Announcement

Collapse
No announcement yet.

[26/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [26/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Keluarga pembantu politik setuju post-mortem kedua

    ALOR GAJAH 25 Okt. — Keluarga pembantu politik Teoh Beng Hock bersetuju mengeluarkan semula mayatnya untuk dilakukan post-mortem kedua oleh ahli patologi terkenal Thai, Dr. Porntip Rojanasunan.

    Peguam Gobind Singh Deo, selaku peguam pemerhati bagi pihak keluarga itu dalam inkues mengenai kematiannya, berkata mereka (keluarga) mengarahkan beliau memohon kepada koroner untuk menggali semula mayat Teoh secepat mungkin.

    "Saya memberi penerangan kepada mereka dan mereka memutuskan adalah signifikan dan penting untuk mengadakan post-mortem kedua,” katanya pada sidang akhbar di rumah keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak di sini hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Komposer Andrew Lloyd hidap kanser

    26/10/2009 2:38am

    LONDON 25 Okt. - Seorang jurucakap Andrew Webber berkata, komposer itu telah didiagnosis menghidap kanser prostat.
    Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan hari ini yang menyebut `keadaannya adalah di peringkat awal’.
    Andrew kini sedang menjalani rawatan dan dijangka akan kembali bekerja sebelum akhir tahun ini.
    Lloyd Webber, 61, bar-baru ini mengumumkan rancangan untuk mengadakan sekuel teater muzikal berjudul `Phantom of the Opera’.
    Dengan judul `Love Never Dies’, ia dijadual akan dipentaskan di panggung West End di London pada Mac 2009 manakala di Broadway pada November depan.
    Menurut beliau, sekuel itu dibuat berdasarkan `kerjanya yang belum siap’.
    Antara teater muzikal pimpinan Lloyd Webber termasuk `Cats’, `Jesus Christ Superstar’ dan `Evita’. - AP

    Comment


    • #3
      Pemberontak Filipina bebaskan enam tawanan

      26/10/2009 2:38am

      BUTUAN, Filipina 25 Okt. - Pemberontak bersenjata yang menculik sekumpulan renjer hutan di selatan Filipina membebaskan enam tawanan mereka hari ini.
      “Enam lelaki tersebut yang berusia antara 42 hingga 60 tahun telah diserahkan kepada perunding negara oleh penculik di luar Butuan petang ini,” kata ketua polis daerah, Lino Calingisan kepada pemberita.
      Bagaimanapun, punca mereka dibebaskan tidak dinyatakan.
      Dua orang tawanan telah dibebaskan tanpa dicederakan Jumaat lalu, dua hari selepas mereka diacu senapang dan diculik daripada kawasan pemeriksaan kerajaan terhadap aktiviti pembalakan haram.
      Polis berkata, tiada seorang daripada lapan mereka yang memerlukan rawatan perubatan.
      Ketua Supritendan Calingisan berkata, penculikan itu telah diketuai oleh pemimpin puak pemberontakan tempatan, Leandro Behing.
      Pegawai tempatan berkata, lapan renjer hutan terbabit telah diculik sejurus selepas mereka menolak permintaan salah seorang daripada suspek bagi membenarkan sejumlah balak yang telah ditebang melepasi kawasan pemeriksaan.
      Penculik menuntut supaya renjer terbabit membuka kawasan pemeriksaan selain melarang pembalak-pembalak lain memasukinya, menurut dua tawanan yang dibebaskan sebelum itu. - AFP

      Comment


      • #4
        Tuanku Muhriz ditabal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

        26/10/2009 11:58am

        Oleh Ainol Amriz Ismail
        KUALA PILAH 26 Okt. – Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, 61, hari ini ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dalam majlis penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.
        Istiadat Pertabalan itu disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak selaku Imam Undang Yang Empat.
        Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud; Undang Yang Empat - Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri. - Utusan

        Comment


        • #5
          Pembantu rumah mangsa dera meninggal dunia

          26/10/2009 6:41pm

          KUALA LUMPUR 26 Okt. – Pembantu rumah warga Indonesia yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dibotakkan disyaki didera oleh majikannya di Taman Sentosa, Klang, meninggal dunia hari ini.
          Mangsa yang dikenali sebagai Munti Hani berusia 36 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAA), Klang.
          Konsul Penerangan, Sosio dan Budaya Kedutaan Besar Indonesia, Widyarda Ryananta berkata, jenazah mangsa akan dilakukan bedah siasat di HTAA bagi menentukan punca kematiannya. - Utusan

          Comment


          • #6
            LPK buat aduan kepada badan professional mengenai tiga perundingnya

