A high level of safety is provided for both Investor and Money Manager with a secure back end that automatically takes care of management fees,
     profit shares and ensures that all conditions agreed to in the Money Manager's offer are adhered to in full. What you see is what you get. Let's start with FXOpen PAMM
.

NG Updates Forex Section Business Opportunities Classified Ads Free General Topic Current Issues Political Views LifeStyle Hobby Interest Sports Fan Corner Entertainment Territory Women & Family Hot Stuffs

    Filem 3-D tinggalkan kesan buruk?



    KETIKA bertemu pengarah filem animasi terkenal Cars, John Lesseter di Hotel Beverly Hilton, Hollywood pada 2007, dia berkata kepada saya, teknologi secanggih mana pun tidak akan berguna kalau tidak ada pakar yang mampu mengendalikannya.
    Jelas sekali maksud pengarah berbadan gempal itu bahawa kepakaran minda dan skil manusialah juga yang menjadi injap untuk menggerakkan segala mesin dan inovasi yang mampu dicipta. Manusia adalah 'mastermind' dengan ilmu yang dikurniakan Tuhan.

    Maknanya juga, kalau Nasa mampu membina roket terpantas ke bulan mahupun Kejora, masih perlu ada manusia mengemudikannya atau setidak-tidaknya, dikawal daripada mana-mana stesen angkasa.

    Bercakap soal kepakaran dalam filem juga, Hollywood sentiasa mahu ke garisan penamat depan berbanding orang lain. Dengan melahir dan mengetengahkan kelompok cerdik pandai atau genius dalam dunia filem, kita sentiasa melihat Hollywood mampu melahirkan karya yang membuatkan orang berbisik "Wow..." Daripada filem animasi konvensional 2-D seperti The Sleeping Beauty dan Snow White dulu, kini kita sudah mampu melihat karya yang lebih hebat dari segi visual dan 'depth' (kedalaman) yakni filem berbentuk 3-D.

    Dewasa ini, filem yang menjadi bualan tentulah karya seperti Avatar, How To Train Your Dragon, Alice in Wonderland dan Clash of the Titans. Membelek-belek Newsweek, baru-baru ini, saya amat tertarik dengan paparan muka depannya yang menyentuh mengenai risiko dan bahayanya teknologi filem 3-D, tulisan orang mereka sendiri, pengkritik filem dari Chicago Sun-Times, Roger Ebert.

    Katanya, selepas kejayaan Avatar terutamanya, ia mencetuskan perlumbaan baru di kalangan pembikin filem di sana untuk menghasilkan lebih banyak filem 3-D selepas ini. Soal Ebert, perlukah lebih banyak filem 3-D? Malah, dia hairan kenapa Clash of the Titans yang asalnya hanya filem normal 'digubah' menjadi bentuk 3-D semata-mata mahu meraih lebih keuntungan. Namun, dia tetap mengagumi James Cameron yang dianggap sangat hebat dalam meneroka inovasi filem. Kata Ebert, dari segi psikologi dan imaginasi, setiap kali kita menonton filem biasa (2-D), minda dan otak manusia secara semula jadi akan menerima apa yang ditatap itu sebagai 3-D. Jarak, kedalaman serta perspektif dalam filem 2-D sudah cukup memadai dan dari situlah sudah dinobatkan banyak filem terbaik.

    Sebaliknya, filem berlabel 3-D walaupun lebih unik dan mempesonakan, 'terlalu berusaha' sangat untuk menonjolkan kepada mata kita bahawa segala-galanya perlu tampak 'sempurna' dan jelas. Namun, ia kena disokong dengan pemakaian kaca mata khas dan bukannya menggunakan pandangan mata secara semula jadi untuk tempoh yang lama di dalam pawagam.

    Ebert berkata lagi, mengikut kajian Dr Michael Rosenberg, profesor dari Northwestern University, visual 3-D boleh menambah tekanan kepada mental seseorang dan menyebabkan mereka mudah mendapat sakit kepala. Seorang lagi pakar ophthalmologi dan neurologi dari University of Rochester Medical Center, Dr Deborah Friedman berhujah, dalam pandangan normal, setiap sebelah mata kita akan melihat objek dari sudut berbeza. Katanya, apabila isyarat itu sampai ke otak, ia dengan sendirinya mewujudkan persepsi kedalaman (depth) secara semula jadi.

