Announcement

Collapse
No announcement yet.

(19 Oct 2009) Bolasepak... Pemain, Pasukan & Liga

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • (19 Oct 2009) Bolasepak... Pemain, Pasukan & Liga

    Bolasepak... satu perkara yang umum sudah ketahui, mempunyai jutaan peminat di semua negara dan setiap aksi pasukan dan pemain kegemaran akan diulas samada pasukan itu menang atau kalah.

    OK, disini saya bukan ingin berbicara tentang pemain atau pasukan tetapi saya ingin meminta pendapat kalian semua tentang liga itu sendiri, tidak kira BPL di England, La Liga di Sepanyol ataupun Bundesliga di Germany (sekadar menyebut beberapa sahaja)

    Apa yang saya mahukan ialah kenapa anda kagum dengan liga tersebut, adakah kerana terdapat pasukan kegemaran anda? atau anda merupakan peminat fanatik liga itu sendiri tidak kira pasukan apa pun yang bermain, atau juga kerana pengurusan liga itu sendiri yang pandai menjenama liga mereka ke seluruh pelusuk dunia.

    Lagi satu sebagai tambahan dan bonus untuk anda (kelebihan untuk menang). Apa yang anda inginkan didalam liga Malaysia?

    Jom, kita bincangkan, jangan risau, tajuk ini akan berjalan sepanjang minggu ini.

    I LOVE What I Do

  • #2
    Pendapat saya:
    Saya bukanlah fan mana-mana kelab bolasepak tertentu malah jika hendak dikatakan saya juga jarang tengok mana-mana perlawanan bolasepak.
    Saya biasanya cuma tengok jika ada kawan, member atau abang saya ajak tengok skali.
    Cuma biasanya saya akan cuba tengok jika perlawanan tersebut merupakan pertembungan antara pasukan-pasukan yang hebat seperti Chelsea vs ManU ke, Real Madrid vs Barca ke dll.
    Dan biasanya saya menonton perlawanan-perlawanan ini sebab mahu lihat gaya permainan yang menarik serta hebat + skill. Tidak dilupakan bila pertembungan antara dua pasukan besar biasanya akan menonjolkan perlawanan yang sengit antara kedua pasukan dengan masing-masing menggunakan skill masing-masing sehabis baik.

    Tetapi jika hendak disebut antara liga terbaik saya boleh katakan EPL atau skrg lebih dikenali sebagai BPL (maaf saya xbrp update dgn liga2 nih) sebab jika kita tengok perlawanan yang dianggap biasa pun kadangkala boleh berubah apabila pasukan yang disangka akan kalah mudah dengan tiba-tiba sahaja menunjukkan kehebatan melawan pasukan-pasukan besar. Malah kadangkala berakhir dengan kekalahan pasukan besar tersebut. Ini antara sedikit perkara yang saya boleh katakan menjadi punca ramai suka menonton BPL.
    Contoh:
    Burnley vs ManU dimana sebelum perlawanan ramai menjangka ManU akan menang mudah namun berakhir dengan kekalahan ManU.

    Antara faktor lain saya rasa ramai sukakan BPL adalah kerana tidak terduga keputusannya.
    Contoh:
    ManU vs ManCity dimana pada minit ke 96 Michael Owen menjaringkan gol kemenangan dan terus tamat masa sebaik sahaja gol dimasukkan oleh Owen.
    Saya masih teringat pada minit ke 90 saya telah mula bergerak dari depan TV untuk tidur dan telah menjangka bahawa ManU akan seri dengan ManCity. Namun tidak diduga sama sekali pada saat-saat akhir ada lagi gol berjaya dijaringkan.

    Perkara-perkara ini rasanya menjadi antara punca liga BPL begitu menarik perhatian kerana semangat pemain-pemain mereka kebiasaannya bagai tak kunjung habis. Sampai ke saat akhir pun masih berusaha untuk bermain dan mencuba nasib.

