Announcement

Collapse
No announcement yet.

(15 Oct 2009) Sijil Halal JAKIM, perlu atau tidak?

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • (15 Oct 2009) Sijil Halal JAKIM, perlu atau tidak?

    Dewasa ini makin banyak syarikat mengeluarkan francais berasaskan makanan dan tidak kurang juga gerai kecil-kecilan yang tumbuh melata di pusat membeli-belah, namun jika kita lihat sejauh mana tahap kualiti halal yang dipamerkan oleh syarikat atau individu tersebut menjamin barangan yang dijual benar-benar halal.

    Apa yang saya ingin kita bincangkan disini ialah sikap kita sebagai pengguna yang tidak prihatin dengan perkara tersebut. Sebab itu saya meletakkan tajuk Sijil Halal JAKIM, perlu atau tidak? Dari pemerhatian saya masih ramai yang tidak sensitif tentang perkara tersebut, masih ramai yang mengunjungi dan menikmati hidangan yang belum pasti tahap halalnya. Bila ditanya, kami tidak was-was, bila ditanya lagi, dijawab eh sijil halalkan ada ditampal didinding kedai tu, apa nak kisah?.

    Oh senang sahaja, jika nampak ada logo halal terus rasa selamat, tapi adakah anda pasti dari mana datangnya logo tersebut, ada yang dari Australia, ada yang dari New Zealand, ada yang dari badan Islam SEA, ada yang dari negeri-negeri tertentu di Malaysia, malah yang lebih menyedihkan ada yang sekadar fotostat sahaja. Ini lebih meragukan.

    Jadi renung-renungkan tentang perkara tersebut yang akan menjadi darah daging kita, membawa kepada zuriat kita dan sekaligus menjadikan keturunan kita mencampur baur dengan benda yang tidak sepatutnya iaitu HARAM.

    Fikir-fikirkan...

    I LOVE What I Do

  • #2
    Originally posted by angelus View Post

    sangat perlu kerana ianya amat penting bagi umat Islam. Mencari makanan halal adalah kewajipan kita.

    Namun Jakim juga perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap gerai2 yang meletakkan logo halal kerana ada yang cuba mengambil kesempatan daripada logo tersebut
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

    Comment

    • #3
      harap pihak jakim membuat keje dgn lebih baik pasal sijil halal nih

      bukak kaunter kt masjid senang org nk tanya dan kepastian

      Comment

      • #4
        Originally posted by sparrow View Post
        harap pihak jakim membuat keje dgn lebih baik pasal sijil halal nih

        bukak kaunter kt masjid senang org nk tanya dan kepastian
        Pengguna juga perlu bijak. Kalau yang menjualnya tu bukan muslim, ada sijil pun boleh menimbulkan keraguan. Almaklum lah mereka bergelumang dengan benda-benda yang tidak halal
        "Saya menyertai Nogold Speakout"

        Comment

        • #5
          Originally posted by sparrow View Post
          harap pihak jakim membuat keje dgn lebih baik pasal sijil halal nih

          bukak kaunter kt masjid senang org nk tanya dan kepastian
          masalahnya satu sahaja, umat Islam itu sendiri tidak peka, mereka lebih senang dengan pepatah malu bertanya sesat jalan, pada mereka biar sesat janji kemaluan mereka tersorok.

          I LOVE What I Do

          Comment

          • #6
            Originally posted by tennoajak View Post
            Pengguna juga perlu bijak. Kalau yang menjualnya tu bukan muslim, ada sijil pun boleh menimbulkan keraguan. Almaklum lah mereka bergelumang dengan benda-benda yang tidak halal
            Tetapi masalahnya pengguna Islam ini lebih suka membeli dengan kumpulan ini, alasan mereka mudah, ada logo halal dan pekerja yang menjualnya orang Melayu.

