Announcement

Collapse
No announcement yet.

Kadar Shah enggan balik Malaysia - Tuntutan nafkah mutaah RM5 juta bekas isteri terta

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kadar Shah enggan balik Malaysia - Tuntutan nafkah mutaah RM5 juta bekas isteri terta

    KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah mendakwa enggan pulang ke negara ini kerana khuatir akan keselamatan diri dan nyawa yang diancam bahaya.

    Kadar Shah, 62, kini berada di Amerika Syarikat memberikan alasan tersebut setelah gagal hadir perbicaraan tuntutan nafkah mutaah RM5 juta serta edah RM60,000 oleh bekas isterinya, Datin Fauziah Haron, 53, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

    Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin bagaimanapun enggan menerima alasan tersebut dan memberikan peluang terakhir kepada Kadar Shah untuk hadir ke mahkamah pada 30 November depan.

    Sekiranya gagal hadir, perbicaraan akan diteruskan tanpa kehadiran ahli politik itu.

    Terdahulu, peguam syarie, Putri Imee Megat Abdullah yang mewakili Kadar Shah selaku defendan kes itu memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di luar negara atas alasan keselamatan dirinya terancam sekiranya pulang ke negara ini.

    Perkara itu turut disahkan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Fauziah bahawa ada menerima surat yang diserahkan kepadanya melalui peguam defendan kelmarin.

    "Defendan dalam suratnya memberitahu keselamatan diri terancam berdasarkan rumahnya yang dimasuki pencuri pada 21 Jun lalu manakala pembantu rumahnya diperkosa menyebabkan defendan percaya dirinya menjadi sasaran penjenayah kerana bilik tidurnya turut digeledah," katanya.

  • #2
    dia tak de duit nak baya kot tu yg tak nak balik...
    5 juta tu:005::005:

    Comment


    • #3
      Originally posted by speedfx View Post
      dia tak de duit nak baya kot tu yg tak nak balik...
      5 juta tu:005::005:
      dia takut geng2 kerabat kelantan cr dia kot..
      dia yg bwk manohara lari aritu kalu tak silap

      Comment


      • #4
        Originally posted by akay View Post
        dia takut geng2 kerabat kelantan cr dia kot..
        dia yg bwk manohara lari aritu kalu tak silap
        la tak tau le pulak....apa hubungan dia ngan manohara tu:032:
        tapi tu ari peguam dia menarik diri takut gaknya

        Comment


        • #5
          buat malu malaysia je kes manohara ni...cam orang malaysia ni gerwsang sangat dgn budak2 model bawah umur. kesian gak aku kat manohara tu

          Comment

          Working...
          X