Announcement

Collapse
No announcement yet.

[19/10/2009] : UTUSAN | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [19/10/2009] : UTUSAN | Berita2 Semasa

    Sumbangan RM110,000 kepada 11 pertubuhan kebajikan wanita oleh kerajaan Negeri Perak


    KERAJAAN Negeri Perak menyampaikan sumbangan RM110,000 kepada 11 pertubuhan kebajikan wanita di negeri itu, semalam. Setiap pertubuhan menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

    Sumbangan itu disampaikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga Pengerusi Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri). Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Antara yang menerima sumbangan tersebut adalah Persatuan Ibu Tunggal Cekal Perak, Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Bukit Gantang dan Sikh Single Mother Association.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  • #2
    ‘Where the Wild Things Are’ dahului box office
    19/10/2009 3:13am

    LOS ANGELES 19 Okt. - Peminat filem nampaknya amat teruja untuk menjelajah ke ‘Where the Wild Things Are’.

    Filem aksi adaptasi dari buku bergambar karya Maurice Sendak mendahului box office dengan kutipan AS$32.5 juta (RM111 juta) pada hujung minggu pertama.

    Filem tersebut diikuti dengan filem lakonan Jamie Foxx dan Gerard Butler iaitu ‘Law Abiding Citizen’ yang mengutip AS$21.3 juta (RM72.7 juta).

    Sementara itu filem seram bajet rendah ‘Paranormal Activity’ menduduki tempat ketiga dengan AS$20.2 juta (RM69.0 juta). - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

    Comment


    • #3
      Iran panggil utusan Pakistan berkenaan bom
      19/10/2009 3:13am

      TEHERAN 19 Okt. - Iran mengarahkan kehadiran utusan Islamabad ke Teheran ekoran kejadian serangan bom ke atas Kor Pengawal Revolusi Iran yang berlaku semalam.

      Agensi berita ISNA berkata, Kementerian Luar Iran mendakwa serangan tersebut dilancarkan dari tanah Pakistan. - AFP
      "Saya menyertai Nogold Speakout"

      Comment


      • #4
        Lapan mati, 29 cedera dalam dua serangan bom di Baghdad
        19/10/2009 3:13am

        BAGHDAD 19 Okt. - Dua kejadian serangan bom di sini mengorbankan sejumlah lapan orang dan mencederakan 29 yang lain.

        Salam satu daripada letupan tersebut berpunca daripada sebuah kereta yang menyebabkan lima orang mati dan 15 lagi tercedera.

        Kejadian kedua pula berpunca daripada sebuah bom yang dilekatkan pada sebuah motosikal. - Reuters
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment


        • #5
          Button juara dunia Formula Satu
          19/10/2009 3:13am

          SAO PAULO, Brazil 19 Okt. – Pelumba Britain, Jenson Button muncul juara dunia kereta Formula Satu (F1) 2009 biar pun sekadar menduduki tempat kelima pada Grand Prix Brazil, semalam.

          Walaupun mempunyai satu lagi pu singan di GP Abu Dhabi selepas ini, namun Button tidak mampu disekat lagi untuk menjadi pelumba ke-10 negaranya pernah mengecapi gelaran ini.

          Paling manis kejayaan itu diciptanya dengan memintas satu demi satu pen cabar lain selepas terpaksa bermula di petak ke-14.

          “We are the champions (Kami adalah juara),” Button kedengaran menyanyi melalui tempat duduk pemandu ketika melintasi garisan penamat.

          Pelumba berusia 29 tahun itu turut memberitahu BBC selepas perlumba an: “Ia satu yang menakjubkan te rutama beberapa minggu lalu. Ia satu perlumbaan paling menarik – Saya juara dunia!

          “Ketika saya memasuki jentera 21 tahun lalu, saya tidak pernah terfikir untuk jadi juara dunia – tapi kita berjaya lakukan hari ini,” katanya lagi. - Agensi
          "Saya menyertai Nogold Speakout"

          Comment


          • #6
            Hari Malaysia cuti awam 2010 - Najib
            19/10/2009 11:24am

            KUALA LUMPUR 19 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Hari Malaysia akan disambut mulai 16 September 2010 sebagai cuti awam untuk seluruh negara.

            Dengan demikian, kata Perdana Menteri, rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

            Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini. - Utusan
            "Saya menyertai Nogold Speakout"

            Comment


            • #7
              Perpaduan negara perlukan maklumbalas orang ramai
              19/10/2009 11:31am

              PUTRAJAYA 19 Okt. — Kerajaan meminta orang ramai memberikan maklumbalas dan idea mengenai cara-cara memperbaiki perpaduan negara di Malaysia.

              Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, maklumbalas dan cadangan yang diterima daripada orang ramai akan membantu dalam perbincangan mengenai perpaduan dan 1Malaysia pada sesi penjanaan idea atau "makmal".

              Maklumbalas diperlukan bagi Program Transformasi Kerajaan yang diketuai Unit Pengurusan Pencapaian dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri (Pemandu) yang boleh diperoleh dalam laman web Pemandu www.transformation.gov.my melalui e-mel [email protected].

