Announcement

Collapse
No announcement yet.

[18/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [18/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Rumah terbuka jadi penanda aras perpaduan

    KUALA LUMPUR: Amalan Rumah Terbuka sempena sambutan perayaan seperti Deepavali mampu menjadi penanda aras kepada perpaduan kaum di negara ini selaras gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

    Pemimpin pelbagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ditemui ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bersetuju perpaduan kaum memang wujud jelas di negara ini berdasarkan kehadiran pada majlis rumah terbuka.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika ditemui pemberita, berkata beliau seronok dengan semangat perpaduan yang ditampilkan seperti ketika sambutan Deepavali apabila masyarakat bukan penganut Hindu turut sama memeriahkan sambutan perayaan itu.

  • #2
    Terengganu perkenal I-Iqraq pelajari al-Quran

    KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi mendahului dalam bidang pendidikan apabila memperkenalkan kaedah pembelajaran al-Quran secara elektronik dengan menggunakan I-Iqraq untuk pelajar negeri itu.

    Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata alat elektronik yang menyamai komputer riba itu mengandungi 30 juzuk Al-Quran di samping surah lazim untuk memudahkan kanak-kanak mahupun orang dewasa mempelajari tajwid dan hukum secara tepat.

    "Sebagai permulaan, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah memperkenalkan I-Iqraq ini kepada murid-murid kelas bimbingan, kanak-kanak (Tadika) YIT di negeri itu sejak tiga bulan lalu.


    "Setiap kelas dibekalkan dengan seunit alat ini dan melalui kaedah itu pembelajaran al-Quran akan lebih mudah untuk dipelajari kerana ia turut dilengkapi suara," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran kanak-kanak Tadika peringkat negeri Terengganu 2009, di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

    Seramai 4,622 kanak-kanak Tadika berusia lima dan enam tahun yang berjaya khatam Al-Quran tahun ini diraikan pada majlis itu.

    Ini adalah tahun keempat YIT menganjurkan majlis sedemikian dan jumlah kanak-kanak yang berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding 2,066 pada tahun lalu.

    Ahmad berkata, I-Iqraq akan dijual kepada orang ramai tidak lama lagi menerusi syarikat yang dilantik kerajaan negeri dengan harga RM1,988 seunit dan akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang. - Bernama

    Comment


    • #3
      Tiada korban baru H1N1 dalam sebulan
      Oleh Hafizah Iszahanid
      [email protected]

      KUALA LUMPUR: Tiada kematian disebabkan Influenza A (H1N1) dicatatkan bagi tempoh hampir sebulan menjadikan jumlahnya kekal pada 77 orang.

      Namun, seramai 136 pesakit baru dengan gejala seakan selesema dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

      Jumlah itu menjadikan seramai 604 kes dirawat di 67 hospital termasuk lima hospital swasta. Bagaimanapun, hanya empat peratus saja daripada jumlah berkenaan disahkan sebagai H1N1.

      Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata, kebanyakan kes pesakit H1N1 yang dirawat di unit rawatan rapi adalah dalam kumpulan berisiko iaitu wanita hamil dan selepas pantang, obes, penghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

      Bagaimanapun, walaupun jumlah penurunan kes yang makin ketara terutama di negara Hemisfera Selatan, Australia, New Zealand dan Chile, penularan wabak ini di peringkat global masih aktif terutama di negara Hemisfera Utara seperti Amerika Utara, Eropah dan Jepun.

      “Di Asia, penularan H1N1 masih kekal dengan kadar jangkitan berbeza-beza mengikut negara,” katanya.

      Ismail berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat Malaysia mengerjakan ibadat haji namun bakal jemaah diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri ketika berada di tanah suci kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza.

      Jelasnya, sebagai pencegahan, jemaah diwajibkan mendapat suntikan vaksin selesema bermusim dan vaksin meningokokal yang sah, selewat-lewatnya dua minggu sebelum mendapatkan visa.
      "Saya menyertai Nogold Speakout"

      Comment


      • #4
        Dua maut, 8 cedera
        Oleh Azrina Ahzan dan Mohd Hamizar Hamid
        [email protected]

        PUTRAJAYA: Seorang wanita sarat mengandung dan anak perempuannya berusia lima tahun maut, manakala lapan yang lain cedera, termasuk dua parah selepas sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju, merempuh enam motosikal yang berteduh daripada hujan lebat di Pesiaran Utara berhampiran Seri Perdana, di sini, semalam.

        Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Sarisah Marwin, 33, yang juga warga Indonesia, sedang memangku anaknya, Chandrawati Misan, terbunuh di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

        Ketika kejadian, mangsa yang membonceng motosikal suaminya dipercayai berada pada kedudukan paling akhir di antara enam motosikal lain yang berhenti di bawah jejambat itu, yang turut dirempuh kereta berkenaan.

        Akibat rempuhan kuat, anak mangsa tercampak sejauh kira-kira 15 meter, manakala suaminya yang turut cedera dirawat di Hospital Putrajaya.

        Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pemandu Proton Wira terbabit dipercayai memandu laju sebelum terbabas dan merempuh keenam-enam motosikal berkenaan.

        "Pemandunya seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 18 tahun sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

        "Ketika kejadian, ada 10 penunggang dan pembonceng motosikal di tempat kejadian. Dua daripada mereka, termasuk seorang anggota polis daripada Cawangan Persenjataan Balai Polis Daerah Putrajaya parah, manakala enam yang lain cedera ringan.

        "Semua dirawat di Hospital Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

        Saksi yang juga seorang pemilik motosikal yang dirempuh, Syazwan Hanafi, 19, berkata kejadian berlaku sangat pantas.

        "Ketika saya sedang berhubung dengan rakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat kerana kereta itu terlanggar pembahagi jalan di laluan paling laju.

        "Tiba-tiba kereta itu bertukar arah dan terus menuju ke arah kami sebelum merempuh mangsa dan keenam-enam motosikal di sini. Saya nampak budak perempuan itu tercampak selepas dirempuh," katanya yang turut mengalami kecederaan di kaki akibat dihempap motosikalnya.

        Syazwan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Presint 9 dekat sini, berkata seorang tetamu yang sedang dalam perjalanan ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Presint 10 turut berhenti membantu mangsa.
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment


        • #5
          Juruterbang pesawat pejuang dijangka mati selepas bertembung

          SOUTH CAROLINA: Juruterbang pesawat pejuang yang dilaporkan hilang, dijangka mati sejurus pesawatnya bertembung dengan pesawat lain di Lautan Atlantik, kata jurucakap Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

          Penguatkuasa, malam semalam, menamatkan usaha mencari Kapten Nicholas Giglio, yang dilaporka hilang sejak kemalangan malam Khamis lalu. - AP
          "Saya menyertai Nogold Speakout"

          Comment


          • #6
            Kapal angkasa kargo Russia mendarat di ISS

            MOSCOW: Kapal angkasa kargo Russia, dilancarkan Khamis lalu daripada stesen angkasa Baikonur di Kazakhstan, selamat dan berjaya mendarat hari ini, dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kata pusat kawalan angkasa Russia.

            Menurut pegawai pusat itu, pendaratan dilakukan dengan berjaya menerusi mod automatik pada jam 1.41 pagi tadi (waktu Russia).

            Kapal kargo M-03M itu membawa barangan seberat 2.5 tan iaitu minyak, kelengkapan saintifik, air, ubat-ubatan dan pakaian untuk krew di stesen angkasa. - AFP
            "Saya menyertai Nogold Speakout"

            Comment


            • #7
              Windows 7 bakal selamatkan Vista

              SAN FRANCISCO: Microsoft akan melancarkan Windows 7 Khamis depan sebagai langkah pemulihan gergasi perisian Amerika Syarikat (AS) itu, selepas pengenalan sistem operasi generasi sebelumnya, Vista, yang dianggap memalukan.

              "Ia adalah pelancaran yang penting bagi Microsoft. Windows Vista adalah satu kegagalan," kata penganalisis Kumpulan Enderle, Rob Enderle di Lembah Silikon, susulan pelancaran Windows7 tidak lama lagi.