            26/10/2009 1:31pm

            KUALA LUMPUR, 26 Okt — Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) hari ini membuat aduan kepada badan-badan profesional yang berkaitan, mengenai tiga daripada perundingnya yang didakwanya sebagai terbabit dengan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
            Pengerusinya Lee Hwa Beng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan LPK hari ini berkata pihaknya membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara Majlis Peguam terhadap Messrs Rashid Asari & Co. (RA), yang menjadi peguamcara bagi pihak LPK dalam urusan pembelian tanah PKFZ dan perjanjian pembangunan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).
            Menurut kenyataan itu RA bertindak mewakili KDSB sebelum ia mewakili LPK.
            "PKA memutuskan terdapat salah laku profesional di pihak RA, di mana RA meletakkan kedudukannya dalam keadaan konflik berkepentingan yang menyaksikan wujudnya ”berat sebelah” yang berpihak kepada KDSB dan menjejaskan PKA,” katanya.
            Menurutnya LPK turut membuat aduan kepada Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia terhadap Perunding BE Sdn Bhd, antaranya berhubung kegagalannya menggunakan kepakaran serta penjagaan yang berpatutan dalam membuat penilaian sepatutnya mengenai kos projek dan dalam melaksanakan tanggungjawab profesional mereka kepada LPK. - Bernama

            Comment


            • #7
              Malaysia guna diplomasi selesaikan isu sensitif dengan Indonesia

              26/10/2009 1:52pm

              KUALA LUMPUR 26 Okt — Kementerian Luar menggunakan saluran diplomasi untuk menyelesaikan isu-isu sensitif yang berlaku di antara Malaysia dengan Indonesia, kata Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay.
              Beliau berkata di peringkat tinggi, hubungan antara kedua-dua pemimpin negara berjiran itu juga sangat akrab.
              "Mereka sering berhubung melalui telefon untuk membincangkan secara terus ada jua perkara atau permasalahan yang memerlukan perhatian yang segera,” katanya.
              Katanya kementerian turut mengambil beberapa inisiatif segera dalam mengatasi isu-isu sensitif, termasuk memberi penjelasan di saluran media tempatan dan antarabangsa termasuk di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
              "Ini adalah bagi memaklumkan rakyat kedua-dua negara, khususnya media, agar mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia adalah terpelihara dan diberi keutamaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu sejauhmanakah hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia kekal mesra dan akrab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

              Comment


              • #8
                Persidangan perwakilan Gerakan teguhkan perpaduan

                26/10/2009 2:22pm

                PETALING JAYA 26 Okt. — Persidangan Perwakilan Nasional parti Gerakan hujung minggu ini akan menjadi satu persidangan khusus bagi memantapkan perpaduan di kalangan anggota serta perwakilan, kata presiden parti, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
                Beliau berkata, persidangan itu juga bertujuan memupuk hala tuju parti di kalangan angota, menyemai motivasi untuk bergerak maju, di samping bekerja keras dengan megenepikan sebarang kelemahan lalu.
                Kira-kira 1,800 perwakilan dijangka menghadiri persidangan pada hari Sabtu dan Ahad ini yang dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).
                Koh dijangka menyampaikan amanat yang antara lain akan menyentuh tentang aspek perpaduan, di smping menggunakan pelbagai cara bagi memastikan aspek penyampaian yang pantas kepada anggota di peringkat akar umbi dan juga orang ramai.
                Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum perpaduan Nasional di Kolej Universiti Sunway di sini hari ini beliau berkata, Gerakan baru-baru ini menerima ribuan anggota baru, termasuk anggota muda dari Sabah dan Wilayah Persekutuan. - Bernama

                Comment


                • #9
                  Bank Rakyat catat keuntungan RM1.055 bilion

                  26/10/2009 2:34pm

                  KUALA LUMPUR 26 Okt. - Bank Rakyat mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.055 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.1 peratus atau RM25O juta berbanding tempoh sama tahun lalu.
                  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peningkatan keuntungan itu adalah hasil peningkatan dan pembiayaan Fii yang sekaligus menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap bank itu.
                  Katanya, nisbah pembiayaan tidak berbayar bersih (NPF) yang berkurangan dari 1.9 peratus pada September 2008 kepada 1.2 peratus tempoh sama tahun ini.
                  "Sementara dana pemegang saham mencatatkan peningkatan sebanyak RM5.329 bilion pada September 2009 berbanding RM4.565 bilion tempoh sama tahun lepas,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini. - Utusan

                  Comment


                  • #10
                    Pelakon Eja tunggu keputusan mahkamah tuntut RM200,000

                    26/10/2009 5:18pm

                    KUALA LUMPUR 26 Okt. - Mahkamah Seysen Sivil di sini hari ini memutuskan 18 November ini samada pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Eja, berjaya menuntut ganti rugi lebih RM200,000 dari Gulatis yang didakwa melanggar perjanjian. - Utusan

                    Comment


                    • #11
                      Kesatuan guru sokong skim insentif

                      26/10/2009 5:24pm

                      KUALA LUMPUR 26 Okt — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik dan menyokong cadangan kerajaan untuk memberi insentif istimewa kepada sekolah-sekolah yang mencapai prestasi cemerlang, kata setiausaha agungnya Lok Yim Pheng hari ini.
                      "Kami selama ini berjuang untuk melahirkan guru-guru dan pelajar berkualiti dan langkah kerajaan ini sesuai dengan rancangan kami,” katanya kepada Bernama.
                      Bagaimanapun, insentif itu tidak harus diberi hanya kepada pengetua dan guru besar tetapi wajar meliputi semua guru dan kakitangan bukan pengajar sekolah.
                      "Ini kerana prestasi sesebuah sekolah adalah hasil usaha berpasukan dan semua mereka yang menyumbang harus diberi ganjaran,” kata Lok.
                      Beliau mengulas langkah kerajaan untuk memilih 20 sekolah prestasi terbaik dan memberikan mereka insentif dan ganjaran kepada pengetua dan guru besar.
                      - BERNAMA

