Announcement

Collapse
No announcement yet.

[22/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [22/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Monorel Makkah beroperasi tahun depan

    MAKKAH: Perkhidmatan monorel yang menghubungi bandar Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah akan bermula secara berperingkat pada musim haji tahun depan sebelum beroperasi sepenuhnya pada 2011.

    Menurut laporan Jawatankuasa Haji Arab Saudi yang dipetik akhbar Arab News, 35 peratus projek bernilai 5.6 bilion riyal (RM5.6 bilion) itu akan siap untuk digunakan pada 2010 dan pada kemampuan sepenuhnya setahun kemudian.

    Kemudahan rel sepanjang 18.1 kilometer itu berupaya mengangkut sehingga 72,000 penumpang sejam.

    Selepas siap sepenuhnya, perkhidmatan kira-kira 53,000 bas dan kenderaan lain yang digunakan sekarang untuk mengangkut jemaah akan dihentikan.

    “Monorel ini tidak akan menjejaskan perkhemahan di Mina. Topografi tanah juga diambil kira dalam mereka bentuk projek ini,” kata jawatankuasa itu.

    Lebih 5,000 buruh, juruteknik dan jurutera dari China berusaha 24 jam menyiapkan projek monorel yang menghubungi empat bandar berkenaan.

    Terminal utama monorel itu ialah di Jalan Makkah-Taif berhampiran Universiti Umm Al-Qura.

    Ketinggian landasan adalah pada paras lapan hingga 10 meter untuk membolehkan trafik di bawahnya lancar. - Agensi
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    Bekas Presiden Argentina hadapi tuduhan rasuah



    BUENOS AIRES: Bekas Presden Argentina, Fernando De la Rua akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memberi rasuah bagi membolehkan Undang-Undang Buruh negara itu yang disokong Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), diluluskan pada 2000.

    Tuduhannya sudah didengar di mahkamah tetapi tarikh perbicaraan belum ditetapkan lagi.

    De La Rua, yang mengetuai negara itu mulai 1999 hingga 2001, dituduh memperoleh wang AS$5 juta untuk merasuah ahli kongres bagi memastikan rang undang-undang buruh yang mengehadkan hak pekerja, diluluskan di Parlimen.

    Pada masa sama, IMF menuntut Argentina untuk melakukan reformasi terhadap sistem undang-undang buruh yang berkualiti bagi memastikan badan itu terus memberikan bantuan kewangan.

    De la Rua, 72, didesak supaya meletakkan jawatan pada 2001 yang ketika ini menyaksikan Argentina mengalami krisis kewangan yang parah.

    Seramai 30 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan ketika kemuncak krisis dan tuntutan supaya Presiden meletakkan jawatan.
    Ketika dakwaanya disebut di mahkamah, De la Rua berulang-ulang menafikan tuduhan melakukan rasuah dan mendakwa beliau menjadi mangsa politik. - AFP

    Comment


    • #3
      Harga minyak mentah cecah AS$82 setong



      NEW YORK: Harga minyak mentah dunia terus melonjak ke paras tertinggi tahun ini, iaitu AS$82 setong semalam.

      Kontrak hadapan New York bagi minyak 'light sweet crude' untuk pengagihan bekalan Disember naik AS$2.25 untuk ditutup kepada AS$81.37 setong.

      Ketika dagangan semalam, harganya mencapai AS$82.00 setong, paras tertinggi pernah dicatat sejak Oktober 2008.




      Kontrak London Brent North Sea untuk pengagihan bekalan Disember pula menyaksikan harga meningkat AS$2.45 kepada AS$79.69 setong.

      Selain disebabkan kelemahan mata wang Dollar AS ketika ini, minyak mentah melonjak berikutan laporan bekalan mingguan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan bahawa rizab minyak negara itu sudah menyusut 2.3 juta tong seminggu sejak 16 Oktober lalu. - AFP

      Comment


      • #4
        Singapura lantik bekas hakim ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean



        SINGAPURA: Kerajaan Singapura melantik seorang bekas hakim kanan daerah, Richard R Magnus sebagai wakilnya ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).

        AICHR adalah sebuah badan Asean yang ditubuhkan selaras dengan Piagam Asean, sebagai institusi yang berkaitan hak asasi manusia yang bertanggungjawab bagi memupuk dan melindungi aspek mengenai perkara itu di negara anggota perkumpulan serantau berkenaan.

