Announcement

Collapse
No announcement yet.

[25/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [25/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Rancangan bual bicara seks: Wartawan wanita dihukum 60 sebatani
    25/10/2009 3:17am


    RIYADH 25 Okt. – Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 60 kali terhadap seorang wartawan wanita kerana terlibat dalam rancangan televisyen bual bicara seks di khalayak ramai di negara ini.

    Rozanna al-Yami dipercayai menjadi wartawan wanita pertama di Arab Saudi dijatuhi hukuman tersebut kerana terlibat dalam penyediaan program itu serta mempromosikannya di Internet.

    Dalam program yang disiarkan oleh siaran satelit Labanon, Mazen Abdul Jawad mengejutkan rakyat negara ini apabila menceritakan kehidupan skandal seksnya yang aktif.

    Awal bulan ini, Mazen telah dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan sebat sebanyak 1,000 kali oleh mahkamah yang sama. – AP

  • #2
    Dua kereta api berlanggar di Mesir, 15 maut
    25/10/2009 3:00am

    KAHERAH 25 Okt. – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera apabila dua kereta api berlanggar di daerah Giza, barat daya ibu kota Mesir, semalam.

    Seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali memberitahu, insiden berlaku di al-Ayyat, Giza.

    “Pasukan keselamatan sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang terbunuh dan cedera dari kereta api tersebut,” katanya.

    Menurut Agensi Berita Asia Barat, kedua-dua kereta api itu dalam perjalanan dari Kaherah ke bandar selatan, Assuit dan dari wilayah Giza ke pekan oasis Fayoum.

    Nahas kereta api adalah perkara biasa di negara ini. Pada Julai 2008, sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam perlanggaran antara kereta api dan bas berhampiran Marsa Matruh, barat laut Mesir. – AFP

    Comment


    • #3
      4 sekeluarga maut, 4 parah

      Tiga beradik, Mohd. Suhaimi, 14, Mohd. Sufian, 15, dan Mohd. Syafiq Baharuden, 17, yang ditemui di rumah mereka di Kampung Kesum Manir tidak dapat menahan kesedihan ekoran kehilangan ibu, bapa dan adik mereka yang terkorban dalam nahas ngeri di Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman, semalam.


      KEMAMAN 24 Okt. - Hajat lapan sekeluarga untuk menghadiri kenduri kahwin di Felda Neram 2, Cheneh dekat sini tidak kesampaian apabila empat daripada mereka maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan yang turut mengakibatkan kereta dinaiki terbakar, semalam.



      Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Baharuden Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, dan anak bongsu pasangan itu, Mohd. Nor Firdaus, 2.

      Ketiga-tiga mereka rentung dalam kereta tersebut.

      Ibu kepada Baharuden, Esah Salleh, 80, pula meninggal dunia sejurus selepas dikeluarkan dari kereta itu oleh orang ramai yang membantu mereka.

      Empat yang parah terdiri daripada anak pasangan itu, Aidil Shahidan, 12, Aishah Natasya, 4, Ekmal Rizal, 8 dan Aishah Nabila, 10.
      Anggota bomba memeriksa kereta Proton Iswara Aeroback yang hangus setelah terbabit dalam kemalangan, mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 123, Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman, Terengganu semalam.



      Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

      Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam semasa kereta jenis Proton Iswara Aeroback milik keluarga itu dalam perjalanan ke Felda Neram 2, Cheneh.

      Kereta itu melanggar sebuah kereta Proton Saga di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Padang Kubu.

      Akibat perlanggaran kuat itu, kereta tersebut berpusing dan dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Gen-2 di belakangnya, menyebabkan kereta keluarga berkenaan tiba-tiba terbakar.

      Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa di tempat duduk belakang iaitu Aishah Natasya, Ekmal, Aishah Nabila, Aidil dan Esah.

      Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Supritendan Abdul Marlik Hakim Johar ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

      Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan meminta mana-mana saksi supaya menghubungi balai berhampiran untuk membantu siasatan.

      Katanya, lima lagi mangsa dari dua buah kenderaan yang turut terlibat dalam kejadian tersebut hanya mengalami cedera ringan.

      Comment


      • #4
        Kes culik: Polis guna pakar psikologi

        SHAH ALAM 24 Okt. - Polis akan menggunakan khidmat pakar psikologi dari Bukit Aman untuk membantu siasatan kes culik melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Sungai Pinang, Kapar, dekat sini malam Khamis lalu.

        Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop memberitahu, pendekatan itu akan digunakan bagi merakam percakapan mangsa dan membantu mengenal pasti identiti suspek.

