Announcement

Collapse
No announcement yet.

[3/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [3/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Wayne Rooney jadi bapa
    03/11/2009 2:49am

    LIVERPOOL, United Kingdom 2 Nov. -- Wayne Rooney bergelar bapa buat kali pertama semalam apabila isterinya, Coleen melahirkan seorang bayi lelaki, kata jurucakap penyerang bola sepak Manchester United dan England itu.

    Bayi yang dilahirkan di Hospital Wanita Liverpool itu dinamakan Kai Wayne Rooney. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    AS isytihar Karzai pemimpin Afghanistan yang sah
    03/11/2009 2:49am

    WASHINGTON 2 Nov. - White House hari ini mengisytiharkan Hamid Karzai sebagai presiden Afghanistan yang sah.

    Selain itu, White House juga berkata, Presiden Barack Obama juga masih belum memutuskan sama ada akan menghantar lebih ramai pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) ke sana atau sebaliknya.

    Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, Obama merancang untuk menghubungi Karzai dalam kadar segera sejak pilihan raya presiden Afghanistan yang dijadual diadakan pada 7 November ini dibatalkan selepas pemimpin pembangkang, Abdullah Abdullah menarik diri dari bertanding. - Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

    Comment


    • #3
      Dua lelaki Somalia gagal rampas pesawat
      03/11/2009 2:50am

      MOGADISHU, Somalia 2 Nov. - Pegawai syarikat penerbangan Somalia berkata, dua lelaki gagal dalam cubaan untuk merampas sebuah pesawat hari ini.

      Pengurus pemasaran syarikat penerbangan Diallo, Ahmed Yare berkata, kedua-dua lelaki tersebut turut bersenjatakan senapang dalam penerbangan tersebut.

      Katanya, beberapa orang daripada 30 penumpang pesawat itu turut cuba menghalang perampas itu dengan mencabar mereka.

      Pesawat itu kembali ke timur laut bandar Bosassi, Somalia, di mana kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri.

      Yare berkata, tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu manakala pesawat juga berada dalam keadaan baik tanpa mengalami kerosakan sebelum kemudiannya meneruskan penerbangannya ke Djibouti. - AP
      "Saya menyertai Nogold Speakout"

      Comment


      • #4
        Elthon John dimasukkan ke hospital
        03/11/2009 2:50am

        LONDON 2 Nov. - Jurucakap Elthon John hari ini berkata, penyanyi tersebut telah dimasukkan ke hospital selepas menghidap jangkitan bakteria E.Coli dan flu.

        Gary Farrow berkata, bintang pop itu berharap beliau dapat dibenarkan keluar lebih awal namun telah dipaksa untuk membatalkan konsertnya di England, Ireland dan Amerika Syarikat (AS).

        John merancang untuk menyertai semula jelajah `Face2Face’ akan datang semasa beliau dan Billy Joel mengadakan konsert di utara California.

        Menurut Farrow, John yang berusia 62 tahun itu menghidap flu yang teruk dan jangkitan E.coli peringkat awal.

        Laman webnya menyatakan, beliau telah dinasihatkan oleh doktor supaya menunda tarikh konsert jelajahnya di Seattle dan Portland.

        Sementara itu, laman web The Daily’s Mail yang memetik pasangan John, David Furnish sebagai berkata “Beliau OK, keadaannya baik,”, selepas meninggalkan hospital London. - AP
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment


        • #5
          Originally posted by tennoajak View Post
          AS isytihar Karzai pemimpin Afghanistan yang sah
          03/11/2009 2:49am

          WASHINGTON 2 Nov. - White House hari ini mengisytiharkan Hamid Karzai sebagai presiden Afghanistan yang sah.

          Selain itu, White House juga berkata, Presiden Barack Obama juga masih belum memutuskan sama ada akan menghantar lebih ramai pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) ke sana atau sebaliknya.

          Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, Obama merancang untuk menghubungi Karzai dalam kadar segera sejak pilihan raya presiden Afghanistan yang dijadual diadakan pada 7 November ini dibatalkan selepas pemimpin pembangkang, Abdullah Abdullah menarik diri dari bertanding. - Reuters
          ape kuasa diorg lak nih nk isytihar pilihanraya Afghanistan?
          :006:
          |huh|

          Comment


          • #6
            Permohonan Anwar batal pertuduhan liwat 23 Nov.

            03/11/2009 12:23pm

            KUALA LUMPUR 3 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
            Mohd. Saiful yang turut hadir di mahkamah bersama bapanya memberitahu pemberita, beliau kecewa dengan penangguhan tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.
            Beliau juga memberitahu, sudah bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.
            Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan kes liwat tersebut. - Utusan

            Comment


            • #7
              Kajian kenal pasti punca tanah runtuh di Rawang

              03/11/2009 10:28am

              KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kementerian Kerja Raya mengarahkan satu kajian terperinci dibuat bagi mengkaji punca sebenar kejadian cerun runtuh di Kilometer 12, Jalan Rawang, Selayang di sini awal pagi ini.
              Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, arahan itu sudah dikeluarkan kepada Unit Cawangan Jalan dan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Majlis Bandaraya Selayang (MBS) dan kedua-duanya diarah menghantar laporan kejadian tersebut secepat mungkin.
              Beliau turut meminta kerja pembinaan kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan kejadian dihentikan sementara laporan dan siasatan selesai. - Utusan

              Comment


              • #8
                Mahkamah tetapkan 10 Januari perbicaraan kes bunuh Muntik

                03/11/2009 10:35am

                SHAH ALAM 3 Nov. - Penjual air tebu, A. Murugan, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Hani, 36, antara 18 dan 20 Oktober lalu.
                Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Yazid Mustafa menetapkan perbicaraan selama dua minggu mulai 10 Januari tahun depan.
                Muntik yang dikurung dalam tandas dan ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahiman, Klang, pada 26 Oktober lalu. - Utusan

                Comment


                • #9
                  Perlu kemahiran tangani kepentingan awam - Hasmy

                  03/11/2009 11:00am

                  KUALA LUMPUR 3 Nov. — Dalam era globalisasi kerajaan perlu meningkatkan kemahiran pintar dalam menangani isu kebimbangan dan kepentingan awam seperti kes influenza A (H1N1), kata Tan Sri Hasmy Agam.
                  Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) itu berkata, program mantap dan kaedah perhubungan awam akan membantu kerajaan, kementerian dan agensi berkenaan dalam menampilkan imej yang baik dan positif.
                  "Bahagian penting dalam program seperti itu perlu diasaskan sebagai program mendekati rakyat yang akan menjelaskan dasar dan aktiviti kerajaan,” katanya dalam ceramah bertajuk “Kesan Globalisasi Terhadap Perhubungan Awam Kerajaan” pada siri ceramah Institut Perhubungan Awam di sini hari ini.
                  Duta Tugas-Tugas Khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) itu berkata, pegawai yang mengendalikan perhubungan awam perlu mahir dalam bidang menyebarkan maklumat kepada awam khususnya kepada media.
                  "Pelantikan jurucakap rasmi, yang berpengalaman dan terlatih dalam perhubungan awam dan berurusan dengan media adalah satu cara berkesan untuk menyahut cabaran,” kata profesor adjung di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. - Bernama

                  Comment


                  • #10
                    Tanah runtuh: Laluan Rawang-Kuala Lumpur dibuka semula

                    03/11/2009 11:19am

                    KUALA LUMPUR 3 Nov. – Pegawai Medan Tanah Runtuh Selayang Heights, Ibu Pejabat Daerah Gombak, Timbalan Supritendan Mohd. Asri Md. Akhir memberitahu laluan bagi kenderaan ringan laluan Rawang ke Kuala Lumpur telah dibuka pada pukul 11 pagi.
                    Bagaimanapun susur Selayang Heights menuju ke ibu negara masih ditutup sehingga kerja-kerja pembersihan selesai. - Utusan