    Untuk liga Malaysia saya rasa mereka perlukan ini:
    -singkirkan pihak-pihak yang tidak berkenaan dengan sukan dari pengurusan FAM & FA negeri. Masuknya pihak-pihak yang bukan ahli (cth: ahli politik) hanya menjejaskan kredibiliti FAM & FA dengan "politiking" yang dibawa bersama-sama mereka.
    Gantikan dengan mereka yang ahli (yg sememangnya berpengalaman dalam bola sepak sama ada pernah bermain secara profesional ataupun pernah terlibat secara langsung sebagai referee dll.)
    -wujudkan akademi bolasepak bermula dari usia 9 tahun (sekurang2nya).
    Dengan ini kita akan dapat latih bakat baru sejak dari kecil lagi.
    -ubah & kuatkan mentaliti pemain Malaysia.
    Bahagian ini saya dapati adalah sangat serius dalam bolasepak Malaysia. Kadangkala jika bermain dengan pasukan yang lebih hebat saja sudah nampak gaya putus harapan dari awal2 lagi.

    Ini sahaja yang dapat saya cadangkan untuk memperbaiki bolasepak Malaysia. Tetapi jika hendak dilakukan pun adalah sangat sukar kerana dari pemerhatian saya, Malaysia ada banyak bakat dalam bolasepak namun kebanyakan yang berbakat dalam bolasepak juga pandai dari segi akademik dan akhirnya memilih untuk meneruskan pelajaran & memilih karier selain dari menjadi pemain bolasepak.
    |huh|

    Comment

    • #3
      mana org len nih?
      aku siap post dlu walaupun aku xde point lgsg.
      huhuhuhu.
      |huh|

      Comment

      • #4
        Originally posted by angelus View Post
        Bolasepak... satu perkara yang umum sudah ketahui, mempunyai jutaan peminat di semua negara dan setiap aksi pasukan dan pemain kegemaran akan diulas samada pasukan itu menang atau kalah.

        OK, disini saya bukan ingin berbicara tentang pemain atau pasukan tetapi saya ingin meminta pendapat kalian semua tentang liga itu sendiri, tidak kira BPL di England, La Liga di Sepanyol ataupun Bundesliga di Germany (sekadar menyebut beberapa sahaja)

        Apa yang saya mahukan ialah kenapa anda kagum dengan liga tersebut, adakah kerana terdapat pasukan kegemaran anda? atau anda merupakan peminat fanatik liga itu sendiri tidak kira pasukan apa pun yang bermain, atau juga kerana pengurusan liga itu sendiri yang pandai menjenama liga mereka ke seluruh pelusuk dunia.

        Lagi satu sebagai tambahan dan bonus untuk anda (kelebihan untuk menang). Apa yang anda inginkan didalam liga Malaysia?

        Jom, kita bincangkan, jangan risau, tajuk ini akan berjalan sepanjang minggu ini.
        Liga yang saya ikuti adalah Liga Perdana Inggeris. Selain dari persembahannya, saya kagum keatas sambutan peminat pasukan itu sendiri. Tak kira division mana sekalipun pasukan itu berada, peminat masih pergi menonton perlawanan yang diadakan. Bolasepak merupakan salah satu hiburan yang betul2 dinikmati oleh peminat mereka. Maka tidak hairan lah sekiranya semasa musim perayaan seperti krismas & boxing day, stadium masih dipenuhi oleh peminat.

        Apa yang saya harapkan dalam Liga Malaysia ialah FAM tidak perlu memberi bantuan kepada kelab2 yang bertanding supaya kelab2 ini tidak terlalu manja. Mereka perlu mencari penaja sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada geran yang diberi FAM. Cuma diharap FAM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan membina lebih banyak stadium2 di daerah2 dan mengadakan liga kecil dan akhirnya pasukan2 ini dapat bertanding hingga Liga Malaysia
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment

        • #5
          Originally posted by angelus View Post
          Apa yang saya mahukan ialah kenapa anda kagum dengan liga tersebut, adakah kerana terdapat pasukan kegemaran anda? atau anda merupakan peminat fanatik liga itu sendiri tidak kira pasukan apa pun yang bermain, atau juga kerana pengurusan liga itu sendiri yang pandai menjenama liga mereka ke seluruh pelusuk dunia.

