Announcement

Collapse
No announcement yet.

[31/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [31/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    Kien Keat-Boon Heong kini beregu No. 1 dunia
    31/10/2009 2:31am

    KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kejayaan menjuarai Terbuka Denmark minggu lalu membantu beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kembali merampas takhta beregu lelaki No. 1 dunia, semalam.

    Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu, Kien Keat-Boon Heong merampas kedudukan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia yang jatuh ke ranking ketiga.

    Pasangan Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae Jung pula naik ke tangga kedua, manakala beregu kedua negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif jatuh ke ranking ketujuh. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Pemenang rancangan realiti TV dituduh ambil dadah
    31/10/2009 3:01am

    BOSTON 31 Okt. - Pemenang rancangan realiti TV CBS, `Big Brother 9’ telah dikenakan hukuman penjara tanpa ikat jamin atas kesalahan bersabit dadah.

    Adam Jasinki telah dituduh cuba menjual sebanyak 2,000 pil dadah jenis oxycodone.

    Hakim Majistret mengarahkan dia dikenakan hukuman penjara tanpa ikat jamin selepas seorang ejen persekutuan menyatakan bahawa Jasinki memberitahu beliau telah menjual ribuan pil oxycodone setiap bulan di Florida, Massachusetts, Pennsylvania dan New Jersey.

    Dalam satu afidavit, ejen itu berkata, Jasinki memberitahunya, dia telah menggunakan wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM1.8 juta) yang dimenanginya dalam rancangan `Big Brother 9’ pada tahun 2008 itu untuk membeli pil-pil tersebut.

    Jasinki yang berusia 31 tahun itu telah ditahan pada 17 Oktober lalu. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

    Comment


    • #3
      Wanita muslim pertahan agama kelar leher suami
      31/10/2009 3:04am

      NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah mengelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis.

      Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000).

      Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.

      “Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu.

      “Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya.

      Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa. - AP
      "Saya menyertai Nogold Speakout"

      Comment


      • #4
        H1N1: UEFA mahu perlawanan bola sepak diteruskan
        31/10/2009 3:17am

        PARIS 31 Okt. - Di sebalik kebimbangan selepas beberapa pemain bola sepak dijangkiti selesema babi, UEFA berkata bahawa perlawanan liga Eropah diteruskan seperti yang dijadualkan melainkan kelab tersebut tidak dapat menyediakan sepasukan penuh pemain.

        UEFA dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada 53 persekutuan bola sepak Eropah bahawa perlawanan patut diteruskan jika pasukan itu masih dapat menyediakan jumlah pemain berdaftar dengan UEFA yang mencukupi.

        Badan itu mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan perlawanan Liga Juara-juara antara Dynamo Kiev dan Inter Milan di ibu negara Ukraine yang akan dilangsungkan Rabu ini.

        Ukraine mengesahkan empat orang telah meninggal dunia akibat virus Influenza A (H1N1) yang menyebabkan Menteri Kesihatan Vassyl meletakkan negara itu "memasuki zon epidemik selesema babi". - AFP
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment


        • #5
          Pemuda, Wanita Gerakan protes kenyataan Mohamad Aziz

          31/10/2009 11:45am

          KUALA LUMPUR 31 Okt. - Lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan hari ini mengadakan protes di Menara PGRM di sini bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan.
          Protes yang diadakan sempena persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2009 itu turut menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.
          Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong ketika ditemui berkata, kenyataan Mohamad itu bercanggah dengan semangat BN dan Majlis Tertinggi (MT) BN perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau. - Utusan

          Comment


          • #6
            Tsu Koon tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz

            31/10/2009 2:30pm


            KUALA LUMPUR 31 Okt. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan, beliau tidak berasa terganggu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesaknya agar meletak jawatan baru-baru ini.
            Serentak dengan itu, beliau menyeru ahli-ahli Gerakan agar tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.
            "Saya tidak akan berasa terganggu dengan kenyataan Mohamad kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN), malah tidak produktif.
            "Saya akan lebih fokus kepada tugas yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
            Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan 2009 di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini hari ini.
            Beliau bagaimanapun berkata, tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama. - Utusan