            Adakah mereka perasan dari mana datangnya logo halal itu dan adakah Melayu yang bekerja itu orang Islam? Wallahuaklam, tetapi jika kita berhati-hati dalam perkara ini, nescaya kita akan dapat menghindarkannya.

            Pihak JAKIM sepatutnya lebih proaktif dan mewar-warkan kepada umum tentang pengiktirafan yang diberikan kepada pemegang francais atau individu yang mahukan tanda HALAL tersebut, pemantauan yang berterusan.

            Jangan asyik kata tidak cukup orang, kerana jika ada kemahuan pasti ada jalan, kenapa tidak mengambil lepasan SPM atau lepasan Ijazah yang menggangur untuk membuat kerja kebajikan seperti ini atau masih adakah lagi masalah birokrasi dalam organisasi tersebut?

            I LOVE What I Do

            Comment

            • #7
              biasanya memangler sijil jakim diperlukan bagi menentukan kedai yang kita makan tu halal.. konsep tu memangler dah betul tapi apakah benar-benar kita tahu status halalnya walaupun ada sijil jakim.. selama ni pernah ke anda menyemak keesahan sijil tersebut.. lihat sahaja contoh kedai-kedai kopitiam yang kini berleluasa... banyak jugak orang melayu yang singgah tapi tahukah dari mana sumber makanan yang mereka dapat.. takkan mereka nak ambik dari pengilang melayu.... bagi tok ginilah jika anda yakin maka makanlah tapi kalau was-was baik janganlah...
              [CENTER]Kuasa BulkSMS 6 sen untuk Semua NetWork - 1SMSCafe-Internet SMS Termurah dan Terbaik di pasaran

              Comment

              • #8
                Originally posted by tokputih View Post
                biasanya memangler sijil jakim diperlukan bagi menentukan kedai yang kita makan tu halal.. konsep tu memangler dah betul tapi apakah benar-benar kita tahu status halalnya walaupun ada sijil jakim.. selama ni pernah ke anda menyemak keesahan sijil tersebut.. lihat sahaja contoh kedai-kedai kopitiam yang kini berleluasa... banyak jugak orang melayu yang singgah tapi tahukah dari mana sumber makanan yang mereka dapat.. takkan mereka nak ambik dari pengilang melayu.... bagi tok ginilah jika anda yakin maka makanlah tapi kalau was-was baik janganlah...
                Inilah masalahnya tok, kedai-kedai tersebut secara amnya kita tahu siapakah pemiliknya, cuma bila kita lihat didalam kedai tersebut pekerjanya berbangsa Melayu, secara otomatik kita terus masuk tanpa rasa was-was.

                Seperti yang tok cakap, kandungan bahan yang dimasak contohnya ayam, adakah benar mereka mengambilnya dari orang Islam atau logo yang dipaparkan sekadar lesen untuk menarik umat Islam ke premis mereka.

                I LOVE What I Do

                Comment

                • #9
                  perkara paling penting supplier makanan halal mesti lh org islam yg JUJUR

                  tp skang supplier makanan halal ramai dari kalangan nonmuslim

                  ni saper nk setttle kn plak

                  Comment

                  • #10
                    Originally posted by sparrow View Post
                    perkara paling penting supplier makanan halal mesti lh org islam yg JUJUR

                    tp skang supplier makanan halal ramai dari kalangan nonmuslim

                    ni saper nk setttle kn plak
                    Inilah asasnya. supplier dari kalangan orang Islam sendiri yang penting. Permintaan makanan halal sebenarnya tinggi. So supplier kena ramai dari golongan muslim sendir. Maybe masalah kewangan menyebabkan kekurangan dan kesusahan dalam mengatasi masalah ini.
                    "Saya menyertai Nogold Speakout"

