Announcement

Collapse
No announcement yet.

[31/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [31/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Kate kongsi rahsia

    LOS ANGELES: Pelakon filem Bride Wars, Kate Hudson berkongsi kisah peribadi, termasuk hubungan cinta, dengan ibu dan bapa tirinya selain rakan rapat, untuk mendapatkan pandangan mereka.

    Pelakon itu yang menjalin hubungan dengan pemain besbol kelab Yankee di New York, Alex ‘A - Rod’ Rodriguez berkata, ibunya Goldie Hawn dan bapa tirinya, Kurt Russel mengetahui hampir semua perkara dalam hubungan mereka.

    Sumber memberitahu majalah US Weekly:: “Kate dan keluarganya terbuka dalam soal cinta termasuk membincangkan hubungan intim mereka.”

    Pelakon berusia 30 tahun itu yang mempunyai seorang anak lelaki, Ryder, 5, dengan bekas suaminya Chris Robinson, semakin rapat dengan bintang sukan itu sejak berkawan Mei lalu.

    “Pelakon itu membantu Alex mengubah cara hidup liarnya,” kata sumber yang dipetik majalah berkenaan.

    Sementara itu, khabar angin menyatakan Alex dan Kate menimbang kemungkinan untuk berkahwin selepas mereka tinggal bersama di New York. - Agensi
    "Saya menyertai Nogold Speakout"
Working...
X