            Comment


            • #7
              Kompleks DUN di Petra Jaya dijadikan Pusat Budaya

              31/10/2009 2:35pm

              KUCHING 31 Okt. — Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama di Petra Jaya di sini akan dijadikan pusat budaya dengan dilengkapi kemudahan dan pentas yang canggih bagi memudahkan pengiat seni berkarya.
              Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, bidang seni merupakan satu saluran baru yang boleh digunakan untuk membawa generasi muda agar bersama-sama dalam pembangunan negara.
              "Daripada teater-teater yang ditampilkan, kita boleh nampak dan ini adalah cermin kepada generasi baru serta apa yang mereka mahukan akan terpancar pada hasil kreatif mereka di atas pentas.
              "Ini tidak boleh kita sekat kerana itulah perasaan mereka yang sebenar,” katanya semasa berucap pada Festival Teater Malaysia peringkat negeri di Auditorium P.Ramlee di sini malam tadi.
              Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mod Zaky Din berkata kerajaan menyediakan dana khas berjumlah RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional bagi mengembangkan lagi industri kreatif negara. - Bernama

              Comment


              • #8
                Kajian semula Dasar Bahan Api Negara hampir siap

                31/10/2009 2:38pm

                KUALA LUMPUR 31 Okt. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kertas kerja kajian semula dasar bahan api negara kini hampir siap.
                "Kita dalam proses mengkaji semula ”fuel mix” negara kita. Ia tidak akan berubah dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa sederhana dan panjang,” kata beliau.
                Katanya, negara perlu mengurangkan penggantungan kepada gas asli dan arang batu, dan melihat kepada sumber lain seperti hidroelektrik dan tenaga boleh diperbaharui.
                "Gas asli merupakan satu punca tenaga yang tinggi nilainya. Tidak seharusnya digunakan untuk penjanaan elektrik semasa,” kata Perdana Menteri selepas melancarkan perayaan ulangtahun ke-60 Lembaga Letrik Negara (LLN)/Tenaga Nasional Bhd (TNB).
                Ketika ditanya sama ada tenaga nuklear turut termasuk dalam kajian tersebut, beliau berkata, ia sedang dikaji.
                Najib berkata penjanaan tenaga nuklear mengambil tempoh yang agak panjang.
                "Dari proses perancangan sehingga tenaga pertama dihasilkan ia mengambil masa 12 hingga 15 tahun,” tambah beliau. - Bernama

                Comment


                • #9
                  Jamaluddin serah watikah Duta Besar ke AS

                  31/10/2009 3:40pm

                  ROMPIN 31 Okt. — Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis akan menyerahkan watikah pelantikan beliau sebagai duta ke negara itu kepada Presiden AS Barack Obama pada 4 November ini.
                  Katanya, beliau dimaklumkan mengenai tarikh penyerahan watikah itu semalam dan akan berlepas ke AS esok.
                  "Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengenai tarikh penyerahan watikah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek Perumahan Warga Felda (PWF) Keratong Indah dekat sini, hari ini.
                  Jamaluddin berkata, dalam pertemuan dengan Obama sempena penyerahan watikah itu nanti, beliau antara lain akan membincangkan mengenai usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan politik kedua-dua negara.
                  Selain itu, katanya, beliau juga akan membincangkan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri ke AS.
                  "Sebelum ini Rumah Putih telah bersetuju untuk menerima kunjungan Perdana Menteri ke AS namun tarikh sebenar masih belum ditetapkan secara rasmi,” katanya. - Bernama

                  Comment


                  • #10
                    Penuntut Malaysia diperalat sindiket pemalsuan kad kredit

                    31/10/2009 3:45pm

                    CHENNAI 31 Okt. — Tiga pelajar perempuan Malaysia didakwa telah diperalatkan oleh satu sindiket pemalsuan kad kredit yang diketuai seorang lelaki Sri Lanka untuk membeli barangan mahal di bandar raya Chennai, India.
                    Pelajar terbabit, yang dipercayai mengikuti kurusus dalam bidang persolekan di beberapa kolej di sini bagaimanapun telah pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas.
                    Kegiatan jenayah mereka itu terbongkar selepas polis Chennai menangkap lelaki berusia 25 tahun itu yang kini menjadi warganegara Kanada.
                    "Ketiga-tiga pelajar perempuan itu diperalatkan ketua sindiket berkenaan bagi membeli barang kemas dan telefon bimbit bernilai hampir 50 lakhs (RM500,000).
                    Bagi setiap pembelian, pelajar terbabit diupah kira-kira 5,000 rupiah India (RM500).
                    "Gadis-gadis ini sah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. Kami sedang mengenal pasti nama sebenar, alamat dan nama kolej mereka. Sebaik saja mendapat semua maklumat ini, kami akan tulis kepada Interpol bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menyiasat gadis terbabit,” kata C. Sridhar, timbalan pesuruhjaya polis Chennai (Bahagian Jenayah Khas) kepada Bernama hari ini. - Bernama