          Lagi satu sebagai tambahan dan bonus untuk anda (kelebihan untuk menang). Apa yang anda inginkan didalam liga Malaysia?

          Jom, kita bincangkan, jangan risau, tajuk ini akan berjalan sepanjang minggu ini.
          Saya sebagai peminat setia team Liverpool semenjak zaman kanak-kanak lagi sentiasa mengikuti perkembangan semasa EPL skrg (BPL).. mmg tidak dinafikan kelebihan utama BPL ialah promosi yg cukup kuat dan membawa pengaruh yg besar diseluruh dunia.. walaupun mungkin liga-liga seperti liga sepanyol, german atau pun itali mempunyai kualiti yg sama atau hampir sama tetapi pengaruh BPL lebih besar kerana kecekapan pengurusan liga itu.

          bila sebut tentang liga malaysia, (maaf saya sudah hampir 5 thn tidak mengikuti perkembangan secara langsung, hanya sekadar secara sipi-sipi) bukan tidak bersifat patriotik tp sebenarnya lebih kepada luahan rasa kecewa kerana prestasi dan tahap permainan liga malaysia semakin merudum dr tahun ke tahun.. malah bilangan penonton ke stadium pun barangkali amat menyedihkan.. kerana apa? penonton malaysia sudah muak dgn kerenah FAM dan taraf permainan liga malaysia. apa yg perlu dibuat skrg ialah rombakan perubahan struktur besar-besaran dalam FAM.. lantiklah dr kalangan profesional dan mereka yg betul2 berminat ingin menaikkan taraf bola sepak malaysia.. jauhkan unsur-unsur politik... cari pemain dr peringkat awal usia 9 thn lagi.. wujudkan sekolah/akademi bola sepak secara serius dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di jamban.. pemilihan pemain akar umbi yg benar2 telus dan bukan berdasarkan kronism.. pastu pasukan kelab perlu mencari dana yg secukupnya.... sokongan kerajaan dan bdn korporat diperlukan jika kita serius utk mengembalikan zaman kegemilangan... ubah mentaliti dan motivasi pemain2 yg ada skrg.....

          Comment

          • #6
            Originally posted by azmimazda View Post

            sebenarnya pencarian bakat dari usia muda telah dijalankan. Boleh dikatakan ramai pemain muda berbakat telah dihasilkan. Remaja kita menunjukkan prestasi cemerlang diperingkat kejohanan bawah 15tahun dan sebagainya.

            Namun bila melangkah kaki ke kancah Liga Malaysia maka bermula lah era kejatuhan mereka bukannya era kegemilangan. Ibarat lebih kepada syok2 sendiri je. Perasan star dan malas meningkatkan prestasi
            "Saya menyertai Nogold Speakout"

            Comment

            • #7
              Originally posted by tennoajak View Post
              sebenarnya pencarian bakat dari usia muda telah dijalankan. Boleh dikatakan ramai pemain muda berbakat telah dihasilkan. Remaja kita menunjukkan prestasi cemerlang diperingkat kejohanan bawah 15tahun dan sebagainya.

              Namun bila melangkah kaki ke kancah Liga Malaysia maka bermula lah era kejatuhan mereka bukannya era kegemilangan. Ibarat lebih kepada syok2 sendiri je. Perasan star dan malas meningkatkan prestasi
              sebab itu kena tanam disiplin yg ketat, motivasi tinggi mcm player2 korea dan jepun... diaorang serius nk membangunkan bola sepak.. padahal dulu kita adalah setaraf dgn mereka tetapi di mana kita skrg? bakat2 muda perlu digilap dan dijaga dgn betul....

              Comment

              • #8
                double post la pulak.. tenet sengal... apa pun bola sepak malaysia masih ada peluang utk kembali bersaing.. lakukan anjakan dan rombakan besar-besaran dlm pentadbiran FAM...

                Comment

                Working...
                X