Announcement

Collapse
No announcement yet.

lelaki kemaruk seks cabul wanita

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • lelaki kemaruk seks cabul wanita

    AMPANG: Seorang lelaki yang kemaruk seks sempat mencabul seorang wanita yang ketika itu melintas jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, malam kelmarin.

    Difahamkan, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dalam perjalanan ke stesen LRT berkenaan dan mahu ke tempat kerja.

    Bagaimanapun, ketika melintas jalan, seorang lelaki yang memandu Perodua Kelisa menghalang laluan mangsa yang ketika itu betul-betul di tengah garisan jalan.

    Menurut sumber polis, wanita berkenaan ketika itu berseorangan dan mahu menyeberangi jalan sebelum berhenti di tengah jalan kerana bimbang dilanggar kereta suspek.

    “Bagaimanapun, mangsa yang tidak menyedari pemandu kenderaan terbabit berniat jahat hanya memerhati kereta itu yang dipandu perlahan kerana menyangkakan suspek mahu memberikan laluan untuk melintas.

    “Namun, sebaik menghampiri mangsa, suspek secara tiba-tiba menghulurkan tangan dan meramas buah dada mangsa sebelum meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah,” katanya.

    Menurutnya, mangsa yang berang dengan kejadian itu hanya mampu menahan geram sebelum ke pondok polis berhampiran untuk membuat laporan.

    “Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan membuat laporan ke pondok polis, mangsa diekori suspek sebelum mangsa ‘berlakon’ seolah-olah dia menghubungi polis menggunakan telefon bimbit.

    “Lakonan mangsa ternyata menyelamatkannya daripada kemungkinan menjadi mangsa culik atau rogol oleh suspek berkenaan yang beredar meninggalkannya,” katanya.

    Sumber berkenaan berkata, walaupun mangsa sempat mencatat nombor pendaftaran kereta suspek, namun pemeriksaan mendapati ia nombor palsu.

    Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek yang memang sengaja mengambil kesempatan mencabul kehormatannya.

    “Sehubungan itu, polis kini menjejaki suspek dan sesiapa yang melihat kejadian terbabit atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan,” katanya.

    “Mangsa juga mendakwa dia hanya sempat melihat baju yang dipakai suspek namun gagal mengecam wajah lelaki terbabit,” katanya.

    Difahamkan, suspek memang sudah lama memerhatikan pergerakan mangsa sebelum itu dan mengambil peluang melakukan perbuatan terkutuk terbabit ketika mangsa berjalan berseorangan.

    “Sehubungan itu, polis kini sedang menjejaki suspek dan sesiapa yang melihat kejadian terbabit atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan,” katanya.

  • #2
    sapa punye keje nie..gile seks tul ler..:042:

    Comment


    • #3
      mcm nie punya gila seks pon ada ke?
      polik2

      Comment


      • #4
        macam ni punyer orang pun ada kew
        takut gak lah nak jalan memalam macam ni
        budak tu keluar jam 9.30 pun kene
        hermmmmm


        Comment


        • #5
          tak lama lagi sure kereta dia terbalik...
          org mcm ni pon ada ke kat dunia ni...
          memalukan btol la...

          kalo nak sgt kawin la x pyh nak cabul²...

          Comment


          • #6
            camtu boleh chop kemaruk seks ker???

            Comment


            • #7
              Originally posted by kingnorth View Post
              sapa punye keje nie..gile seks tul ler..:042:

              yang ni kena tanya kat alonso ngan wakovic ni:005::005::005:

              Comment


              • #8
                hahaha...bila air nek kepala..camni la jadi nyer..
                31 Dec 2009 genap 15000 posting di NG

                bila nak cecah 30k ni

                Comment


                • #9
                  kemaruk thp gaban da 2...tetibe dtg cme nk ramas je...:011::011::011:

                  Comment


                  • #10
                    Originally posted by shiera View Post
                    kemaruk thp gaban da 2...tetibe dtg cme nk ramas je...:011::011::011:
                    dia da lama target tu weyh:011:

                    Comment

                    Working...
                    X