        "Kita akan gunakan khidmat psikologi itu setelah mangsa pulih daripada trauma ekoran insiden tersebut.

        "Pendekatan secara psikologi adalah alternatif terbaik untuk memujuk mangsa menceritakan apa yang berlaku tanpa sebarang paksaan," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

        Kejadian culik tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika kanak-kanak perempuan itu bersama sepupunya berusia tujuh tahun dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

        Suspek kemudian mengumpannya wang RM5 sebelum melarikan mangsa. Kedua-dua mereka dikatakan hendak ke sebuah kedai tidak jauh dari rumah mereka untuk membeli barang.

        Sepupu kanak-kanak tersebut segera memaklumkan kepada ibu bapa mangsa sebelum mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira dua jam kemudian tidak jauh dari tempat kejadian.

        Mohamad bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada suspek menculik kanak-kanak itu adalah individu sama yang menculik Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd. Nashar sebelum ini.

        "Modus operandi hampir sama dengan suspek kes-kes culik sebelum ini tetapi polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkannya," ujarnya.

        Katanya, polis kini giat mengesan suspek dan maklumat awal yang diperoleh menunjukkan suspek bergerak seorang diri.

        Comment


        • #5
          Obama isytihar H1N1 sebagai kecemasan kebangsaan

          25/10/2009 2:59am

          WASHINGTON 25 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan influenza A (H1N1) sebagai kecemasan kebangsaan, lapor White House, semalam.
          Pengumuman itu akan memudahkan kemudahan perubatan AS untuk mengendalikan peningkatan pesakit selesema dengan membenarkan pengecualian beberapa keperluan Medicare, Medicaid dan program insurans kesihatan Persekutuan lain yang diperlukan, menurut White House dalam satu kenyataan.
          Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit AS kelmarin memberitahu selesema babi telah merebak dengan meluas di 46 dari 50 negeri di AS dan menjangka lebih banyak lagi akan dijangkiti wabak itu.
          Menurut White House, deklarasi itu bertujuan supaya negara bersiap sedia menghadapi keadaan ‘peningkatan pesat dalam penyakit yang boleh membebani sumber-sumber penjagaan kesihatan’. – Reuters

          Comment


          • #6
            Dua jaringan Lampard bantu Chelsea belasah Blackburn
            25/10/2009 2:49am

            LONDON 25 Okt. - Frank Lampard menjaringkan dua gol bagi membantu Chelsea menang besar ke atas Blackburn sekali gus merampas kembali sebagai pendahulu Liga Perdana England.

            Chelsea menguasai keseluruhan permainan dan mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri Gael Givet, empat minit sebelum separuh masa pertama berakhir di Stamford Bridge.

            Jaringan Lampard dari sepakan kencang, Michael Essien dari jarak 35 meter, sepakan penalti oleh Lampard dan Didier Drogba menerusi tandukan - semuanya dalam masa 64 minit.

            Chelsea kini di puncak liga dengan kelebihan dua mata berbanding juara bertahan Manchester United yang mungkin akan kembali merampas tahta jika menang ke atas Liverpool pada perlawanan hari ini. - AP
            "Saya menyertai Nogold Speakout"

            Comment


            • #7
              Hiroshi Aoyama juara MotoGP 250cc
              25/10/2009 2:18pm

              Sepang 25 Okt - Pelumba Scot Racing Team 250cc, Hiroshi Aoyama dari Jepun meraih kejuaraan Perlumbaan Grand Prix Malaysia kategori 250cc di Litar Sepang hari ini.

              Di tempat kedua ialah Hector Barbera (Sepanyol) daripada pasukan Pepe World Team dan pelumba Metis Gilera Marco Simoncelli (Itali) di tempat ketiga.

              Comment


              • #8
                32 kereta solar mulakan cabaran rentas Australia
                25/10/2009 12:19pm

                DARWIN (Australia) 25 Okt — Sebanyak 32 kereta kuasa solar termasuk kereta solar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) “Solar Ranger1"

                memulakan cabaran merentas benua Australia pagi ini.

                Acara pelepasan kereta solar itu berlangsung di Rumah Parlimen Darwin di sini pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

                Beratus-ratus pemerhati dan peminat kereta solar termasuk wakil media dari seluruh dunia hadir seawal 7 pagi bagi menyaksikan cabaran solar itu yang disertai pasukan dari 15 negara.

                Ketika pasukan Nuon Solar dari Belanda dengan kereta solar “Nuna5” menjadi pilihan perlumbaan itu, Solar Ranger1 yang mengalami kerosakan teknikal sebelum ini, layak meneruskan perlumbaan itu.