    Namun perkara ini tidak berlaku apabila kita menonton filem 3-D, malah dalam satu kajian dan laporan, 15 peratus penonton mengakui mengalami sakit kepala dan tekanan pada mata sewaktu menonton filem 3-D. Kesan lain yang dicoretkan, filem 3-D lebih malap kerana kaca mata khas itu menyerap cahaya. Bagi saya inilah kesan buruk baiknya sesuatu teknologi kerana setiap satu benda dan perkara ada 'nilai harganya'. Kebimbangan Barat juga makin bertambah apabila set TV 3-D pula kini diperkenalkan di Las Vegas, baru-baru ini yang memungkinkan beberapa kesan sampingan.

    Mungkin menyedari tidak semua selesa menonton filem 3-D di pawagam sekarang, pembikin juga menyediakan pilihan kepada penonton. Kalau yang suka bayar lebih untuk 3-D, dipersilakan masuk dan bagi yang rimas memakai kaca mata khas, beli saja tiket yang biasa.

    sumber : roslenmetro@yahoo.com
    Comments 17 Comments
    1. tennoajak's Avatar
      3d yang xxx kot
    1. angelus's Avatar
      Quote Originally Posted by tennoajak View Post
      3d yang xxx kot
      ehh... ade ke? nak cube la... mane tau bawe kebaikkan hihihi
    1. tennoajak's Avatar
      Quote Originally Posted by angelus View Post
      ehh... ade ke? nak cube la... mane tau bawe kebaikkan hihihi
      saya nasihatkan jangan cuba2 untuk mendapatkannya
    1. asRie's Avatar
      jual cermin mata 3D laku kot.....
    1. WAD184's Avatar
      ade ringkasan x?
      malas la nk baca
    1. Gitaris Berapi's Avatar
      Quote Originally Posted by WAD184 View Post
      ade ringkasan x?
      malas la nk baca
      ringkasan pun bukan kena baca ke?
    1. WAD184's Avatar
      Quote Originally Posted by Gitaris Berapi View Post
      ringkasan pun bukan kena baca ke?
      ringkasan bace sket je...
    1. lagi2cikfen's Avatar
      Biler ler pembikin2 filem Malaysia nak buat filem 3-D pulak?
    1. cikkiah's Avatar
      Lagi banyak 'laghorrr' nyer la..
    1. roBUST's Avatar
      strategi masing2 la..kalo rase berbaloi n sesuai d buat 3D,silakan la..3D ni sbnrnya nk kasi penonton merasai seperti berada dlm filem..tu jer kelebihannya..
    1. lagi2cikfen's Avatar
      Quote Originally Posted by cikkiah View Post
      Lagi banyak 'laghorrr' nyer la..
      cikkiah bukan ker pi tengok citer Avatar ari tuh?
    1. tennoajak's Avatar
      Quote Originally Posted by roBUST View Post
      strategi masing2 la..kalo rase berbaloi n sesuai d buat 3D,silakan la..3D ni sbnrnya nk kasi penonton merasai seperti berada dlm filem..tu jer kelebihannya..
      memang betul2 terasa dok dalam tu ke? Best gak ni kalau tgk citer tuttttttttttt
    1. cikkiah's Avatar
      Quote Originally Posted by lagi2cikfen View Post
      cikkiah bukan ker pi tengok citer Avatar ari tuh?
      Tgk... tapi takde 3D.. 2D sahaja...
    1. rumpunilham's Avatar
      Biasanya kemajuan dlm teknologi pasti akan ada kesan sampingan.. besar atau kecil jer yg membezakannya. terpulang pada individu utk menerimanya atau tak.
    1. chek-wan's Avatar
      3D mesti pakai cermin mata ke? tengok kat umah pakai full HD la lagi bagus
    1. Gitaris Berapi's Avatar
      Quote Originally Posted by chek-wan View Post
      3D mesti pakai cermin mata ke? tengok kat umah pakai full HD la lagi bagus
      btul tu.. tgk Full HD lg puas hati.. TV 3D aku dh tengok.. mmg x selesa.. dah tu akan rasa pening sket..

      feel pun lari sbb kita lbh byk tumpukan pd kesan 3D daripada jalan cerita...
    1. WAD184's Avatar
      teknologi tu utk dikembangkan......
      lepas ni ada la plak improvement lagi............
      kalo teknologi yg 1st ni xdak improvementnya, maka xdak dahla keja utk pengkaji2 lepas ni......