Announcement

Collapse
No announcement yet.

[9/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [9/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    Hidang nasi nenek sebelum lemas

    HULU TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun sempat menghidangkan makanan tengah hari buat neneknya sebelum dia mati lemas di Sungai Kampung Getang di sini kelmarin.

    Tuan Jebah Mamat, 72, berkata, cucunya, Tuan Nor Farah Amira Tuan Harun datang ke rumahnya pada waktu tengah hari kelmarin dan terus menghidangkan makanan yang sudah dimasak untuk dimakan bersama.

    "Farah kerap datang ke rumah saya yang terletak tidak jauh dari rumahnya tetapi selalunya saya yang hidangkan makanan sebelum kami sama-sama makan," ceritanya ketika ditemui di rumah mangsa di Kampung Getang, Telemong dekat sini semalam.

    Namun, kata warga emas itu lagi, dia tidak sangka pula hidangan tengah hari yang dilakukan oleh cucunya adalah yang terakhir sebelum cucunya itu ditemui mati lemas di sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

    Kakak mangsa, Tuan Nor Sofia Farina, 12, berkata, sebelum kejadian pada pukul 3 petang kelmarin, dia keluar menaiki basikal ke sungai itu bersama Farah dan tiga orang sepupunya.

    "Kami kemudian berjalan di tebing sungai untuk pergi ke kawasan timbunan kayu di sungai tersebut.

    "Semasa berjalan di tebing sungai itu, Farah terjatuh dan terus dihanyut arus deras," katanya.

    Cerita Sofia, dia terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan adiknya dan sempat menarik rambutnya.

  • #2
    5 Geng PCO Boy ditembak mati

    SHAH ALAM - Polis menembak mati lima penjenayah kumpulan PCO Boy yang bergiat aktif dalam jenayah samun bersenjata dan rompakan sekitar Lembah Klang dalam kejadian berbalas tembakan selama kira-kira 20 minit di Persiaran Sungai Keramat, Batu 4, Jalan Kapar, Klang semalam.

    Dalam kejadian bermula pada pukul 12.30 tengah malam, sepasukan anggota polis sedang melakukan operasi cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

    Polis kemudian mengarahkan pemandu kereta jenis Perodua Kelisa memberhentikan kenderaan tersebut sebaliknya kumpulan itu enggan berbuat demikian.


    Pemandu kereta tersebut kemudian berundur dengan laju dan dalam masa sama salah seorang suspek lain turut melepaskan tembakan ke arah polis.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri sehingga menyebabkan kenderaan suspek hilang kawalan.

    BEBERAPA senjata yang ditemui dalam kereta yang dinaiki lima penjenayah yang ditembak mati di Klang semalam.

    "Akibatnya, kereta yang diundur laju tersebut melanggar pagar longkang dan tersangkut di pagar berkenaan," kata beliau di sini semalam.

    Menurut beliau, kelima-lima suspek keturunan India berumur lingkungan 20-an dan 30-an mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek, polis menemui sepucuk pistol semi automatik jenis Remington .4 dengan tiga butir peluru, lima parang dan pedang samurai.

    Comment


    • #3
      Crime does not pay!
      In GOD we trust, the rest we audit!-what auditor says..
      member id:11728, deposit id: 19790, 21193, 24938, 26306, 26466, 28197.

      Comment

      Working...
      X