                Bagi 15 anggota pasukan UNITEN, mereka yakin kereta solar mereka mampu bertahan dan menamatkan perlumbaan sejauh lebih 3,000km dari Darwin, Utara Australia, hingga ke Wilayah Selatan Australia, Adelaide.

                Selain keberkesanan mengendalikan sistem kereta solar dan kecekapan pemandu kereta solar, setiap pasukan akan menempuhi beberapa halangan di sepanjang perjalanan itu termasuk faktor cuaca.

                Keadaan jalan dan faktor stamina pemandu selain penyelarasan arahan dan maklumat antara kereta pengiring dengan kereta solar juga penting untuk memastikan sebarang cabaran dapat diatasi.

                "Ia bukan soal mesin saja, tapi faktor pemandu (manusia) juga main peranan,” kata Mohd Syafiq Khasmani, pelajar kejuruteraan yang juga salah seorang pemandu kereta solar UNITEN.

                Tiga lagi pemandu ialah Edmund Ti Wee Keat, Aziz Suhaimi dan Yaw Chong Tak.

                Setiap pasukan mempunyai empat pemandu yang akan bergilir mengikut stamina pemandu itu di sepanjang perlumbaan yang akan memakan masa selama sembilan sehari, bermula pukul 8 pagi setiap hari.

                - BERNAMA
                "Saya menyertai Nogold Speakout"

                Comment


                • #9
                  Peruntukan RM3.7b untuk KDN dimanfaat sepenuhnya
                  25/10/2009 12:22pm

                  KUALA LUMPUR 25 Okt — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memastikan kementeriannya memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM3.7 bilion dalam Bajet 2010 bagi mempertingkatkan kecekapan anggota keselamatan dan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

                  "Malah saya juga akan pastikan pihak KDN bekerja keras bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dipertanggungjawabkan di bawah KDN iaitu mengurangkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus termasuk mengurangkan indeks jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir tahun 2010,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

                  Katanya peruntukan itu juga akan disalurkan untuk pembelian 50 van penumpang, 400 pucuk pistol 9mm, dan penyediaan pakaian seragam anggota Ikatan Relawan Negara (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang terpilih sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

                  Dalam pada itu, beliau berharap anggota PDRM menghargai keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan kebajikan dan keselesaan mereka dalam bajet kali ini.

                  "Selain menambah baik kemudahan dan infrastruktur di balai polis serta menubuhkan Sekolah Latihan Kontinjen, pihak kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif dengan membeli alat perhubungan, dan kelengkapan PDRM seperti lanci-lanci, alat perhubungan radio, senjata api dan peluru, kenderaan, kapal terbang, alat bantuan teknik dan sistem teknologi maklumat,” kata beliau.

                  Menurut Hishammuddin sebanyak 35 projek untuk kemudahan kuarters, pejabat dan ubah suai bangunan di bawah ”Bina, Sewa dan Pindah” (BLT) dijangka siap pada tahun depan.

                  "Ianya melibatkan enam kuarters, dua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), sembilan balai polis, tiga Pasukan Gerakan Am (PGA), satu maktab polis, satu pusat latihan polis, satu mes pegawai kanan PDRM, satu lokap dan stor barang kes dan satu pangkalan polis marin,” katanya.

                  Pada masa yang sama, katanya, sebanyak 25 projek pembangunan, 12 projek penambahbaikan dan 12 projek di bawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijangka siap pada tahun yang sama (2010).

                  "25 projek pembangunan tersebut melibatkan lapan pondok polis, 13 balai polis, dua pusat latihan dan dua pangkalan marin. 12 projek penambahbaikan pula melibatkan satu IPK, lima IPD, lima balai polis dan satu maktab polis. Manakala 12 projek di bawah JPM pula melibatkan 12 projek perumahan PDRM,” katanya.

                  - BERNAMA
                  "Saya menyertai Nogold Speakout"

                  Comment


                  • #10
                    Pemotongan levi secara tidak sah perlu dihentikan
                    25/10/2009 12:37pm

                    PETALING JAYA 25 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Jabatan Sumber Manusia mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa di mahkamah terhadap majikan yang terus memotong bayaran levi daripada gaji pekerja asing mereka.

                    Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata beratus-ratus pekerja “ditipu"

                    oleh majikan yang masih berdegil, walaupun mereka telah memperbaharui permit kerja mereka selepas 1 April.

                    Berkuatkuasa dari tarikh itu, levi bagi pekerja asing perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Sebelum ini, walaupun majikan terlebih dahulu membayar levi itu, mereka dibenarkan membuat potongan levi daripada gaji bulanan pekerja.

