Announcement

Collapse
No announcement yet.

[2/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [2/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    Khalwat: Alasan hadir uji bakat \Raja Lawak



    KUANTAN - "Datang hendak uji bakat Raja Lawak hari ini (semalam), jadi terpaksa bermalam di hotel dahulu."

    Demikian alasan yang diberikan oleh sepasang kekasih yang berasal dari Bukit Tinggi, Bentong ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di pusat bandar ini awal pagi semalam.

    Dalam serbuan pukul 7 pagi itu, juruteknik berusia 23 tahun itu cuba memberi pelbagai alasan bagi mengelak dirinya ditahan bersama teman wanitanya, seorang juruwang.

    Secara kebetulan, sesi uji bakat Raja Lawak sedang dijalankan di Kompleks Kuantan Parade di sini selama dua hari yang berakhir semalam.

    Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIP, Badarudin Ahmad Bustami berkata, pasangan itu merupakan satu daripada tujuh pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat di sekitar pusat bandar termasuk satu kes di Indera Mahkota sejak awal malam kelmarin.

    Menurutnya, dalam operasi kali ini yang bermula pukul 6.30 pagi, ramai pasangan yang ditahan terdiri daripada golongan remaja berumur antara 18 dan 30 tahun.

    Katanya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Kesemua pasangan itu dibawa ke pejabat JAIP untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa dan seorang penjamin.

    "Kita bebaskan mereka dengan bersyarat iaitu jaminan seorang penjamin bagi memastikan pelaku maksiat itu hadir pada hari pendakwaan di mahkamah nanti dan biasanya sebutan kes sebulan selepas tarikh ditangkap.

    "Mereka yang masih remaja dan belajar, akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tahu apa kegiatan anak mereka di sini," katanya.

  • #2
    Pemandu bas Kelantan mogok

    KOTA BHARU - Beribu-ribu pengguna pengangkutan bas henti-henti di negeri ini terkandas lebih enam jam selepas kira-kira 100 pemandu bas Cityliner Kelantan Berhad mengadakan mogok semalam.

    Mogok tersebut diadakan sebagai tanda bantahan mereka ekoran kegagalan pihak pengurusan memperjelas sebab-sebab gaji mereka dipotong sebanyak RM100 sebulan sejak tiga bulan lalu.

    Wakil pemandu terbabit, Zulkifli Ismail berkata, pihak pengurusan juga dikatakan tidak mengeluarkan slip gaji sejak Julai lalu.

    Berikutan itu, menurutnya, pemandu-pemandu bas syarikat itu menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan mengambil tindakan mengadakan mogok sebagai tanda bantahan.

    "Tindakan itu telah menimbulkan keraguan pemandu, kita ingin tahu kenapa gaji kami dipotong sebanyak RM100 sebulan tanpa diperjelaskan alasannya.

    "Kami hanya mahukan penjelasan mengapa pihak pengurusan berbuat demikian kerana ia pastinya merosakkan periuk nasi kami," katanya ketika ditemui semalam.

    Kosmo! juga difahamkan mogok di semua stesen bas di Kelantan bermula antara pukul 6 pagi dan berakhir kira-kira 12.30 tengah hari.

    Mogok tersebut menyaksikan para pemandu tidak menjalankan tugas masing-masing selepas keluar dari depot bas syarikat terbabit yang terletak di Kubang Kerian.

    Comment

    Working...
    X