              Orang ramai boleh juga menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala di Blok Barat, Aras 3, Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya, menurut kenyataan pejabat Koh di sini hari ini.

              Melalui makmal, kerajaan merancang menyediakan penyelesaian radikal, praktikal dan inovatif untuk mencapai dan mempromosikan perpaduan negara dan keharmonian sosial di negara.

              Usaha itu untuk mempromosikan perpaduan negara bagi pembinaan negara selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Kini Pencapaian,” dan pengwujudan “Satu Impian, Satu Rakyat, Satu Negara”.

              Tambahan kepada perpaduan negara, Pemandu juga ingin mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai mengenai enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) — mengurangkan jenayah, membasmi rasuah, meluaskan akses kepada kemampuan dan kualiti pendidikan, meningkatkan mutu kehidupan golongan miskin, memperbaiki infrastruktur di kawasan luar bandar dan memperbaiki pengangkutan awam. - Bernama
              "Saya menyertai Nogold Speakout"

              Comment


              • #8
                Permohonan Norish Karman ditolak
                19/10/2009 12:36pm

                SHAH ALAM 19 Okt. - Permohonan pelakon Norish Karman untuk membekukan aset-aset yang disenarai sebagai harta sepencarian bersama bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

                Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad turut menolak permohonan untuk perintah injunksi ex-parte yang diperoleh Hashimuddin menghalang Norish membawa anak-anak berjumpa lelaki yang didakwa teman istimewanya.

                Beliau bagaimanapun mengarahkan Hashimuddin membayar nafkah sementara sebanyak RM700 untuk tiga anak, sewa rumah RM2,000, wang saku, keperluan harian serta menyediakan sebuah kereta dan seorang pemandu untuk keperluan anak-anak - Utusan.
                "Saya menyertai Nogold Speakout"

                Comment


                • #9
                  Dua maut dalam pergaduhan sambutan Deepavali
                  19/10/2009 2:21pm

                  Oleh ASSIM HASSAN

                  KUALA LUMPUR 19 Okt. – Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas diserang beberapa lelaki ketika menghadiri sambutan Deepavali di sebuah taman perumahan di Desa Petaling di sini awal pagi ini.

                  Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara dua kumpulan.

                  Difahamkan, salah seorang daripada suspek yang terlibat ditahan pihak polis di tempat kejadian. – Utusan.
                  "Saya menyertai Nogold Speakout"

                  Comment


                  • #10
                    Pelakon rentung dalam kemalangan maut semalam
                    19/10/2009 2:25pm

                    KOTA BHARU 19 Okt. - Salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu - Kuala Krai di Kampung Bunut Payung di sini semalam adalah pelakon filem Black Maria, Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22.

                    Pelakon yang lebih mesra dikenali sebagai Dayana Kamal itu turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku dan Ayah Kami.

                    Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu. - Utusan
                    "Saya menyertai Nogold Speakout"

                    Comment


                    • #11
                      Pasukan perubatan Tabung Haji sedia hadapi H1N1

                      19/10/2009 2:50pm

                      MADINAH 19 Okt. - Pasukan Petugas Perubatan Tabung Haji dilengkapi dengan tenaga pakar serta peralatan yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kalangan 26,000 jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini.
                      Pengarah Operasi Kesihatan Tabung Haji di Madinah, Dr. Wan Mansor Wan Hamzah berkata, secara umumnya semua petugas Tabung Haji serta jemaah haji telah diberikan suntikan vaksin “Meningococcal Quadrivalent” iaitu suntikan bagi pencegahan radang paru-paru yang merupakan suntikan wajib yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
                      Selain itu, suntikan tambahan bagi mencegah penyakit selesema bermusim juga diberikan kepada semua petugas dan jemaah haji Malaysia sebagai menggantikan suntikan vaksin mencegah selesema H1N1, katanya kepada pasukan media Malaysia di sini yang membuat liputan sepanjang musim haji tahun ini.
                      "Oleh kerana vaksin mencegah selesema H1N1 masih belum didapati, kerajaan Arab Saudi telah bersetuju agar jemaah haji Malaysia mendapatkan suntikan selesema bermusim sebagai ganti,” katanya.
                      Beliau berkata, sungguhpun kedua-dua suntikan itu telah diberikan, namun jemaah haji Malaysia hendaklah sentiasa berwaspada sewaktu melakukan amalan haji kerana pada waktu itu mereka akan bercampur dengan jemaah haji dari seluruh dunia terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei. - Bernama

                      Comment


                      • #12
                        Kerajaan disyor tawar PR kepada bekas rakyat Malaysia

