Announcement

Collapse
No announcement yet.

[23/10/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [23/10/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    'Menantu Tan Sri' kaki penipu - Menyamar pesara tentera laut, pandu kereta mewah perdaya mangsa

    Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
    [email protected]

    KUALA LUMPUR - Sekali imbas, lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Jo' (bukan nama sebenar) ini memang petah berbicara dan mendakwa pula menantu kepada seorang bergelar Tan Sri - salah seorang pemegang saham sebuah syarikat pemaju terkenal di ibu kota.

    Dengan sentiasa berpakaian kemas, lelaki ini juga membawa bersama isterinya yang didakwa seorang doktor di sebuah hospital kerajaan serta dua orang anaknya berumur tiga dan lima tahun pada setiap kali urusan membeli dan menjual kereta terpakai dipercayai sebagai taktik untuk meyakinkan mangsa.

    Namun siapa sangka, watak dan cerita yang dijaja oleh lelaki yang hanya bekerja sebagai jurujual kereta terpakai itu merupakan helah semata-mata dan mempunyai niat jahat untuk memerangkap orang ramai yang hendak membeli atau menjual kereta terpakai.

    Kata-kata manis dan ayat-ayat power yang diungkapkan itu tidak lebih sebagai 'senjata' untuk memerangkap dan menipu 12 orang mangsa sebelum melesapkan kira-kira RM100,000 wang mereka.

    Menantu Tan Sri temberang itu juga menggunakan taktik lain dengan menyamar sebagai pesara anggota tentera laut berpangkat Pegawai Memerintah untuk menggoda mangsa.

    Salah seorang daripada mangsa terbabit, Ramadzan Omar, 39, berkata, dia hampir menjadi mangsa penipuan itu setelah termakan pujukan 'Jo' ketika mahu menjual kereta milik abangnya pada awal September lalu.

    "Selang seminggu berjumpa dengannya, saya beri kereta dan geran milik abang saya kepadanya dan dia kata akan uruskan semua urusan menjual kereta berkenaan," ceritanya kepada Kosmo! di sini semalam.

    Menurut Ramadzan, 'Jo' berjanji akan menyerahkan wang berjumlah RM30,000 hasil jualan kereta milik abang saya itu di sebuah pusat beli-belah di Cheras, dekat sini pada 13 Oktober lalu.

    "Apabila saya sampai di situ, rupa-rupanya ada ramai lagi mangsa yang sudah ditipu oleh lelaki berkenaan termasuk beberapa orang dari Terengganu. Kami tunggu dari pukul 3 petang hingga 11 malam tetapi langsung tidak nampak kelibatnya," tambahnya.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Scorpene dibeli bukan melalui tender terbuka


    KUALA LUMPUR - Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh.

    Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika memberitahu Dewan Rakyat semalam berkata, keadaan yang sama juga diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil.

    "Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tidak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam," katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

    Kor Ming turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu.

    Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

    Comment

    Working...
    X