                    Comment

                    • #11
                      Berdasarkan keadaan jika hendak dilihat dengan lebih teliti.
                      Kerana jika dilihatkan kebanyakan peniaga melayu tidak membuat sijil halal JAKIM kerana kos yang tinggi.
                      Saya pernah terbaca bahawa kos untuk mendapatkan sijil halal JAKIM tersebut mencecah RM20k dan kos sampel perlu dibiayai sendiri.
                      Amat sukar untuk peniaga bumiputera untuk mendapatkan sijil tersebut dan akhirnya ramai peniaga bumiputera tidak mendapatkan sijil halal JAKIM.
                      Tapi kita tanpa ragu-ragu terus makan juga produk yang dilabel bumiputera tanpa mengetahui sama ada yang buat itu bumiputera Islam atau bukan.
                      Dan selain itu juga, berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan francais-francais baru di negara kita lebih suka mengambil sijil halal SEA berbanding sijil halal JAKIM. kenapa? saya tidak tahu.
                      Selain itu, saya juga telah mengesan bahawa ada sesetengah francais mengambil sijil halal dari sebuah kompeni yang saya baru saja tahu
                      (SHS atau SAS Enterprise Sdn. Bhd.jika saya tidak salah & logonya memang nampak meragukan kerana stikernya hanya menulis "makanan halal" beserta tulisan kecil nama kompeni pemberi sijil halal tersebut).
                      Jadi mungkin sukar untuk mengatakan sama ada perlu atau tidka sijil halal JAKIM ini kerana terdapat banyak pilihan untuk mendapatkan sijil halal walaupun kita tidak tahu sama ada pensijilan dari badan-badan lain itu boleh dipercayai atau tidak kerana ada juga barangan yang disahkan halal JAKIM yang ada sesetengah orang masih ragu-ragu mengenai kebenaran status halal barangan tersebut. Contohnya:
                      -Colgate
                      -Starbucks

                      Paling senang untuk saya nyatakan hanya satu:
                      tepuk dada tanya selera.
                      Jika yakin dengan status halal sesebuah kedai itu, pergi saja.
                      Jika tidak, usah pergi.
                      |huh|

                      Comment

                      • #12
                        Originally posted by tennoajak View Post
                        Inilah asasnya. supplier dari kalangan orang Islam sendiri yang penting. Permintaan makanan halal sebenarnya tinggi. So supplier kena ramai dari golongan muslim sendir. Maybe masalah kewangan menyebabkan kekurangan dan kesusahan dalam mengatasi masalah ini.
                        perkara nih aku rasa nk x nk kerajaan kena amik hal

                        lantak tolong bg modal ker apa ker tolong kroni ker janji terlaksana

                        paling kurang pun org melayu islam yg kaya blh membantu dlm bisnes ni

                        Comment

                        • #13
                          Originally posted by sparrow View Post
                          perkara nih aku rasa nk x nk kerajaan kena amik hal

                          lantak tolong bg modal ker apa ker tolong kroni ker janji terlaksana

                          paling kurang pun org melayu islam yg kaya blh membantu dlm bisnes ni
                          ye betul sebab pada aku benda ni dah boleh dikira fardu kifayah. Menyedia, mancari dan menggunakan produk halal adalah wajib bagi semua muslim.

                          Aku tak pasti Syarikat yang mengambil alih peranan JAKIM mengeluarkan sijil halal masih beroperasi atau tidak. Tapi member aku ada cerita yang pergi buat pemeriksaan untuk sijil halal tu datang pun pakai skirt. So korang fikirkan lah sendiri kredibiliti diaorang ni.
                          "Saya menyertai Nogold Speakout"

                          Comment

                          • #14
                            Pemenang bagi tajuk ini secara total saya memilih qree. Seperti biasa pendapat yang diberikan merangkumi beberapa contoh dan sebenarnya ini yang kita cari untuk kita sendiri juga.

                            Mungkin boleh dikongsikan bersama orang lain bila perlu, namun yang pasti JAKIM dan kerajaan Malaysia seharusnya memandang serius perkara ini sebelum ianya menjadi barah.

                            I LOVE What I Do

                            Comment

                            Working...
                            X