        Penubuhannya secara rasmi akan disempurnakan pemimpin negara Asean pada Sidang Kemuncak Asean ke-15 di Thailand esok, sebagai susulan kepada kelulusan oleh Menteri-menteri Luar Asean terhadap Terma Rujukan bagi AICHR pada Mesyuarat ke-42 Menteri-menteri Luar Asean di Phuket, Thailand, Julai lalu.

        Magnus bersara sebagai hakim kanan Daerah selepas berkhidmat selama 40 tahun dengan perkhidmatan perundangan Singapura, menurut Kementerian Luar Singapura, hari ini. - Bernama

        Comment


        • #5
          Gempa 6.1 Richter landa Panama



          WASHINGTON: Gempa kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan Panama, awal hari ini, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

          Gempa itu berpusat di 179 kilometer (km) di bandar David, barat laut Panama dan 410km dari barat daya Bandaraya Panama. - AFP

          Comment


          • #6
            Gempa 6.1 Richter landa Panama



            WASHINGTON: Gempa kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan Panama, awal hari ini, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

            Gempa itu berpusat di 179 kilometer (km) di bandar David, barat laut Panama dan 410km dari barat daya Bandaraya Panama. - AFP

            Comment


            • #7
              Tian Chua didapati bersalah gigit anggota polis



              KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebentar tadi didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, dua tahun lalu.

              Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dituduh menggigit konstabel Rosyaidi Anuar, 22, ketika ditahan dalam perhimpunan haram di Parlimen.

              Majistret Mohd Faizi Che Abu dijangka memutuskan bentuk hukuman selepas ini.

              Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, dituduh mencederakan Rosyaidi ketika dia sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen, 11 Disember 2007.

              Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

              Comment


              • #8
                Tian Chua didapati bersalah gigit anggota polis



                KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebentar tadi didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, dua tahun lalu.

                Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dituduh menggigit konstabel Rosyaidi Anuar, 22, ketika ditahan dalam perhimpunan haram di Parlimen.

                Majistret Mohd Faizi Che Abu dijangka memutuskan bentuk hukuman selepas ini.

                Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, dituduh mencederakan Rosyaidi ketika dia sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen, 11 Disember 2007.

                Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

                Comment


                • #9
                  Tian Chua didapati bersalah gigit anggota polis



                  KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebentar tadi didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, dua tahun lalu.

                  Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dituduh menggigit konstabel Rosyaidi Anuar, 22, ketika ditahan dalam perhimpunan haram di Parlimen.

                  Majistret Mohd Faizi Che Abu dijangka memutuskan bentuk hukuman selepas ini.

                  Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, dituduh mencederakan Rosyaidi ketika dia sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen, 11 Disember 2007.

                  Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

                  Comment


                  • #10
                    4,000 pengguna komuter terkandas, kereta terhumban di laluan Subang Jaya



                    KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter antara Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur terjejas apabila sebuah Naza Ria terhumban ke salah satu laluan di Kilometer 17, dekat Subang Jaya, pagi tadi.

                    Perkhidmatan tren itu tergendala sepenuhnya mulai jam 7.30 hingga 8 pagi dan ketika ini perjalanan setiap tren lewat antara 10 hingga 15 minit disebab hanya satu laluan boleh digunakan.

                    Kenyataan Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyebut lebih 4,000 pengguna terjejas disebabkan kejadian itu.

                    Sementara itu, pemandu dan seorang penumpang Naza terbabit dilaporkan parah, termasuk patah kaki selepas kereta menjunam ke laluan komuter.

                    Comment


                    • #11
                      Pesalah dikesan dalam laporan audit akan dikena tindakan: PM



                      PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.

                      "Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan," kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan pada taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

                      Najib berkata, sebagai sebahagian daripada amalan kerajaan yang baik, kerajaan perlu memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi baik tetapi bertindak terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

                      Katanya, beliau yakin keadaan akan menjadi lebih baik dengan adanya Petunjuk Prestasi Utama dan Bidang Keberhasilan Utama yang diumumkan awal tahun ini untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

                      Baru-baru ini, Najib melantik bekas pengarah urusan Penerbangan Malaysia, Datuk Seri Idris Jala, sebagai menteri yang mengetuai sebuah unit memantau Petunjuk Prestasi Utama. - Bernama

                      Comment


                      • #12
                        Kelindan lori maut dihempap batu kuari



                        IPOH: Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera parah apabila lori mereka yang membawa muatan batu kuari terbalik di KM16 Jalan Ipoh-Cameron Highlands dekat Pos Slim di sini, hari ini.