              Antara ciri menarik yang dimiliki Windows Vista termasuk mengetengahkan kelengkapan pintar yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain iaitu komputer, televisyen, radio dan bingkai gambar digital.

              Platform terkini Microsoft itu juga membolehkan pengguna merakam program televisyen ke komputer dan menonton rancangan yang dikehendaki dengan menggunakan mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet menerusi perkhidmatan Live Microsoft.

              Ia juga dilengkapi dengan keupayaan sesentuh skrin. - AFP
              "Saya menyertai Nogold Speakout"

              Comment


              • #8
                GP Australia: Simon perkukuhkan kedudukan 125cc




                PHILLIP ISLAND (Australia): Keputusan perlumbaan motosikal Grand Prix Australia bagi kelas 125cc adalah seperti berikut:



                1. Julian Simon (Sepanyol) Aprilia 37 minit 55.798 saat




                2. Bradley Smith (GBR) Aprilia + 0.313 saat


                3. Sandro Cortese (Jerman) Derbi +2.057



                4. Pol Espargaro (Sepanyol) Derbi +2.161,


                5. Simone Corsi (ITA) Aprilia 2.330. - AFP

                Comment


                • #9
                  Kembalikan caruman KWSP kepada 11 peratus: MTUC




                  PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta kerajaan membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kembali kepada 11 peratus berkuatkuasa serta merta.

                  Sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin pulih, Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam, berkata bahawa caruman KWSP adalah simpanan untuk hari tua bagi pekerja sektor swasta dan adalah penting peratusan simpanan itu dikekalkan.

                  Berikutan krsisis ekonomi, pada November lalu, kerajaan sudah membenarkan pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun ini.


                  Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus.

                  Balasubramaniam berkata, MTUC kini prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana "mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan."

                  Katanya, walaupun pilihannya adalah dua tahun, kerajaan perlu membenarkan mereka untuk kembali kepada caruman yang asal sekarang. - Bernama

                  Comment


                  • #10
                    Awie hadir ke IPD Timur Laut beri keterangan

                    GEORGETOWN : Penyanyi rock terkenal, Ahmad Azhar Othman atau Awie hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, sebentar tadi bagi memberi keterangan berhubung kes pergaduhan membabitkannya, Julai tahun lalu.

                    Beliau yang ditemani beberapa rakannya hadir kira-kira jam 1.15 petang.

                    Dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang itu, Awie dan beberapa rakannya didakwa memukul seorang pemuda berusia dalam lingkungan 30-an.
                    "Saya menyertai Nogold Speakout"

                    Comment


                    • #11
                      Cubaan 18 warga Afghanistan ke Indonesia dipatahkan polis Malaysia

                      KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan 18 warga pendatang tanpa izin Afghanistan yang dalam cubaan untuk berlayar ke Indonesia dengan menggunakan bot usang.

                      Ketua Polis Marin Selangor, Marzuki Ismail, berkata pihak berkuasa menemui pendatang tanpa izin dengan dua juru kemudi bot warga Indonesia ketika sedang membuat rondaan perairan antara semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera, Indonesia, lewat semalam.

                      Ia dipercayai kes terbaru membabitkan warga negara Iraq, Pakistan dan Sri Lanka, yang menggunakan Malaysia sebagai titik permulaan ke Australia menerusi Indonesia.

                      Sekurang-kurangnya 10 warga Afghanistan ditahan semalam ketika memasuki Malaysia dengan menggunaan dokumen imigresen sah, tetapi kesemua mereka mungkin dikenakan hukuman penjara beberapa bulan kerana cuba meninggalkan negara ini secara haram. - AP
                      "Saya menyertai Nogold Speakout"

                      Comment


                      • #12
                        Pegawai kanan tentera Iran antara terbunuh dalam serangan hari ini

                        TEHRAN: Beberapa pegawai kanan skuad elit Pengawal Revolusi Iran terbunuh dalam serangan awal hari ini di wilayah tenggara Sistan-Baluchestan.

                        Agensi berita Fars, melaporkan ia adalah serangan terbesar sejak kebelakangan ini terhadap Pengawal Revolusi.