                    Comment


                    • #11
                      Laporan siasatan jambatan gantung runtuh siap dua minggu

                      31/10/2009 3:49pm

                      IPOH 31 Okt . — Laporan siasatan kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar yang mengorbankan tiga kanak-kanak sekolah Isnin lepas dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu jika segalanya berjalan lancar, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
                      Beliau berkata, hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan selanjutnya.
                      "Ada dua perkara kita beri tumpuan, yang pertama bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan kedua, apakah tindakan-tindakan selanjutnya supaya perkara ini tidak berulang.
                      "Kita harap akan datang tidak berlaku lagi dengan (adanya) cadangan-cadangan yang kita buat nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Jabatan Pelajaran Perak di sini hari ini.
                      Katanya, jawatankuasa siasatan berkenaan turut dianggotai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Perak Mohd Zahir Abdul Khalid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Datuk Dr. Safry Kamal Ahmad, Ketua Polis Daerah Kampar Supritenden Abdul Aziz Salleh serta tiga wakil kementerian iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-undang Kementerian Pelajaran.
                      Dalam kejadian di Pusat Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang itu, N. Dina Dewe Nathan, 11, Diryasree Vasudevan, 12, dan Davadharshini Maheswaran, 11, lemas selepas jambatan gantung yang baru disiapkan kira-kira sebulan lepas runtuh dalam kejadian pukul 10.30 malam.
                      Ketiga-tiga mangsa itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan. - Bernama

                      Comment


                      • #12
                        Cuepacs perlu realistik

                        31/10/2009 4:26pm

                        PUTRAJAYA 31 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) diharap bersikap lebih realistik dalam tuntutannya agar kerajaan memberikan dua bulan bonus bagi tahun ini.
                        Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya berkeyakinan sekiranya kerajaan mempunyai kemampuan, segala permintaan kakitangan awam akan dapat ditunaikan.
                        "Saya sudah berbincang dengan Omar Osman (Presiden Cuepacs) sebelum saya berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) berkaitan isu bonus.
                        "Bagaimanapun, Cuepacs tetap mahu dua bulan bonus, saya bolehlah memberikan bantuan (membawakan isu bonus kepada kerajaan) tapi mereka kena bersikap realistik,'' katanya. - Utusan

                        Comment


                        • #13
                          'Saya tidak akan minta maaf' - Mohamad

                          31/10/2009 5:27pm

                          BATU PAHAT 31 Okt. - Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak akan menarik balik kenyataan agar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet.
                          Selain itu, beliau juga tidak akan memohon maaf ekoran kenyataan berkenaan yang mendapat bantahan daripada ahli-ahli kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
                          "Saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen," katanya ketika diminta mengulas tindakan lebih 30 anggota Pemuda dan Wanita Gerakan mengadakan protes selama 15 minit di hadapan Dewan Wawasan, Menara PGRM untuk menuntut Mohamad menarik balik kenyataannya yang dibuat semasa persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu.
                          Kumpulan tersebut turut menuntut agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon ekoran kenyataan berkenaan. - Utusan

                          Comment


                          • #14
                            Pemuda Gerakan cadang tubuh parti gantikan BN

                            31/10/2009 5:09pm

                            KUALA LUMPUR 31 Okt.— Pemuda Gerakan hari ini mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.
                            Ketuanya, Lim Si Pin berkata, penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.
                            "Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan,” katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini.
                            Sehubungan itu, Si Pin mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.
                            "Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian,” katanya. - Bernama

                            Comment


                            • #15
                              Jenazah Muntik Hani dihantar pulang ke Indonesia

                              31/10/2009 5:21pm

                              SEPANG 31 Okt. — Jenazah pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia dipercayai akibat didera majikan Isnin lepas selamat dihantar pulang ke negara asal untuk dikebumikan hari ini.
                              Jenazah Muntik Hani, 36, yang diiringi staf Kedutaan Indonesia di Malaysia dihantar dengan penerbangan M871 pada 8.15 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Surabaya dan tiba pada pukul 9.55 pagi sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.
                              Setiausaha Ketiga Jabatan Penerangan, Sosial dan Kebudayaan kedutaan itu, Soneta Asmara ketika dihubungi Bernama mengesahkan penghantaran jenazah itu.
                              Isnin lepas Mantik meninggal dunia selepas ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang, Selangor.
                              Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu 20 Oktober lepas. - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X