                        Mohd Hafiz Mahasan, 18, yang berasal dari Gua Musang Kelantan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

                        Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu lori terbabit dikatakan hilang kawalan ketika menuruni bukit menyebabkan lori yang membawa dua ketulan besar batu kuari itu terbalik dan menghempap mereka.

                        "Pemandu lori, Sharizan Abdul Rahman, 24, yang berasal dari Shah Alam cedera parah di kepala dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun," katanya ketika dihubungi hari ini.

                        Mayat kelindan lori itu dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat. - Bernama

                        Comment


                        • #13
                          Syor sekolah satu aliran capai matlamat 1Malaysia



                          BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus, Tan Sri Khoo Kay Kim.

                          Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

                          Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

                          "Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

                          Khoo berkata, beliau menjangkakan akan ada pihak yang membantah cadangan itu tetapi mereka ini perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan negara bangsa.

                          Katanya, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
                          "Jadi, British benarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri.

                          "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya.

                          Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

                          Katanya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.
                          "Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan dan lihatlah bagaimana negara kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya. - Bernama

                          Comment


                          • #14
                            Sejuta telur ayam untuk mangsa gempa Padang



                            KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang membuat persediaan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) untuk menghantar sejuta biji telur ayam bernilai kira-kira RM300,000 kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

                            Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata telur itu sumbangan Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), perlu dihantar segera kerana ia hanya mampu bertahan selama tiga minggu selepas tarikh penghantaran.

                            "Kita difahamkan mangsa di Padang kini kekurangan telur...atas sebab itu, kita memberi sumbangan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan telur ayam kepada kerajaan Indonesia yang diwakili Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar, di sini, hari ini.

                            Noh berkata, FLFAM juga bersedia menghantar telur tambahan jika ada permintaan daripada pihak berkuasa di Padang.

                            Selain itu, katanya FLFAM akan turut memberi bantuan kepada mangsa banjir di Filipina.

                            Terdahulu, Da'i Bachtiar berkata Malaysia sentiasa menjadi negara pertama yang menghulurkan bantuan setiap kali berlakunya bencana alam di Indonesia.
                            "Saya ucapkan terima kasih kepada persatuan bukan kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia atas segala bantuan yang terus mengalir...yang sentiasa memberi sokongan bantuan berupa tenaga kepada mangsa, kemudian berupa barang-barangan," katanya.

                            Beliau berkata, semua sumbangan yang diterima akan diuruskan pengagihannya kepada mangsa oleh sebuah pasukan petugas. - Bernama

                            Comment


                            • #15
                              Jangan perbesar isu sejadah 'berdiri': Jamil Khir



                              KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, tidak mahu isu sejadah berdiri yang hakikat kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini tidak diperbesar-besarkan oleh masyarakat Islam negara ini.

                              "Cerita itu adalah cerita yang ada persoalan besar untuk ditanya kebenarannya, sejadah berdiri di sekolah, di Pasir Mas dan sebagainya, kejadian itu tak dibuktikan bagaimana ia berlaku, gambar pun tak diambil, orang pun tak nampak cuma alih-alih sejadah sudah berdiri...ia tak perlu diperbesarkan.

                              "Dalam hal ini jika ia benar berlaku...kalau ada orang nampak, itu adalah kebesaran Tuhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini.

                              Beliau mengulas kejadian sejadah berdiri yang berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini.

                              Jamil Khir berharap, perkara yang berkaitan dengan khurafat yang boleh memesongkan akidah seseorang tidak dijadikan alat untuk menyedarkan masyarakat.

                              "Saya tak hairan pun ada sejadah berdiri, yang saya heran dan pelik apabila ada sejadah tapi tak ada orang berdiri sembahyang, kita kesal...nak menyedarkan masyarakat kita kena bawa hal yang pelik-pelik," katanya.
                              Katanya, tindakan boleh diambil jika terbukti ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kejadian itu dengan niat untuk mencipta kekalutan dan mengganggu pemikiran masyarakat di negara ini.

                              Pameran itu yang bermula hari ini dan berakhir 22 Januari tahun depan adalah pameran yang menghimpunkan pelbagai kisah menarik dan pengalaman jemaah haji dari seluruh dunia sejak 1,400 tahun lalu. - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X