam hal ini misalnya dengan masyarakat yang ada di Somalia, Afrika, di Chile, Amerika Latin, di Eropah, tetapi tetangga dekat, sekali-sekala terjadi seperti itu.

              "Tugas kami sebagai pemimpin adalah mengelolanya dengan bijak agar tidak menjadi besar sehingga mengganggu apa yang dikerjasamakan dengan baik selama ini,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

              - BERNAMA
              "Saya menyertai Nogold Speakout"

              Comment


              • #8
                Malaysia, Perancis tanda tangan protokol pinda DTA
                12/11/2009 1:09pm

                PUTRAJAYA 12 Nov. — Malaysia dan Perancis hari ini memeterai Protokol Meminda Perjanjian Bagi Mengelakkan Pencukaian Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal Mengenai Cukai Ke Atas Pendapatan (Protokol Meminda DTA).

                Perjanjian itu ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Menteri Ekonomi, Industri dan Guna Tenaga Perancis, Christine Lagarde.

                Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri di sini.

                Protokol itu diadakan khusus untuk memasukkan artikel mengenai Pertukaran Maklumat yang selaras dengan standard dikehendaki di peringkat antarabangsa.

                Perjanjian itu yang membolehkan pertukaran maklumat dilaksanakan dengan berkesan turut melibatkan dua negara lain iaitu United Kingdom dan Brunei.

                —BERNAMA
                "Saya menyertai Nogold Speakout"

                Comment


                • #9
                  Hujan lebat di Kelantan, Terengganu dan Pahang
                  12/11/2009 1:27pm

                  KUALA LUMPUR 12 Nov. — Hujan sekejap-kejap yang kadang-kala lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Ahad (15 November) hingga Khamis (19 November).

                  Daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang, di Terengganu ialah di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang ialah di Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran.

                  Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

                  Jabatan itu menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa semasa tempoh hujan lebat itu.

                  "Orang awam juga diminta untuk mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa apabila diarah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan,” katanya.

                  - BERNAMA
                  "Saya menyertai Nogold Speakout"

                  Comment


                  • #10
                    Empat maut, dua parah kereta rempuh lori
                    12/11/2009 1:37pm

                    Oleh M. Shahrinnahar Abd. Latib

                    KUANTAN 12 Nov. – Empat sekeluarga maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki keluarga itu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 17, Jalan Gambang berdekatan Taman Mahkota Jaya di sini pagi ini.

                    Mereka yang maut ialah K. Kanmani, 19, dan anak lelakinya yang berusia setahun, Sankaran; pemandu kereta, K. Balamurlikrishnan, 29, dan anaknya, Hariharan, 4. – Utusan
                    "Saya menyertai Nogold Speakout"

                    Comment


                    • #11
                      Muhyiddin arah ADUN Kota Seputeh hadir Sidang DUN Kedah
                      12/11/2009 2:29pm

                      ALOR SETAR 12 Nov. — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan Selasa ini.

                      Katanya, walaupun Speaker DUN Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai ADUN namun Barisan Nasional (BN) memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

                      "Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini.

                      Muhyiddin berkata Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

                      - BERNAMA
                      "Saya menyertai Nogold Speakout"

                      Comment


                      • #12
                        882 orang masih berada di tiga pusat pemindahan
                        12/11/2009 2:32pm

                        ALOR SETAR 12 Nov. — Keadaan banjir di Kedah semakin pulih dan sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 882 orang.

                        Kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Kota Setar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gunong (596 orang), SK Titi Gajah (282 orang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Bohor (empat orang).

                        Jurucakap Bilik Gerakan banjir bekata, pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas yang sebelum ini menempatkan 93 orang ditutup pagi ini apabila kesemua mangsa dibenar pulang ke rumah masing-masing.

                        Bagaimanapun, paras air di Sungai Pantai Johor di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu 2.05 meter.

                        — BERNAMA
                        "Saya menyertai Nogold Speakout"

                        Comment


                        • #13
                          Susilo akhiri lawatan dua hari ke Malaysia
                          12/11/2009 3:31pm

                          SEPANG 12 Nov. — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berlepas ke Singapura dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas mengadakan lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam.

                          Pesawat membawa Presiden Indonesia dan isteri Ani Yudhoyono itu berlepas pada pukul 2.25 petang.

                          Berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Pengiring.

                          Malaysia merupakan negara pertama dilawati Susilo selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua pada 20 Oktober lepas.

                          Sepanjang lawatan dua hari itu, Susilo turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

                          — BERNAMA
                          "Saya menyertai Nogold Speakout"

                          Comment


                          • #14
                            Lelaki hilang di Sungai Perak ketika memancing
                            12/11/2009 4:13pm

                            IPOH 12 Nov. — Seorang lelaki dilapor hilang, manakala dua anaknya terselamat apabila sampan yang mereka naiki terbalik ketika memancing di Sungai Perak, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, 100 km dari sini, semalam.

                            Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata lelaki yang hilang itu berusia 58 tahun, manakala dua anaknya ialah Ong Kean Teck, 30, dan Ong Kean Soon, 32.

                            Kesemua mereka berasal dari Kuala Lumpur. Goh berkata kejadian dilapor belaku pada pukul 6.45 petang membabitkan tiga beranak itu yang datang ke Teluk Intan dan menyewa sebuah sampan untuk memancing di Sungai Perak.

                            Semasa mereka berada di tengah sungai itu, angin kencang dan ombak besar yang datang secara tiba-tiba menyebabkan sampan yang dinaiki mereka terbalik, katanya ketika dihubungi hari ini. — Bernama
                            "Saya menyertai Nogold Speakout"

                            Comment


                            • #15
                              Kerajaan siapkan 12 projek perumahan terbengkalai sejak 1990
                              12/11/2009 4:16pm

                              KUALA LUMPUR 12 Nov. — Kerajaan telah mengambil alih dan menyiapkan 12 daripada 148 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara sejak 1990, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

                              Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata sebanyak 49 projek daripada jumlah keseluruhan itu masih dalam proses pemulihan, manakala baki 87 projek lagi masih terbengkalai.

                              "Kita sedang dalam proses untuk mengenal pasti di mana projek-projek yang perlu kita pulih dan kementerian sedang berusaha untuk menyelamatkan projek-projek itu.

                              "Namun demikian peruntukan sebanyak RM200 juta oleh Kementerian Kewangan kepada kementerian ini untuk menyelesai dan memulihkan 87 projek terbengkalai itu sememangnya tidak mencukupi,” katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

                              Noraini ingin tahu antara usaha dan langkah kerajaan mengambil alih projek perumahan terbengkalai yang membebankan ramai pembeli rumah. - Bernama
                              "Saya menyertai Nogold Speakout"

                              Comment

                              Working...
                              X