Announcement

Collapse
No announcement yet.

Nik Aziz : Penyokong tiada semangat kesukanan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Nik Aziz : Penyokong tiada semangat kesukanan



    KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan peristiwa yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

    Beliau menganggap penyokong Kelantan yang dikatakan merusuh serta membakar kerusi di stadium berkenaan sebagai tiada semangat kesukanan.

    "Sebab itu saya kata jangan sebut main (bermain bola), sebut riadah, dengan riadah baru ada semangat kesukanan," katanya.

    Menurutnya, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menjejaskan nama baik negeri.

    Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kelantan, Yahya Jamada Ali berasa malu dan kesal mengenai insiden liar oleh segelintir penyokong Kelantan selepas pasukan mereka tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.

    Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam kelmarin, segelintir penyokong bertindak liar dan ganas dengan membakar mercun dan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ketinggalan 2-0.

    Yahya menyifatkan tindak-tanduk penyokong tersebut mencerminkan seolah-olah budaya dan sikap orang yang berasal dari Kelantan hanya cenderung untuk berkelakuan sedemikian.

  • #2
    Penyeluk saku menyamar penyokong Kelantan

    KUALA LUMPUR - Ingatkan penyokong Kelantan rupa-rupanya si penyeluk saku.

    Itulah taktik seorang lelaki warga Indonesia yang cuba mencari rezeki pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 malam kelmarin.

    Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila dia ditahan polis di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini tidak berapa lama selepas pintu masuk stadium dibuka untuk menerima penonton bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Negeri Sembilan dan Kelantan.

    Ketika ditahan pada pukul 6.50 petang, suspek memakai pakaian warna merah kononnya datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

    Ketua Polis Daerah Cheras, Ahmad Amir Hashim berkata, suspek itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang curiga melihat gelagat suspek.

    "Hasil pemeriksaan di badan suspek yang berusia 42 tahun itu, polis menemui sebuah beg dipercayai baru dicuri berisi wang RM15," kata beliau di sini semalam.

    Comment

    Working...
    X