                    Balasubramaniam berkata minggu lepas, kira-kira 2,500 pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Klang mengadakan “mogok” selama lima jam sebagai bantahan terhadap tindakan pihak pengurusan yang memotong levi.

                    Beberapa aduan serupa turut diterima daripada beberapa tempat di seluruh negara, katanya kepada Bernama.

                    Ketua Pengarah Buruh Datuk Ismail Abdul Rahim sementara itu berkata jabatan itu sedang memantau perkara itu dan mengadakan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada potongan gaji bagi levi secara tidak sah dilakukan.

                    Katanya majikan hanya dibenarkan terus membuat potongan bagi pekerja yang diambil sebelum 1 April, tetapi ini hanya dibenarkan sehingga permit kerja itu tamat.

                    Bagi semua pembaharuan permit dan penggambilan pekerja baru selepas 1 April, majikan perlu membayar levi, katanya.

                    Beliau menasihatkan pekerja yang levi mereka masih dipotong selepas permit kerja mereka diperbaharui supaya membuat laporan di mana-mana pejabat sumber manusia.

                    Katanya rasional disebalik mewajibkan majikan membayar levi adalah untuk tidak menggalakkan mereka menggaji pekerja asing.

                    Levi tahunan yang dikenakan adalah berbeza antara sektor. Bagi sektor pembuatan dan pembinaan ialah RM1,200, restoran (RM1,800) dan pembantu rumah (RM360).

                    — BERNAMA
                    "Saya menyertai Nogold Speakout"

                    Comment


                    • #11
                      Kekangan kewangan jejas usaha dakwah orang asli
                      25/10/2009 12:59pm

                      KOTA BHARU 25 Okt — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu kekangan kewangan merupakan antara punca usaha menyebarkan dakwah Islam di kalangan Orang Asli di negeri ini tidak dapat dilakukan di semua penempatan masyarakat itu.

                      Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanapun, kerajaan negeri sejak sekian lama telah menjalankan beberapa dasar termasuk melatih beberapa Orang Asli sebagai ustaz dan diberi bayaran elaun untuk menyebarkan dakwah Islam di kalangan masyarakat itu.

                      "Kekangan kewangan yang dihadapi menyebabkan tidak semua penempatan tersebut dapat dimasuki dan ia memberi ruang kepada penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka di beberapa pos Orang Asli di seluruh negeri,” katanya.

                      Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) mengenai langkah kerajaan negeri menyebarkan dakwah Islam di kalangan Orang Asli berikutan penganut agama lain kini aktif menyebarkan agama mereka di kalangan masyarakat itu.

                      Mohd Amar berkata penganut agama lain mempunyai sokongan dana yang kukuh untuk menjalankan misi mereka selain bersedia berkahwin dengan pasangan Orang Asli dan tinggal bersama bagi memudahkan penyebaran ajaran agama mereka.

                      Sehubungan itu, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian insentif sebanyak RM10,000 kepada mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang bersedia berkahwin dan tinggal dengan masyarakat Orang Asli sebagai langkah mengukuhkan dakwah Islam.

                      Kerajaan negeri juga menggalakkan Orang Asli menyertai program ladang rakyat dan diberikan bayaran elaun sebagai langkah mendekatkan golongan tersebut kepada Islam, katanya.

                      — BERNAMA
                      "Saya menyertai Nogold Speakout"

                      Comment


                      • #12
                        Julian Simon juarai MotoGP 125cc Malaysia
                        25/10/2009 2:18pm

                        Sepang 25 Okt - Pelumba pasukan Bancaja Aspar Team 125cc, Julian Simon dari Sepanyol menjuarai kelas 125cc pada perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang hari ini.

                        Rakan sepasukannya, Bradley Smith dari Britain ditempat kedua diikuti Pol Espargaro dari pasukan Derbi Racing Team yang menamatkan perlumbaan ditempat ketiga.

                        — BERNAMA
                        "Saya menyertai Nogold Speakout"

                        Comment


                        • #13
                          Rosmah gembira peruntukan bajet 2010 untuk Permata
                          25/10/2009 2:15pm

                          DUBAI 25 Okt — Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.

                          Isteri perdana menteri berkata ini akan membolehkan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi.

                          "Saya gembira dengan perkembangan ini kerana ini bermakna lebih ramai kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, akan dapat belajar di taman didikan kanak-kanak yang baik menggunakan sukatan pelajaran terkini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Ahad.

