Announcement

Collapse
No announcement yet.

[28/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [28/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Nik Aziz janji beri ganjaran jika menang Piala Malaysia


    KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjanji akan memberikan ganjaran jika pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

    Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan itu sejajar dengan kejayaan Kelantan dalam sukan bola sepak.

    "Saya nak sebut Kerajaan Negeri Kelantan akan memberikan sedikit sumbangan jika kita menang," katanya kepada pemberita selepas majlis sempena Aidilfitri di Kota Darulnaim di sini hari ini.

    Semalam pasukan "The Red Warriors" berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Malaysia di kedudukan tinggi Indeks Pembangunan Untuk Semua

    GENTING HIGHLANDS - Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang paling berjaya dalam menyediakan akses terhadap pendidikan untuk semua rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Timbalan Perdana Menteri berkata Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara.

    "Kedudukan itu sekali gus menempatkan Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua," katanya ketika merasmikan Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

    Comment


    • #3
      Terserah kepada masyarakat menilai - TPM

      GENTING HIGHLANDS - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai sikap pemimpin Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan ummah.

      Timbalan Perdana Menteri berkata Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan umat Islam, bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang itu ke arah tersebut.

      "Kita sudah nyatakan kesediaan, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun sudah nyatakan kesediaan tetapi kalau mereka (Pas) kata tidak mahu, okay. Setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat baik dan niat yang ikhlas.

      "Itu terserah kepada mereka (Pas)...tidak menjadi masalah. Kita nak beritahumasyarakat Malaysia dan Islam, UMNO parti yang mendukung prinsip perpaduan ummah," katanya.

      Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam , bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan UMNO tidak lagi wujud dalam kamus parti itu. - Bernama
      "Saya menyertai Nogold Speakout"

      Comment


      • #4
        SPRM siasat berdasar laporan Ketua Audit Negara

        PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat khusus bagi menyiasat beberapa jabatan dan agensi kerajaan berdasarkan kepada laporan audit oleh Ketua Audit Negara.

        Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat ke atas agensi dan jabatan berkenaan selepas SPRM mengesan beberapa elemen rasuah dalam laporan tersebut.

        Beliau berkata identiti kesemua pihak terlibat sudah dikenal pasti, namun ia perlu dirahsiakan oleh SPRM sehingga proses siasatan selesai.

        "Kami sudah kenal pasti (identiti mereka) tetapi untuk menjaga maklumat penting, ia akan dirahsiakan dan hanya akan didedahkan selepas proses siasatan selesai sepenuhnya," katanya dalam taklimat media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

        Katanya SPRM mempunyai asas untuk menyiasat perkara itu. - Bernama
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment


        • #5
          Awasi anak layari internet - Musa Hasan

          KULIM - Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak yang melayari internet bagi memastikan mereka benar-benar terselamat daripada menjadi mangsa penjenayah.

          Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kajian mendapati kebanyakan remaja mudah percaya dengan orang yang hanya dikenali secara "online" dan mereka sering memberikan maklumat peribadi seperti latar belakang diri, alamat rumah, sekolah serta lain-lain maklumat peribadi keluarga.

          "Remaja sekarang tidak selamat walaupun semasa berada dalam rumah jika ibu bapa tidak ambil tahu aspek pergaulan anak-anak mereka," kata Musa pada Majlis Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM se-Malaysia Ke-6 di sini hari ini.

          Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Razak Bokhari.

          Musa berkata kajian pakar teknologi berhubung dengan keselamatan internet (Internet Safety) mendapati 71 peratus golongan remaja yang berusia antara 13 dan 17 tahun sering menerima mesej secara online daripada orang yang mereka tidak dikenali. - Bernama
          "Saya menyertai Nogold Speakout"

          Comment

          Working...
          X