                      Comment


                      • #12
                        Projek Mega bantu rangsang ekonomi - Mahathir

                        26/10/2009 5:25pm

                        KUALA LUMPUR 26 Okt — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pelaksanaan projek mega di negara ini kerana ia membantu menghasilkan kesan limpahan dan merangsang ekonomi.
                        "Apabila kerajaan membina projek mega, kesan limpahannya sangat besar.
                        Kesemua kontraktor turut mendapat hasil perniagaan dan sama juga kontraktor kecil, pembekal, para pekerja dan malah penjual nasi lemak turut mendapat perniagaan kerana mereka boleh turut menjual sesuatu kepada para pekerja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara di sini hari ini.
                        "Mereka merangsang ekonomi dan sambil itu mereka turut membayar cukai, yang termasuk penjual nasi lemak kerana masih perlu mendapatkan banyak perkara dari para pemborong yang turut membayar cukai,” katanya.
                        Dr Mahathir berkata perolehan negara telah meningkat setiap tahun kerana ekonomi dirangsang oleh kerajaan serta sektor swasta.
                        "Jadi, apabila kerajaan membelanjakan wang, ia mendapat semula wang berkenaan. Jika tidak, bagaimanakah anda menjelaskan kerajaan mempunyai banyak wang setiap tahun,” katanya.
                        Dr Mahathir berkata sektor swasta dan bukan kerajaan perlu bertanggung jawab bagi membina projek mega kerana ahli perniagaan selalunya tahu menjana wang dari pelaburan masing-masing.
                        "Perniagaan bermakna anda mendapat sedikit modal, melakukan perniagaan dan menjana keuntungan. Jika anda mahu mengembangkannya, gunakan wang atau pinjaman dari bank,” katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan perlu melakukan eksesais penswastaan.
                        Mengenai Bajet 2010, Dr Mahathir enggan membuat sebarang ulasan.
                        "Sebelum anda membuat sebarang ulasan, anda perlu meneliti bajet berkenaan dengan teliti kerana dari pengalaman saya, ulasan hari pertama biasanya sangat baik dan semua pihak gembira. Tetapi, kemudiannya, apabila mereka mulai mengkaji agenda tersembunyi, mereka kemudiannya sangat kecewa,” katanya.
                        "Jadi, saya masih tercari-cari agenda tersembunyi berkenaan,” katanya.
                        — BERNAMA

                        Comment


                        • #13
                          Kes saman Amy dibicara di Mahkamah Sesyen

                          26/10/2009 6:36pm

                          KUALA LUMPUR 26 Okt — Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kes saman cuai yang difailkan seorang kanak-kanak yang melecur terkena tom yam panas terhadap penyanyi Amy Search dihantar semula ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.
                          Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamarnya mengenepikan keputusan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Jan lepas yang membatalkan saman itu terhadap Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman.
                          Peguam Adnan Seman yang mewakili Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 3 tahun, memberita pemberita, pihaknya berhujah bahawa Amy layak disaman kerana dia merupakan pemilik sebenar restoran Cheng Ho di mana kejadian itu berlaku, berdasarkan laporan-laporan akhbar yang disiarkan sebelum ini.
                          Pada 24 Sept tahun lepas, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya di Mahkamah Sesyen Sivil mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju, cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.
                          Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Amy berhujah bahawa Amy tidak patut disaman atas kapasiti sebagai individu kerana pemilik sebenar restoran itu ialah syarikat IconHill Sdn Bhd dan Amy hanyalah seorang pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat itu.
                          — Bernama

                          Comment


                          • #14
                            TNB untung RM409 juta

                            26/10/2009 6:30pm

                            KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebelum tukaran mata wang asing sebanyak RM408.8 juta untuk suku keempat berakhir 31 Ogos 2009.

                            Comment


                            • #15
                              Terengganu mula projek Lembah Kaprima bernilai RM24j Dis. ini

                              26/10/2009 6:52pm

                              KUALA TERENGGANU 26 Okt. — Hasrat kerajaan untuk melihat Terengganu menjadi pengeluar daging kambing terbesar di negara ini akan menjadi kenyataan apabila Projek Lembah Kaprima bernilai RM24 juta dimulakan awal Disember ini.
                              Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata dengan peruntukan tersebut, kerajaan negeri telah meluluskan lapan projek ”Kambing Prime Malaysia” (Kaprima) yang akan dilaksanakan di Terengganu.
                              "Kerajaan negeri telah luluskan satu projek kaprima iaitu projek ternakan kambing Jamnapari di setiap daerah dan sesetengah tempat, infrastrukturnya telahpun disiapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X