                    Comment


                    • #11
                      Mahkamah keluarkan waran tangkap ke atas Radhi OAG

                      03/11/2009 12:05pm

                      PETALING JAYA 3 Nov. - Isteri kumpulan OAG, Shazlin Shariff memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, suaminya, Radhi, melafazkan cerai talak tiga selepas keluar dari sebuah bank.
                      Pada prosiding hari ini, Radhi dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir ke perbicaraan pengesahan lafaz cerainya. - Utusan

                      Comment


                      • #12
                        USM, Jabatan Meteorologi kerjasama kaji amaran bencana

                        03/11/2009 12:11pm

                        PULAU PINANG 3 Nov.— Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam usaha melaksanakan penyelidikan amaran awal bencana dengan lebih berkesan.
                        Pemangku Naib Canselor USM, Prof. Lim Koon Ong berkata, kerjasama itu penting kerana keadaan dunia hari ini yang telah mengalami perubahan cuaca yang mendadak.
                        "Sehingga hari ini masyarakat masih belum bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan bencana alam seperti gempa bumi, taufan dan tsunami berikutan kurangnya maklumat berhubung perkara itu.
                        "Oleh itu dengan kerjasama seumpama ini, satu pangkalan data dapat dihasilkan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai untuk membolehkan mereka bersedia menghadapi situasi tidak dijangka,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangi memorandum persefahaman antara USM dan MMD di sini hari ini. - Bernama

                        Comment


                        • #13
                          PTPTN dijangka tanggung defisit RM48 bilion menjelang 2020

                          03/11/2009 12:13pm

                          KUALA LUMPUR 3 Nov. — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka menghadapi defisit RM48 bilion menjelang tahun 2020 jika peminjam yang ada sekarang tidak membayar balik pinjaman mereka.
                          Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, jumlah yang sepatutnya dibayar balik kepada PTPTN pada masa kini ialah RM3.26 bilion melibatkan hampir 780 ribu pinjaman yang telah diluluskan.
                          "Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta telah diberikan penangguhan bayaran balik, manakala sejumlah RM1.54 bilion belum dibayar balik,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
                          Beliau menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan rancangan kerajaan untuk membantu siswazah yang tidak menerima pinjaman bagi meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.
                          Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Hou mengakui bahawa PTPTN mempunyai masalah kewangan kerana perlu menampung banyak pinjaman. - Bernama

                          Comment


                          • #14
                            Pembantu Khas Exco Selangor dituduh guna invois palsu

                            03/11/2009 12:44pm

                            SHAH ALAM 3 Nov. — Wong Chuan How, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.
                            Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.
                            Chuan How, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000. - Bernama

                            Comment


                            • #15
                              Enam termasuk Ahli Parlimen dituduh rasuah

                              03/11/2009 1:54pm

                              SHAH ALAM 3 Nov. - Enam termasuk Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yap Soo Sun dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas pelbagai tuduhan rasuah membabitkan permohonan pengeluran peruntukan ADUN.
                              Abdul Rahman didakwa atas lapan tuduhan menakala Soo Sun pula, tujuh tuduhan membuat tuntutan palsu berasingan bagi program-program yang tidak wujud pada tahun lalu.
                              Turut didakwa, Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Chuan How atas tuduhan rasuah dan pecah amanah membabitkan wang peruntukan ADUN sebanyak RM7,500.
                              Semenara Mohd. Rosli Bushra pula didakwa bersubahat dengan Abd. Rahman manakala Mohd. Firdaus Abu Zarin bersubahat dengan Soo Sun bagi kesalahan tersebut.
                              Dalam prosiding hari ini, pembantu khas Menteri Besar Selangor, Mohd. Yahya Mat Sahri turut didakwa atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu berhubung pembiayaan majlis sambutan 100 hari pakatan rakyat. - Utusan

                              Comment

                              Working...
                              X