                        Katanya, serangan pengganas membunuh Timbalan Komander tentera darat Pengawal Revolusi, Jeneral Nur-Ali Shushtari; Komander wilayah Sistan-Baluchestan Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad-Zaden; pengawal-pengawal komander untuk bandar Iranshahr dan Komander bagi unit Amir al-Momenin.

                        Speaker Parlimen negara itu, Ali Larijani mengesahkan kematian pegawai terbabit dalam satu pengumuman yang disiarkan menerusi televisyen kepada Parlimen. - AFP
                        "Saya menyertai Nogold Speakout"

                        Comment


                        • #13
                          Tiga sahabat termasuk warga AS rentung dalam kemalangan




                          KOTA BHARU: Tiga sahabat termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS) rentung selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer Dua Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung, di sini, awal pagi ini.

                          Dalam kejadian kira-kira jaml 4.30 pagi itu, warga Amerika itu dikenali sebagai Gonzalez Christopher, 30, seorang pekerja pelantar minyak di Terengganu.

                          Dua mangsa lain ialah Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, berasal dari Tanah Merah dan seorang teman wanita mereka yang hanya dikenali sebagai Diana, 22, dari Ketereh, dekat sini.


                          Pemandu kereta jenis Proton Persona, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami kecederaan parah akibat melecur dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

                          Tengku Ahmad Nazim, petugas Jabatan Perangkaan Kota Bharu, yang melecur 18 peratus di bahagian kaki, lengan dan badan, kini dalam keadaan stabil.

                          Menurut Tengku Ahmad Nizam, ketika kejadian dia bersama ketiga-tiga rakannya dalam perjalanan dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas makan di sebuah kedai sup belut di Jalan Pasir Mas-Salor itu kira-kira jam 4 pagi.
                          Katanya, ketika sampai di jambatan Bunut Payung, kereta yang dipandunya tiba-tiba terbabas dan tidak dapat dikawal ketika cuba mengelak seekor kucing yang cuba melintas di jalan itu.

                          "Selepas itu, saya tidak sedar apa yang berlaku sehingga dibawa ke hospital," katanya ketika ditemui di hospital itu.

                          Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Ghani Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan 5.15 pagi tadi dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera dan 12 anggota.

                          Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal, Che Hashim Che Ibrahim, 42, terbunuh apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah bas di simpang empat lampu isyarat Wakaf Siku, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.
                          Mangsa, yang berasal dari Taman Pinang, Palekbang, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama

                          Comment


                          • #14
                            Kementerian tunggu WHO umum tahap ancaman terkini H1N1




                            KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan masih menunggu pengumuman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai status wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini.

                            Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini, berkata laporan WHO itu akan dapat menentukan sama ada Influenza A(H1N1) itu masih ancaman di Malaysia .

                            Walaupun tidak terdapat kes kematian berikutan wabak itu dilaporkan sejak sebulan lepas, kementerian masih meneruskan langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularannya,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri Sabah di sini.


                            Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan yang sesuai termasuk mendapatkan rawatan segera jika mereka mempunyai simptom penyakit serupa influenza. - Bernama

                            Comment


                            • #15
                              Perompak terbunuh di pusat beli belah di Manila




                              MANILA: Kejadian tembak menembak antara polis dan perompak bertopeng di sebuah pusat beli belah di daerah kewangan Manila hari ini, menyebabkan seorang suspek terbunuh, manakala pengunjung lari bertempiaran menyelamatkan diri.

                              Cubaan rompakan di sebelah tengah hari itu berlaku di kedai jam berjenama di pusat beli belah Greenbelt 5, di pinggir bandar Makati.

                              Datuk bandar bandar Taguig, Freddie Tinga, berkata kira-kira tujuh perompak bertopeng berada dalam kedai itu, ketika beliau sendiri sedang makan tengah hari di restoran berhampiran.


                              Beliau berkata, berikutan itu, perompak dan dua pengawal polisnya mula melepaskan tembakan.

                              Selepas itu, katanya, kelihatan seorang perompak jatuh ke lantai dengan berlumuran darah di pintu masuk kedai jam itu, manakala perompak yang lain dikatakan berjaya melarikan diri ke kawasan tempat letak kereta di bawah tanah. - AP

                              Comment

                              Working...
                              X