Announcement

Collapse
No announcement yet.

Tulang askar 2,500 tahun lalu ditemui

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Tulang askar 2,500 tahun lalu ditemui


    RATUSAN tulang manusia ditemui oleh dua beradik di Gurun Sahara, Mesir dipercayai milik askar Raja Cambyses II.

    KAHERAH - Kisah legenda sejumlah askar Parsi hilang di Sahara tersebar sehingga dua setengah milenium walaupun terdapat kekurangan bukti kukuh mengenai kesahihannya lapor sebuah akhbar semalam.

    Namun, dua pakar yang merupakan kembar dari Itali, Angelo dan Alfredo Castiglioni berjaya menemui tinggalan askar Parsi itu.

    Mereka menemui ratusan tulang manusia, senjata dan barang kemas di gurun Sahara, barat Mesir yang dipercayai milik 50,000 anggota tentera Parsi.


    ANTARA artifak yang ditemui di Gurun Sahara, Mesir.

    "Kami menemui bukti arkeologi pertama kisah yang dilaporkan oleh seorang ahli sejarah Greece, Herodotus," kata seorang anggota pameran tulang itu dari Universiti Lecce di Itali, Dario Del Bufalo.

    Herodotus pernah menulis bahawa anggota-anggota tentera pemerintah Parsi, Raja Cambyses II tidak dapat ditemui semula selepas berlakunya satu ribut pasir.

    Tentera itu dihantar ke Oasis Siwa di Mesir untuk memusnahkan Kuil Amun. - Agensi

  • #2
    perghhh 2500 tahun ni...
    31 Dec 2009 genap 15000 posting di NG

    bila nak cecah 30k ni

    Comment


    • #3
      lama tu...
      mesti byk barang kemas yg diorang jumpa...

      Comment


      • #4
        ni zaman nabi sape ni

        Comment


        • #5
          ni masa era greek ke?
          |huh|

          Comment


          • #6
            ada pedang nih.......mmg betul2 tentera nih.....

            Comment


            • #7
              mak aih...lama gile. camne la leh jumpe kat tgh2 gurun tu...

              Comment


              • #8
                wah menarik nie..

                Comment

                Working...
                X