                          Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM100 juta itu semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

                          Program Permata termasuk usaha untuk menubuhkan pusat-pusat Permata Negara bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

                          - BERNAMA
                          "Saya menyertai Nogold Speakout"

                          Comment


                          • #14
                            Burgada juara Climbathon Kinabalu, Skyrunner World Series
                            25/10/2009 3:16pm

                            KUNDASANG 25 Okt — Kilian Jornet Burgada dari Sepanyol muncul juara acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-23 hari ini, sekaligus merangkul gelaran juara lelaki terbuka bagi siri perlumbaan “Sky Runners World Series 2009”. Burgada mengekalkan gelaran juara dunia pelari gunung dengan catatan masa dua jam, 40 minit dan 41 saat, mengalahkan peserta Jepun Toru Miyahara dengan catatan masa dua jam, 45 minit dan 57 saat.

                            Pelajar universiti berusia 21 tahun itu juga memenangi loket emas sebagai pelari pertama tiba di puncak Gunung Kinabalu dalam perlumbaan sejauh 21 kilometer tersebut.

                            Tempat ketiga disandang peserta negara, Mius Balanting, iaitu dua jam, 53 minit dan 20 saat. Mius berada di tempat ke-6 pada acara Climbathon tahun lepas.

                            Catatan terbaiknya setakat ini menduduki tempat kedua pada 2006.

                            Burgada yang bergelar juara dunia Climbathon sejak 2007, tidak menyangka akan memenangi kejohanan kali ini kerana kecergasannya masih belum pulih sepenuhnya daripada perlumbaan larian 218km “California”s Tahoe Rim Trail” bulan lepas, di mana beliau turut bergelar juara.

                            Bagaimanapun, beliau mengakui Climbathon adalah paling mencabar dalam keseluruhan tujuh siri perlumbaan tersebut, walaupun jaraknya lebih pendek tetapi laluannya adalah lebih curam.

                            Toru, pemenang tempat kedua acara Climbathon tahun lepas, berkata beliau berpuas hati kerana masa catatannya adalah lebih baik pada tahun ini.

                            "Berbanding tahun lepas, saya lewat 1 minit apabila saya tiba di puncak, tetapi 4 minit lebih cepat apabila menuruni,” kata askar berusia 26 tahun ini menerusi jurubahasa di garisan penamat di Taman Kinabalu, di sini.

                            Sementara itu, ia adalah perlumbaan yang mencabar bagi Mius, 39, selepas mengalami kecederaan ringan di kaki kanannya apabila beliau terjatuh sewaktu menuruni bukit kira-kira 4.5 km dari garisan penamat.

                            "Saya terjatuh kerana mahu lari lebih laju kerana khuatir pelari lain akan memotong saya ... Tetapi saya gembira saya berjaya mengekalkan prestasi terbaik,” kata peladang dari Ranau ini yang telah beberapa kali menyertai kejohanan tersebut sejak 2000.

                            Burgada menggondol wang tunai US$4,500 (1 US$

                            RM3.38), sementara Toru dan Mius masing-masing memperoleh US$4,000 dan US$3500.

                            Climbathon Sabah adalah perlumbaan akhir bagi siri perlumbaan “Sky Runners World Series” 2009, yang meliputi tujuh perlumbaan bermula di Costa Rica, Sepanyol, Andorra, Itali, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

                            — BERNAMA
                            "Saya menyertai Nogold Speakout"

                            Comment


                            • #15
                              Malaysia berada di landasan untuk realisasikan AFTA 2010
                              25/10/2009 3:17pm

                              HUA HIN 25 Okt — Malaysia berada di landasan untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 1 Jan, 2010 berikutan hanya tinggal 89 produk yang masih belum dimansuhkan tarif.

                              Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata purata duti import pada masa ini ialah 1.04 peratus berbanding dengan kira-kira 20 peratus pada 1992 semasa AFTA diwujudkan.

                              "Kami masih belum mencapai 100 peratus tetapi ini adalah perkara biasa kerana setiap negara mempunyai senarai barangan sensitif masing-masing,” katanya.

                              Mustapa berkata Malaysia komited untuk memansuhkan duti import ke atas 2,123 produk, mengurangkan duti import kepada 5 peratus bagi barangan sensitif seperti buah-buahan tropika, tembakau dan produk tembakau serta mengurangkan duti import bagi beras dan produk beras kepada 20 peratus.

                              "AFTA bukan hanya membawa banyak faedah kepada sektor perniagaan, tetapi juga kepada rakyat. Rakyat biasa kini boleh membeli produk-produk dari negara Asean pada kos lebih murah daripada sebelumnya,” katanya kepada pemberita Malaysia di luar Sidang Kemuncak Asean Ke-15 di sini.

                              - BERNAMA
                              "Saya menyertai Nogold Speakout"

                              Comment

                              Working...
                              X