                        19/10/2009 3:18pm

                        ROMPIN 19 Okt. — Kerajaan disyor menawarkan taraf Pemastautin Tetap (PR) kepada lebih 200,000 bekas rakyat negara ini, yang kini menjadi warganegara Amerika Syarikat, bagi mewujudkan rangkaian ekonomi kukuh antara kedua-dua negara.
                        Duta Besar Malaysia ke Amerika, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, ini kerana kebanyakan bekas rakyat Malaysia, yang bekerja di pelbagai bidang profesional dan jawatan penting dalam syarikat multinasional di negara itu mempunyai kekuatan ekonomi yang menguntungkan Malaysia.
                        "Walaupun mereka bukan lagi rakyat Malaysia dan tidak lagi mahu menjadi rakyat Malaysia tetapi hati mereka masih lagi pada Malaysia,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di sini, malam tadi.
                        Jamaluddin berkata, kehadiran bekas rakyat Malaysia ke negara ini dapat menyuntik aliran masuk wang asing yang besar setiap tahun.
                        Katanya, sekiranya seorang daripada mereka membelanjakan sebanyak AS$10,000 (RM38,000) ke negara ini maka sebanyak AS$2 bilion (RM7.6 bilion) setahun akan disalurkan kepada Malaysia. - Bernama

                        Comment


                        • #13
                          Keluarga Teoh tunda rawatan psikiatri

                          19/10/2009 3:25pm

                          KUALA LUMPUR 19 Okt. — Anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat keputusan untuk menunda rawatan psikiatri yang dijadualkan hari ini berikutan peguam keluarga itu tidak dibenarkan turut sama menemani mereka dalam sesi rawatan itu.
                          Peguam yang mewakili keluarga mendiang, Lim Lip Eng berkata, rawatan yang sepatutnya dilakukan di Hospital Selayang pada pukul 11 pagi tadi, bagaimanapun terpaksa ditunda ekoran pihak hospital enggan membenarkan beliau turut serta menemani keluarga mendiang Teoh.
                          "Saya tidak dibenarkan untuk menemani keluarga ini semasa rawatan, jadi pihak keluarga telah memutuskan untuk menunda rawatan itu pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
                          Beliau berkata, keluarga mendiang Teoh telah menerima surat arahan dari polis bagi menghadiri sesi rawatan itu untuk menentukan tahap mental mendiang Teoh, Rabu lepas.
                          Surat itu telah mengarahkan ahli keluarga mendiang yang terdiri daripada bapanya, Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, abangnya Teoh Meng Kee dan tunang Teoh, Soh Cher Wei menjalani sesi rawatan berkenaan. - Bernama

                          Comment


                          • #14
                            SPRM agensi pertama jalin kerjasama dengan Interpol

                            19/10/2009 3:31pm

                            PUTRAJAYA 19 Okt. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis antarabangsa (Interpol) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan dan memperkukuhkan usaha kerjasama mengenai pencegahan rasuah dan aktiviti berkaitan latihan.
                            Ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, matlamat MoU itu juga termasuk meningkatkan pembinaan kapasiti dan institusi antara kedua-dua pihak dalam menyediakan kajian, penyelidikan dan latihan berkaitan pencegahan rasuah.
                            Memorandum itu ditandatangani antara Pengarah Latihan dan Pembangunan Interpol Dale Sheehan dan Pengarah SPRM, Pemangku Timbalan Pesuruhanjaya, Samarajoo Manikam di sini.
                            Ahmad Said berkata, perjanjian itu juga akan mewujudkan dan menggalakkan saluran komunikasi yang formal antara kedua-dua pihak bagi memudahkan pertukaran idea dan maklumat yang lebih terjamin dan cepat.
                            Sheehan dan Ahmad Said bersetuju bahawa amalan rasuah bukan lagi merupakan perkara tempatan tetapi menjadi gejala global dengan kehadiran globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
                            "Oleh itu adalah penting usaha memerangi rasuah perlu dinamik, berasaskan bukti, bersepadu dan menyeluruh,” kata Ahmad Said. - Bernama

                            Comment


                            • #15
                              Jawatankuasa pusat MCA bincang kekosongan naib presiden

                              19/10/2009 4:11pm

                              KUALA LUMPUR 19 Okt. — Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata, kekosongan jawatan naib presiden hanya akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat MCA pada mesyuarat akan datang.
                              "Ia (jawatan naib presiden) perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat. Kita tak tahu bila Jawatankuasa MCA akan bermesyuarat dan kita tunggulah dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
                              Liow yang juga Menteri Kesihatan dilantik oleh jawatankuasa itu bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek selepas perwakilan yang bersidang pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 10 Oktober lepas menolak usul mengembalikan jawatan Dr. Chua sebagai Timbalan Presiden dan hanya meluluskan usul menerima kembali Dr. Chua dalam MCA.
                              Mengenai jalan penyelesaian MCA mengatasi kemelut parti itu Liow berkata, beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat kini sering mengadakan siri perbincangan menerusi telefon ekoran daripada kesibukan kedua-dua pemimpin itu bagi mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
                              "Saya dah usahakan dengan bercakap menerusi telefon dan kita sedia untuk duduk berbincang untuk masa depan parti, kepentingan parti, perpaduan parti.
                              "Saya tak boleh bagi tempoh masa (penyelesaian dapat dicapai) tapi kita tahu rakyat memberikan harapan tinggi pada kita, pada MCA dan kita kena cepat kembali bekerja dan selesaikan masalah kita," katanya. - Bernama

                              Comment

                              Working...
                              X